FILEM ‘RAHSIA’ TEMBUSI PAWAGAM KEMBOJA

Friday, 19 January 2024

Filem seram versi reboot, RAHSIA terbitan Astro Shaw bersama Five Star Trading telah melebarkan sayap dengan menembusi pawagam di Kemboja bermula 15 Januari lalu. Bagi pasaran di sana, filem Rahsia menggunakan tajuk yang diterjemahkan dalam bahasa lokal iaitu  ទាយាទស្នងអាគម (Heir of the Black Magic). 

Penerbit Eksekutif Rahsia merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Alhamdulillah, sebuah lagi filem tempatan berjaya diangkat dan ditayangkan ke negara luar. Sebagai penerbit yang aktif di Malaysia, kami mengharapkan usaha ini dapat membuka peluang lebih banyak buat filem-filem kita untuk dibawa ke sana, sekali gus merapatkan jurang karya tempatan di peringkat serantau di samping mampu mengembangkan jenama Astro Shaw di peringkat antarabangsa. Rahsia mempunyai jalan cerita yang universal dan elemen-elemen Nusantara yang diselitkan amat dekat dengan penonton Asia, jadi kami yakin ia mampu menepati cita rasa penonton di sana.”

Tahun lalu, Rahsia telah berjaya mencatatkan kutipan pawagam RM6.2 juta. Rahsia merupakan arahan Shamyl Othman, yang juga merupakan anak kepada pengarah filem asal iaitu Othman Hafsham, manakala skrip pula ditulis oleh penulis hebat dan creator siri popular One Cent Thief, Alfie Palermo.

Rahsia membariskan pelakon Nabila Huda, Fikry Ibrahim, Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah dan ramai lagi. Ia mengisahkan tentang Ramlah pulang bercuti ke rumah bapanya Tan Sri Karim sempena ulang tahun kelahiran beliau, bersama-sama suami serta dua anak mereka, Marina dan Saiful. Namun, keadaan bertukar menjadi keruh apabila Saiful tiba-tiba hilang sewaktu mereka berkelah di tepi pantai. Pihak polis yakin Saiful hilang, namun Ramlah  mula diganggu kelibat anaknya. Mampukah Ramlah merungkai rahsia di sebalik kehilangan itu?

Ikuti info-info info dan klip-klip menarik Rahsia di Instagram, TikTok, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak. 

1 comment

  1. Macam menarik filmnya ❤️. Terkadang saya suka nonton beberapa film horor Malaysia di Netflix. Ada beberapa yg saya suka juga. Berharap movie ini bisa masuk ke netflix juga nantinya.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.