Coach Eddy, seorang bakat baru di bawah naungan WebTVAsia, telah mencapai pencapaian penting di usia mudanya dengan berjaya menakluki puncak tertinggi di Asia Tenggara pada 6 Januari 2024.
Pelakon Ku Akad Kau Dengan Bismillah itu mula mendaki pada Jumaat (5 Januari) jam 9 pagi dan sampai ke Laban Rata yang merupakan rumah persinggahan bagi para pendaki pada jam 3 petang sebelum menyambung balik pendakian bermula pada jam 2.40 pagi keesokan harinya dan sampai di puncak pada pagi hari yang sama.
Berkongsi mengenai persiapan beliau, sebagai seorang yang memang sudah aktif sejak dari dulu, beliau hanya melakukan persiapan yang ringkas sahaja dan cuma menambahkan aktiviti cardio. Pendakian Gunung Kinabalu adalah bukti keazaman dan ketabahan Coach Eddy atau nama sebenarnya Eddy Syamin yang tidak berbelah bahagi. Walaupun hampir berputus asa, beliau tetap meneruskan perjalanan sampai ke puncak. Pencapaiannya bukan sahaja mempamerkan kehebatan fizikal tetapi juga menyerlahkan kekuatan mental, merangkumi nilai-nilai disiplin dan kecekalan.
Terletak di tengah-tengah Borneo, Gunung Kinabalu terkenal dengan bentuk muka bumi yang mencabar dan pemandangan yang menakjubkan. Ekspedisi Coach Eddy yang berjaya menjadi inspirasi kepada peminat dan individu yang bercita-cita tinggi di seluruh dunia. Walaupun bangga dengan pencapaiannya, Eddy masih tidak berpuas hati dan berimpian untuk kembali ke puncak Gunung Kinabalu buat kali keduanya.
Tahniah kepada Coach Eddy atas pencapaian yang luar biasa ini. Kami menjangkakan pencapaian yang lebih luar biasa dalam perjalanannya yang akan datang.
Wah.. Tahniah buat Coach Eddy.. Terbaik..
ReplyDeleteDasyat stamina
ReplyDeleteHebat Coach Eddy. Tahniah
ReplyDelete