Cast: Vikrant Massey, Medha Shankar, Anant V Joshi, Anshumaan Pushkar
Production Company: Vinod Chopra Films
Distributor: Zee Studios
Genre: Biography / Drama
Running Time: 146 minutes
Release Date: 27 October 2023
Trailer :
Dilahirkan dalam keluarga miskin, Manoj Kumar Sharma (Vikrant Massey) tak pernah ambil peduli dengan pengajian dia. Malah ketika ujian tahunan, guru kelas juga bagi jawapan supaya kesemua anak muridnya lulus. Namun kerana kehadiran DSP Dushyant Singh (Priyanshu Chatterjee), pegawai polis yang baru sahaja ditukarkan bertugas di kawasan tersebut, perbuatan sekolah dianggap salah di sisi undang-undang.
Kerana pesona DSP Dushyant Singh, Manoj ambil keputusan untuk ambil ujian kelayakan menjadi DSP di Gwalior. Ayah Manoj juga merupakan seorang yang jujur dan sanggup berjuang demi keadilan walaupun digantung tugas kerana memukul pegawai yang mengambil rasuah. Kerana dua figura tersebut, Manoj cuba bina masa depan untuk menjadi pegawai polis yang Amanah dan berintegriti.
Malangnya, ujian kelayakan yang diadakan oleh agensi Kerajaan, Madhya Pradesh Public Service Commission (MPPSC) dibatalkan kerana kuota telah pun penuh selama 3 tahun. Manoj yang kecewa secara tak sengaja bertemu dengan Pritam Pandey (Joshi Anantvijay) yang ingin mengambil ujian USPC di mana ujian kelayakan tersebut untuk kemasukan pegawai IPS yang lebih tinggi pangkatnya dari DSP.
Selama berada di Delhi, Manoj dijaga oleh Pritam. Siang Manoj bekerja sebagai penjaga perpustakaan dan pencuci tandas manakala sebelah malam pula mengulangkaji pelajaran sambil mendapat tutor dari Gauri Bhaiya (Anshuman Pushkar) yang juga bakal mengambil ujian kelayakan DSP. Dalam kesibukan jadualnya juga tak menghalang Manoj untuk jatuh cinta dengan Shraddha Joshi (Medha Shankar) yang turut sama ingin menjadi pegawai kerajaan.
Masa tengok filem 12th Fail ni terkejut juga bila tahu dekat India ada ujian kelayakan untuk jadi pegawai polis sebab ujian dia lebih kepada kecerdasan akal. Berbeza dengan Malaysia yang lebih utamakan kecergasan fizikal dengan kriteria yang ditetapkan. Kalau ada Ijazah, boleh terus apply pangkat Inspektor. Kalau SPM boleh dapat pangkat Konstabel, bila nak naik pangkat ambil ujian kenaikan pangkat.
Dekat India siap boleh buat perniagaan coaching centre untuk ujian kelayakan jadi pegawai polis sebab terlampau ramai yang apply setiap tahun. Kalau yang murah macam Manoj dengan Shraddha masuk, satu kelas terpaksa berhimpit sampai tak nampak langsung ruang antara kerusi.
Kalau tengok pada plot utama, kisah Manoj Sharma untuk kejar impian supaya nasib diri dan keluarga berubah tu tak lah drama sangat. Manoj juga dikelilingi oleh watak-watak yang baik dan positif seperti Pritam, Shraddha, Gauri Bhaiya dan ramai lagi. Yang menjadi penghalang cuma Manoj dan keupayaan dia saja.
‘Our fathers have nothing. They’re vegetable vendors, truck drivers, street sweepers. They all slog under scorching sun, just like my father. They cannot afford to send their children to expensive schools. But you should know, we don’t come empty-handed. We bring our will, determined to become officers one day. Even if we have to sweep libraries or clean toilets. We never give up. Our will is rock solid. And this will isn’t bred in some fancy school. It is born from the hopes and dreams of millions of Indians. Our will is wealth. Winning and losing is all part of life. But from us millions, when even one makes it, the whole herd wins.’ – Gauri Bhaiya
Kalau dengar cerita mulut, boleh habis sekejap saja tapi keindahan sutradara pengarah veteran Vidhu Vinod Chopra yang buatkan naskhah biografi ni tampak hidup dengan caranya tersendiri. Macam mana sub-plot dengan masalah-masalah sosial yang dihadapi kerana perbezaan taraf hidup dipaparkan dengan cemerlang sepanjang 146 minit.
Sinematografi 12th Fail sentiasa terlihat penuh dengan kesibukan kota Delhi yang menjadi tumpuan kebanyakan pelajar universiti untuk ubah nasib hidup. Kota yang sentiasa sibuk berlawan dengan masa. Ada beberapa babak buatkan I rasa sesak nafas sebab kegilaan Manoj untuk lulus dalam ujian. Masa dia belajar sambil bekerja di kilang gandum, masa dia belajar dalam kelas tuisyen yang padat ataupun ketika dia mengharapkan sepinggan nasi dari pemilik restoran.
Kekuatan utama 12th Fail terletak pada lakonan Vikrant Massey yang sepenuhnya menghidupkan watak Manoj Sharma. Dari kali pertama dia terpukau dengan keberanian DSP Dushyant Singh lagi dah tarik kita masuk ke dunia dia. Di saat semua pelajar sekolah dia meniru, dia berpegang pada prinsip untuk jawab dengan jujur. Sepanjang perjalanan tu berbaur campur perasaan jadi tak hairan lah kalau dekat hujung filem tu dengan mudahnya menangis. Untuk prep role sebagai Manoj, Vikrant tinggal di kampung selama berminggu sehingga kulit dia terbakar. Dalam filem tu memang nampak lah kulit dia lebih comot, kering dan kusam.
Walaupun ada kisah cinta antara Manoj dengan Shraddha tapi penulis tak bagi screentime yang banyak untuk percintaan mereka sebaliknya sebagai peneman dan penguat semangat. Chemistry Vikrant dan Medha tampak kuat waima cerita bergerak cuma dalam lagu.
Naskhah 12th Fail ni sesuai sangat untuk jadi pemangkin semangat bila kita putus asa kejar impian dalam hidup. Recommended!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Best kan cerita ni hahahaha!
ReplyDeleteJom jemput join GA saya :)
Kadang bila tonton filem, kita dapat semangat dari situ.. Buatkan filem tu lebih seronok ditonton..
ReplyDelete