Movie Review | The Archies (2023)

Monday, 11 December 2023


Director: Zoya Akhtar
Writer: Ayesha Devitre Dhillon, Reema Kagti, Zoya Akhtar, Farhan Akhtar (dialogues)
Cast: Agastya Nanda, Khushi Kapoor, Suhana Khan, Vedang Raina, Mihir Ahuja, Aditi "Dot" Saigal
Yuvraj Menda
Production Companies: Archie Comic Publications Graphic India, Tiger Baby Films
Distributor: Netflix
Genre: Musical / Teen / Comedy
Running Time: 144 minutes
Release Dates: 22 November 2023 (Goa), 7 December 2023
Trailer:


Filem terbaru arahan Zoya Akhtar yang ditayangkan di 54th International Film Festival of India berlatarkan komuniti Anglo-Indians pada tahun 1960-an. Filem yang diadaptasikan dari francais buku komik dengan judul yang sama membuka kisah tentang Archi dan rakan-rakannya ingin menyelamatkan Green Park di Riverdale. 

Budaya komuniti Anglo-Indian adalah dengan menanam sebatang pokok ketika si anak berusia 5 tahun. Setiap pokok akan diletakkan tanda nama, bukti individu tersebut lahir di Riverdale dan menetap di situ. Green Park terletak di tengah-tengah bandar Riverdale dan menjadi saksi untuk pelbagai jenis aktiviti yang diadakan oleh komuniti Anglo-Indians dari generasi ke generasi. 


Kerana tamak, Hiram Lodge (Alyy Khan) ingin membina sebuah hotel di Green Park setelah membuka beberapa kedai baru, lengkap dengan pelbagai kemudahan bersama gaji yang lebih tinggi. Sekaligus aktiviti bisnes tersebut bukan sahaja melumpuhkan bisnes sedia ada malah merosakkan hubungan dengan penduduk di situ. 

Veronica Lodge (Suhana Khan) paling teruk terima tempiasnya bila rakan baiknya, Betty (Khushi Kapoor), Reggie Mantle (Vedang Raina) dan yang lain menjauhkan diri. Awalnya Archie (Agastya Nanda) cuba untuk tidak masuk campur kerana dia akan menyambung pelajaran ke UK tapi lama-kelamaan, dia sedar yang Riverdale dan Green Park adalah sebahagian dari hidupnya. 


Filem The Archies merupakan launch pad untuk Agastya Nanda (cucu Amitabh Bachchan dan Jaya Bachchan, anak kepada Shweta Bachchan Nanda, anak buah Abhishek Bachchan dan Aishwarya Rai Bachchan), Suhana Khan (anak perempuan Shah Rukh Khan dan Gauri Khan) dan Khushi Kapoor (anak bongsu mendiang SriDevi dan Boney Kapoor, adik perempuan Jhanvi Kapoor, adik tiri Arjun Kapoor, sepupu Sonam Kapoor, anak buah Anil Kapoor dan Sanjay Kapoor) untuk debut di Bollywood. 

Of course, sejak filem The Archies mula diumumkan pembikinannya, dah ramai mula bercakap tentang nepo babies yang akan menjadi trio utama. Kata Zoya Akhtar, kesemua pelakon menjalani sesi ujibakat tapi kalau dilihat kemampuan masing-masing deliver watak yang diberikan, I really have a doubt about this. 


Agastya Nanda dipilih sebagai watak utama, Archibald "Archie" Andrews yang pandai menyanyi dan menari. Watak Archie bukan saja tak endahkan politik malah tak mampu memilih untuk bercinta dengan Veronica atau Betty. Juggerhead (Mihir Ahuja) pujuk supaya jangan bermain dengan api tapi semua orang pun tahu Archie adalah kasanova. Setiap hari akan bertukar teman wanita tapi tetap saja Veronica dan Betty menaruh harapan pada Archie. 

Personally, I lebih suka dengan watak Reginald Mantle sebab perkembangan untuk watak dia lebih solid, bagus dan kuat untuk naskhah remaja ni. Kalau nak dismiss Reggie sebab dia playboy, Archie pun apa kurangnya. Dari awal lagi pengarah dah tunjuk Reggie ada tanggungjawab untuk teruskan legasi journalism yang dibina oleh datuknya. Bukan saja ada bakat dalam menulis, Reggie juga ambil tahu dengan politik dan isu semasa. Dia berani suarakan pendapat dan prinsip, berani juga untuk bersemuka dengan Ricky Mantle (Luke Kenny) bincangkan tentang kolum akhbar. Babak deep talk Reggie dan Dilton Doiley (Yuvraj Menda) pun dah boleh nampak yang dia tahu where to draw the line tapi dalam masa yang sama masih protect Dilton walaupun dunia mereka berdua berbeza. 


