Naskhah Kho Gaye Hum Kahan terbitan Excel Entertainment dan Tiger Baby Film bukan saja mempunyai jalan cerita yang menarik malah visual language yang dimasukkan mempunyai makna tersendiri lantas mengukuhkan penceritaan yang berlatarkan masalah hidup yang dialami oleh trio Imaad, Ahana dan Neil.
Kerana keindahan sinematografi tersebut, I perlu buat entri asing untuk point out hasil kerja cinematographer Tanay Satam yang pernah bekerja untuk siri Dhaad dan Made In Heaven. Sebelum ni dah kagum dengan shot dalam siri Made In Heaven sampai melekat dalam ingatan. Satu babak yang kaya dan sarat dengan emosi dan cerita.
1. Lingkaran Anak Tangga
Dalam filem Kho Gaye Hum Kahan ada dua babak menggunakan lingkaran anak tangga yang diambil dari shot atas untuk paparkan keadaan Kesihatan mental dua watak. Satu babak di mana Ahana stalk akaun Instagram kepunyaan Rohan dan lagi satu di mana watak Imaad keluar akibat dihalau oleh Simran.
Kedua-dua babak menggunakan tangga untuk menggambarkan keadaan di mana kehidupan kedua-dua watak mengalami kekeliruan.
2. Trauma Imaad
Di awal filem Imaad terjaga dari tidur dengan wanita asing di sebelah dia. Macam mana mengiurkan pun wanita tersebut, Imaad tetap tak tertarik untuk terus spend time. Postur badan dia dengan tangan di dahi pun boleh nampak yang Imaad masih stuck dengan trauma dan masalah mental dia.
Bila Imaad berjumpa Simraan, postur Imaad berubah dan toleh ke arah Simraan. They share a bed together, a blanket and subtle gesture of holding hands. Imaad tak peluk Simraan sebab trauma dia tapi boleh nampak dalam scene tu yang dia nak Simran sebagai life partner. Safe space untuk emotional needs.
3. Rumah Imaad
Masa Simran datang ke rumah Imaad pertama kali tu, dia cakap ada barang yang baru sementara barang lain nampak dah lama dekat situ. Rumah dan barang dalam rumah Imaad menggambarkan keadaan diri dia yang sentiasa bawa masuk orang baru tapi tak pernah mampu tinggalkan bagasi trauma yang ada.
Lagipun Imaad sendiri masih setia dengan dua orang kawan sejak zaman sekolah – Ahana dan Neil.
4. Penghadang
Di penghujung pertemuan antara Imaad dan Simran, Imaad bagitahu nama sebenar dia kepada Simran hanya selepas pagar besi lif ditutup. Sudah lah terkejut dengan fakta baru, Simraan tak mampu nak teruskan conversation tu lebih lanjut but still she feels glad.
Pagar besi adalah simbol terbaik untuk progress hidup Imaad sebab pagar besi tersebut adalah penghadang antara Imaad dan trauma dia. Walaupun kukuh tapi Imaad boleh cari ruang untuk keluar dari masalah tersebut. Walaupun menghalang, Imaad tetap berjaga-jaga untuk tidak keluar sepenuhnya dari trauma dia.
5. Hideaway
Hideaway adalah nama bar yang menjadi platform Imaad melakukan stand-up comedy. Untuk Imaad, dia suka stand-up comedy sebab bagi dia berjenaka adalah cara untuk dia hilangkan rasa sedih dan trauma yang dialami sejak kecil.
Ironinya, Hideaway juga adalah tempat yang sama dia bergaduh dengan Neil dan juga menjadi tempat di mana Imaad berterus-terang tentang trauma yang dia malu untuk cerita pada semua. Dalam babak Neil dan Imaad bergaduh, pengarah tunjuk posisi Neil yang bergerak menjauh dari Hideaway. Satu lagi babak di mana Imaad menangis di hadapan cermin yang tertampal poster Hideaway.
6. Imaad
Watak Imaad adalah watak utama dalam Kho Gaye Hum Kahan di mana mempunyai masalah mental paling teruk dan lama antara mereka bertiga. Penulis dedahkan keadaan Imaad sedikit demi sedikit seiring bergeraknya filem tersebut.
Dalam babak Imaad melihat hasil kerja Simraan, Imaad berdiri di bahagian tengah dalam koleksi gambar-gambar yang dikumpul secara berkelompok. Imaad dapat tengok persona yang dia tonjolkan pada dunia – nampak cantik, seronok tapi sebenarnya kosong. Imaad sendiri sedar dengan keadaan tu melalui lensa dan perspektif Simraan.
7. EXIT
Dalam babak Imaad menceritakan trauma yang dialami di hadapan penonton yang hadir, di hadapan manager dan juga dua orang kawan baiknya – Ahana dan Neil, di sebelah kiri Imaad ada pintu dengan papan tanda EXIT yang menyala dengan lampu berwarna merah.
Mungkin tampak biasa tapi untuk babak tersebut, Imaad sentiasa mempunyai pilihan untuk lari dari situasi tersebut. Postur badan dia nampak selesa dan tenang untuk bercerita dan tamatkan bagasi trauma yang dibawa.
That’s it for now. Untuk yang dah tengok, do you guys feels the same? Ada scene yang memorable tak dari naskhah Kho Gaye Hum Kahan?
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.