Sejak HQ berpindah ke Oasis Square Ara Damansara ni, makin banyak aktiviti kitorang buat sama-sama sebab makin ramai makin meriah, makin seronok lah bonding session tu. Macam bulan lepas kitorang buat potluck makan oden untuk lunch.
I tak lah berapa gemar makan oden masa tengahari sebab nak makan nasi jugak tapi sebab nak join potluck jugak, I makan heavy sikit lah masa breakfast.
Potluck ni masing-masing contribute duit sorang sikit lepastu ada yang bawa menu lain juga tapi tak ramai lah sebab memasing tak makan banyak. Start masak oden ni dari pukul 12 tengahari dekat training room sebab ruang luas lepastu ada air ventilation supaya bau tak stuck dekat situ. Masak oden ni senang sebab campak pastu tinggal. Bila lunch hour tinggal datang makan je.
Kak Ida buatkan air longan selasih untuk potluck, Dayana bawak puding jagung, Aufa bawa ayam goreng, Hazman pula bawa karipap healthy. Corporate Department bawak perut hshshs tak lah, kitorang beli donut J&Co sebab memasing tak sempat nak masak.
Thank you Dayan bawa puding jagung sebab favorite I tapi nak buat sendiri memang malas. Makan air tangan orang lain lagi mudah dan sedap. I tak berapa gemar oden tapi oden Kak Ida masak ni sedap pastu ada tofu cheese hikssss
Masa potluck ni kitorang celebrate birthday Sheera jugak sebab birthday dia bulan November. Patutnya nak celebrate masa meeting tapi kek tak sempat nak siap. Terpaksa lah cancel masa tu dan anjak ke potluck ni lepastu beli kek dekat Secret Recipe.
|
Aufa, Tasya & Debbie |
|
Sheera pakai cantik sebab dah tahu nak celebrate birthday dia |
Masa makan tengahari tu ramai yang request nak tengok cerita hantu. Memandangkan ramai tak tengok lagi movie Sewu Dino, I suggest lah movie ni. Kak Ida dengan Tasya suka tengok cerita hantu tapi bezanya, Tasya menjerit paling kuat bila hantu keluar meanwhile Kak Ida relax je layan.
I bukannya tengok sangat movie tu sebab dah tengok dah sebelum ni tapi terhibur sebab tengok reaction memasing. Beria nak tengok filem seram tapi dekat tangan ada bantal lah, selendang lah, tupperware lah nak tutup mata punya pasal. Itupun ubah speed bagi laju sikit supaya tak seram sangat.
Hari tu ada jugak plan nak buat potluck lagi tapi mampu plan je sebab bulan 12 ni ada yang kena covid, ada yang habiskan cuti. Mungkin tahun depan lah kot. Terima kasih semua yang prepare makanan sedap-sedap :)
Bestnya potluck ramai2 meriah je. Kak Cie dulu pernah kerja kat Ara Damansara. PJD Construction. Lama dah tak jejak kaki kat sana sejak resign.
ReplyDeleteby the way jemput join Kak Cie ada buat segmen give away :)
Wah bestnya buat event kecil mcm ni...ada makan2 lak lagi syok
ReplyDelete