Director: Um Tae-hwa
Writers: Um Tae-hwa, Lee Shin-ji
Cast: Lee Byung-hun, Park Seo-joon, Park Bo-young, Kim Sun-young, Park Ji-hu, Kim Do-yoon, Uhm Tae-goo
Production Companies: Climax Studio, BH Entertainment
Distributor: Lotte Entertainment
Genre: Drama / Thriller
Running Time: 130 minutes
Release Date: 09 August 2023
Trailer :
Bandar Seoul dilanda gempa bumi yang besar di mana semua kompleks apartment hancur kecuali satu apartment, Hwanggoong Apartment. Kerana keberanian menyelamatkan salah seorang penduduk di situ, Young-Tak (Lee Byung-Hun) dilantik sebagai ketua buat sementara waktu. Min-Sung (Park Seo-Joon) juga dipilih untuk menyertai kumpulan pemburu sementara isterinya, Myeong-hwa (Park Bo-young) yang bekerja sebagai jururawat berjaga di apartment untuk merawat penduduk yang sakit.
Filem Concrete Utopia arahan Um Tae-hwa merupakan adaptasi dari webcomic berjudul "Pleasant Outcast" (2015) karya ilustrasi Kim Soong-Nyoong. Idea naskhah ini adalah sesuatu yang segar dan kreatif dalam memaparkan survival skills manusia pasca bencana alam. Macam mana sekumpulan manusia akan menjadi defensive dan pentingkan diri apabila sumber asas menjadi terhad.
Pada separuh masa pertama, kita dibawa masuk ke alam penduduk Hwanggoong Apartment yang menjaga tempat tinggal mereka dari diceroboh orang luar. Bagaimana sesetengah menyuarakan supaya berkeras untuk halang penduduk luar berkongsi tempat tinggal kerana layanan yang diterima sebelum ini. Bagaimana Young-Tak menubuhkan jawatankuasa dari kemahiran dan pengalaman para penduduk di situ.
Sinematografi yang berlatarkan pasca bencana menghidupkan lagi dunia tersebut dalam atmosfera yang kabur, hancur dan menakutkan. Kebanyakan masanya Concrete Utopia bergerak dalam suasana yang malap dan gelap, jelas menceritakan keadaan penduduk di situ dan perasaan setiap keluarga terutamanya yang lemah dan sakit. Penggunaan CGI tampak cemerlang sebab tak ada babak yang tampak canggung kerana kelemahan CGI.
Masuk separuh masa kedua, jalan cerita mula tegang dengan konflik dan serangan dari pihak luar yang semakin terdesak mencari tempat tinggal ekoran cuaca yang semakin berubah. Semakin lama filem bergerak, semakin plot hilang arah menerusi watak Myeong-hwa. Watak dia mewakili manusia yang punya rasa empati dan sifat kemanusiaan yang tinggi tapi untuk apa?
Macam mana empati dan sifat kemanusiaan yang dimiliki oleh Myeong-hwa dapat bantu penduduk di situ untuk terus hidup? Sementara Myeong-hwa sarat dengan dua sifat ni, suami dia bertarung nyawa di luar mencari sumber makanan untuk terus hidup. Ada beberapa part, kita akan persoalkan keputusan Young-tak dengan Min-seong but that’s life? Ada yang menang, ada yang kalah. Rich coming from me, who lives in comfort but judging from this movie, you can clearly see, which can provide or protect and which are not.
Dan itu sebenarnya mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam naskhah disaster thriller, dua pihak yang sama pentingnya untuk kekal selamat namun disebabkan watak Myeong-hwa, sifat empati tampak dangkal dan lemah dalam fasa tersebut. Bukan saja tampak dangkal malah hipokrit kerana bersenang-lenang atas usaha suaminya yang berada dalam pihak berlawanan.
Lakonan Lee Byung-hun mendominasi naskhah Concrete Utopia sebagai ketua persatuan, dibantu pula oleh Gum-ae (Kim Sun-young) yang lantang bersuara dan mengawal pergerakan penduduk di situ. Boleh kata kedua-dua watak ini terlihat jahat tapi kebanyakan masanya, mereka berdua yang banyak mainkan peranan. Manakala Park Seo-joon ada masanya tenggelam di sebalik dua pelakon veteran tersebut sedangkan memegang watak yang sama kuat sepatutnya.
Filem Concrete Utopia mempunyai mesej yang penting cuma terlihat lemah pada skrip terutamanya pada second half sebab masalah yang sama berulang sehingga ke hujung. Korea Selatan antara negara maju dalam dunia jadi macam mustahil juga lah, Kerajaan ambil masa yang lama untuk kumpulkan penduduk yang masih selamat.
Tambahan pula bila Hwanggoong Apartment masih teguh berdiri di tengah bandaraya Seoul. Dekat second half pun boleh nampak ramai lagi mampu hidup tanpa perlu menceroboh ke apartment tersebut jadi kenapa penulis nak kekalkan konflik yang sama hingga ke hujung? Nak kata untuk elemen dramatik pun tak juga sebab elemen ni paling lemah sekali sepanjang 130 minit. A good one-time watch.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.5 = 7/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.