- Keminatan terhadap seni dan kelestarian menetapkan satu mercu tanda baru dalam Malaysia Book of Records
- Karya seni yang terbaik akan dipamerkan di UTme! by UNIQLO di cawangan-cawangan UNIQLO pada tahun ini
Sempena tahun baru, Faber-Castell mengambil kesempatan untuk meraikan enam anak muda Malaysia yang sedang melakar masa depan masing-masing dalam bidang seni dan kreatif. Anugerah Artis Muda 2023, yang bertujuan memupuk kreativiti dan kelestarian dalam kalangan artis muda, ingin meraikan enam bakat hebat sebagai sebahagian daripada pencapaian ‘Peraduan Mewarna Artis Muda Terbesar’ oleh Malaysia Book of Records.
Marilah kita sama-sama menyaksikan kemahiran dan wawasan bakat-bakat muda ini, tatkala mereka memecahkan sempadan kreativiti dan mencorak masa depan yang cerah untuk bidang kreatif di Malaysia.
Raja Ahmad Allaudin
Raja Ahmad Allaudin, finalis Anugerah Artis Muda, menemui minatnya dalam seni pada usia empat tahun. Berasal daripada keluarga kreatif, Raja Ahmad telah bergandingan dengan artis-artis tempatan seperti Ujang, yang terus menjadi suntikan inspirasi bagi perjalanan seninya. Berbekalkan galakan ibu bapa, beliau bercita-cita menjadi seorang ilustrator dan menerbitkan bukunya sendiri suatu hari nanti. Raja Ahmad percaya pencapaiannya membuktikan bahawa pemupukan kreativiti sejak usia muda boleh membuka pintu kepada kerjaya yang bermakna dan berwawasan dalam bidang seni.
Charnelle Christa Juannes
Sebagai seorang animator yang beraspirasi tinggi, finalis kelahiran Sabah ini membezakan dirinya dengan bakat yang luar biasa. Pada masa ini, Charnelle sedang mengusahakan projek impiannya, iaitu siri animasi fantasi yang menakjubkan, sekali gus menonjolkan perspektif unik dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi. Beliau mempamerkan semangat yang tidak gentar semasa pertandingan, dan membawa buku lakarannya ke mana-mana sahaja untuk menzahirkan inspirasinya melalui setiap lakaran.
Lau Jia Xuan
Atas semangat kecintaan terhadap anime, perjalanan seni Lau Jia Xuan mempamerkan semangat dan cita-cita tinggi, yang menginpirasikannya untuk memulakan saluran YouTube-nya suatu hari nanti. Di sekolah, beliau giat berkolaborasi dengan rakan-rakannya untuk menghasilkan siri anime “Friends At Start”. Kerjasama ini mempamerkan kerja berpasukan kreatif dan menggalakkan orang lain untuk mengejar impian seni mereka dengan penuh keazaman.
Sementara itu,tiga karya seni yang terbaik akan dipamerkan di UTme! by UNIQLO di cawangan-cawangan UNIQLO pada tahun 2024. Alamilah dunia seni dari hasil lukisan Teh Yu Cen, Gracelyn Loh, dan Lee Ruo Lin yang bakal mencuri tumpuan di cawangan-cawangan UNIQLO paling berhampiran dengan anda.
Teh Yu Cen - 8 tahun
Bagi Yu Cen, seni bukan sekadar hobi; ia adalah satu perjalanan kreatif. Beliau sering meneroka pelbagai teknik baharu dengan penuh kesungguhan. Setiap coretan dan lakaran dalam karya seninya bukan sahaja mempamerkan bakat yang tinggi, tetapi juga semangat berkobar-kobar untuk melakar kisah menarik.
Lee Ruo Lin - 12 tahun
Mengambil bahagian dalam peraduan seni telah menjadi pembelajaran bermakna buat Ruo Lin, terutama soal kelestarian yang telah mendorongnya untuk mendalami isu alam sekitar. Berbekalkan pengetahuan baharu, beliau terinspirasi untuk mengaplikasikan seni dengan cara yang lebih kreatif, bagi menggalakkan anak-anak muda Malaysia mengambil berat dan melibatkan diri dengan isu alam sekitar.
Gracelyn Loh - 17 tahun
Berpegang kepada falsafah ‘latihan menghasilkan kesempurnaan’, Dedikasi Gracelyn untuk memperoleh kemahiran baharu setiap hari dengan menggunakan pelbagai bekalan seni telah membawanya ke pencapaian hari ini. Minat Gracelyn terhadap alam sekitar tertonjol apabila beliau menggunakan apa yang telah dipelajari dengan adiknya untuk membangkitkan kesedaran tentang alam sekitar.
Pengarah Urusan Faber-Castell Malaysia, Encik Andrew Woon berkata, “Faber-Castell sangat teruja untuk mencipta platform yang telah membuka jalan kepada enam anak muda Malaysia yang luar biasa ini untuk mencorak masa depan seni. Anugerah Artis Muda 2023 meraikan kreativiti, kelestarian dan kuasa transformatif seni. Pemupukan semangat kreatif dalam bakat muda bukan sahaja mencorak perjalanan seni mereka tetapi juga membuka pintu kepada kerjaya yang bermakna dan berwawasan dalam bidang seni. Kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada kisah inspirasi mereka”.
Thanks for your sharing
ReplyDeletewow..hebat2 anak muda ni
ReplyDelete