Penulis: Sharaf
Penerbit: Dear Novels
Helaian: 258 mukasurat / 37 bab, 2 epilog
Genre: Psikologi / Thriller
Tarikh Cetakan: Cetakan Pertama - 2022
Harga: RM 23.00 (Semenanjung Malaysia), RM 26.00 (Sabah & Sarawak)
Sinopsis:
Demi membantu mangsa yang berada di bawah lembayung fobia, Doktor Mustaqim dan Doktor Khalil menggagaskan sebuah karnival psikologi untuk membantu mereka.
Carnival of Phobia.
"Kami menjadi tikus makmal doktor?" - Fayyadh
"We just want you to face your fear and fight it. That is what Carnival of Phobia is all about." - Doktor Mustaqim
Akhirnya, dengan persetujuan tujuh orang klien terawal, mereka dijemput untuk menjadi sebahagian daripada ahli Carnival of Phobia. Mereka pergi dengan harapan bahawa mereka akan sembuh daripada ketakutan masing-masing.
Tujuh insan, tujuh fobia - Fayyadh, Insyirah, Elaina, Profesor Ibrahim, Aaron, Taufiq dan Yara.
Namun, semua yang dirancang, tidak sama sekali seperti yang difikirkan. Ada yang mengambil kesempatan di sebalik tujuan murni projek yang dijalankan, demi melangsungkan agenda hitamnya.
Dia yang disamakan dengan Azazil.
"Welcome to Carnival of Phobia, ladies and gentlemen..."
Review:
Naskhah Carnival of Phobia menggunakan tema psikologi dengan membawakan berbagai jenis fobia yang dialami oleh 7 orang pesakit Dr. Khalil dan juga Dr. Hud. Carnival of Phobia merupakan cara perubatan yang akan digunakan oleh dua orang doktor psikiatri muda untuk membantu pesakit mereka sembuh dari fobia yang dialami.
"Sebab Doktor Hud aje yang saya rasa waswas sikit. Tapi, lepas Doktor Khalil yakinkan saya, saya macam nak pergi sebab fobia bodoh saya ni. Kalau tak, memang tak ada maknanya saya nak ke sana." - Aaron
Awalnya projek Carnival of Phobia berjalan lancar sehinggalah Dr. Hud, Dr. Khalil dan Dr. Mustaqim diserang oleh identiti misteri kemudiannya mengambil alih projek karnival tersebut. Ketujuh-tujuh mangsa terjerat dalam karnival tersebut hingga ada nyawa yang terkorban gara-gara gagal melawan fobia yang dihadapi.
Kebanyakan fobia yang digunakan adalah fobia yang biasa kita jumpa macam Aquaphobia (fobia terhadap air), Pyrophobia (fobia terhadap api) dan Entomophobia (fobia terhadap serangga). Penulis masukkan juga pengetahuan baru untuk Eisoptrophobia (fobia terhadap cermin) atau fobia terhadap diri sendiri.
Cara doktor psikatri bekerja juga diceritakan dengan baik sama ada rutin harian di Garden of Minds, hubungan bersama pesakit, risiko dalam kerjaya tersebut dan juga kisah peribadi watak-watak utama yang terlibat.
Naskhah Carnival of Phobia mempunyai tiga bab di mana bab pertama menceritakan tentang objektif projek karnival tersebut diadakan kemudiannya penulis rungkai bab kedua yang berkisar tentang tujuh orang pesakit Garden of Minds yang setuju untuk turut serta dalam karnival tersebut. Manakala bab ketiga di mana kebenaran tentang misteri pembunuh psiko dibongkar dan bagaimana hijack berlaku. Tak ambil masa yang lama pun untuk tahu siapa sebenarnya identiti misteri yang hijack Carnival of Phobia tapi tetap nak tahu juga kenapa.
Kalau pernah layan genre slasher macam francais SAW, A Nightmare on Elm Street, Escape Room ataupun filem lain, jalan cerita Carnival of Phobia mempunyai vibe dan plot yang lebih kurang sama. Bezanya, rasa takut atau panik tu tak ada. Pace cerita bergerak laju sehinggakan ada watak atau babak yang tak dikembangkan dengan baik. Mungkin sebab konsep slasher, jadi modus operandi lebih diberi fokus berbanding perkembangan watak. Kelemahan mangsa jadi highlight untuk tutup kelompongan cerita.
Ambil masa sebulan lebih untuk habiskan novel Carnival of Phobia sebab ada perkataan yang seolah-olah dipaksa untuk fit in supaya hajat penulis sampai. Rasa terganggu dengan gaya penulisan dan bahasa penulis yang cuba masukkan kosa kata yang jarang digunakan. Mungkin requirement dari publisher atau editor sebab tengok sinopsis novel lain dari publisher Dear Novels pun lebih kurang sama. Sayang lah juga karya nukilan Sharaf ni terjejas sebab kalau diterbitkan di FIXI, mungkin cerita lebih menarik.
Apa pun naskhah Carnival of Phobia masih lagi menarik untuk dibaca. Buktinya, I baca sampai habis. Kalau ada yang suka dengan gaya penulisan Sharaf, sekejap saja sudah habis. So, no worries. Kalau suka dengan sinopsis dan genre ni boleh lah pinjam dekat library, e-book atau beli dekat mana-mana platform.
1. Author +1, 2. Plot +0.5, 3. Genre +0.7, 4. Social Message +1, 5. Personal Thought +0.4 = 3.6/5
fuhh lama tu baru nak habis, agak menarik cerita tu, mungkin oleh dimasukkan dalam list
ReplyDeleteSelamat mengulat buku
ReplyDelete