Nak dibandingkan dari segi lakonan pula, Vedang Raina lebih menyerlah bakatnya walaupun terhalang oleh screentime yang terhad. Jauh berbeza dengan Agastya yang tak mampu deliver dialog dengan bagus, kurang pandai menari ataupun ada chemistry dengan Suhana atau Khushi. I lebih suka kalau penulis buat watak Reggie bercinta dengan Betty sebab chemistry Vedang dan Khushi nampak cantik onscreen. Even kalau ikutkan pada karakter watak masing-masing, they fit together. Dua-dua ada minat dan sensitiviti yang sama. Sama cantik, sama padan pula tu. 

Sembang pasal Suhana Khan, watak dia mudah sangat untuk deliver sebab sama dengan dunia dia. Spoiled rich brat dan habiskan masa dengan shopping dan parti tapi sayangnya Suhana tak mampu deliver dengan baik. Mungkin genetik SRK tak pandai menari sebab Suhana pun struggle untuk follow koreografi untuk kesemua lagu. Screen presence dia agak dull berbanding Khushi. 


Watak Betty Cooper memang sesuai sangat untuk Khushi yang ayu, baik hati dan sopan. Raut wajah dia yang feminine banyak membantu screenplay untuk babak melodrama bila patah hati gara-gara Archie. Bersedih bila ayah dia hilang kerja atau fikirkan tentang Green Park. Cara dia bercakap lebih kurang sama dengan Janhvi Kapoor tapi kalau tengok family diorang semua pun ada lenggok yang sama. Enjoy her grace in dancing and lip sync. Pendek kata, kalau Khushi polish lagi lakonan dia, masa depan dia cerah. 

Naskhah The Archies mungkin tak akan jadi kesukaan ramai sebab Zoya Akhtar guna genre musical jadi kebanyakan babak ada nyanyian dan tarian yang terikat dengan era tersebut. For me, I do enjoy every songs sebab filem Hindustan memang banyak nyanyi pun. Nak pula filem The Archies berlatarkan suasana masyarakat Anglo-Indians yang berat kepada English. My favorites are Sunoh and Va Va Voom! 



Sinematografi dari Nikos Andritsakis menghidupkan bandar Ooty sebagai Riverdale. Art, wardrobe and costumes department really did their best in research and execution. Bukan saja pada hairstyle, pakaian, lifestyle, makanan malah seni bina dan interior juga mengikut budaya komuniti tersebut. 

Jalan cerita The Archies mungkin boleh jadi lebih menarik kalau penulis tambah plot atau babak yang lebih dramatik. Tapi boleh jadi sebab pelakon utama tak mampu nak carry babak macam tu, even masa Veronica jumpa ayah dia pun, ketegangan tu tak kuat sangat macam naskhah Dil Dhadakne Do (2015) bila Karan mengamuk depan parents. Watak Hiram Lodge ada resemblance dengan Kamal Mehra yang dilakonkan oleh Anil Kapoor. Terkejut juga bila tengok Alyy Khan lebih kurang sama dengan Bobby Deol, bezanya dia kurus sementara Bobby lebih sasa. 


Walaupun ada kelemahan pada filem The Archies tapi sebagai launch pad untuk nepo kids debut, I do enjoy watching this movie. Ada banyak juga life lessons yang diselitkan untuk remaja. On personal note, I happy filem The Archies tak ada cursing words atau reference yang tak elok. I miss this kind of movie. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.6/10

3 comments

  1. tak sangka semua dah ada pelapis dalam dunia hiburan. menarik untuk tengok kalau based on review ni

    ReplyDelete
  2. Tengok plot/storyline dan cinematografi, nampak menarik tapi tulah semua cast adalah nepo baby and like you said, this series is the launch pad for all of them.Tertarik nak tengok sama ada dorg ni ada bakat mcm family dorg atau hanya sekadar pretty faces with famous families.

    ReplyDelete
  3. Mcm best je citer ni. Sy nak tonton la masa cuti sek ni.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.