Pelakon: Titi Kamal, Jenny Rachman, Fedi Nuril, Citra Kirana
Syarikat Produksi: Beehave Pictures, Multi Buana Kreasindo Productions
Pengedar: GSC Movies
Genre: Drama
Durasi Tayangan: 105 minit
Tarikh Tayangan:
Trailer:
Filem Air Mata Di Ujung Sajadah mengisahkan tentang Aqilla (Titi Kamal) yang terpaksa berpisah dengan anak kandungnya sebaik saja melahirkan. Anaknya diserahkan kepada Arif (Fedi Nuril) dan isterinya, Yumna (Citra Kirana) untuk dibesarkan di luar kota Jakarta.
Hal ini dilakukan oleh Bu Halimah (Tutie Kirana) yang ingin anak tunggalnya fokus pada pelajaran lalu mengambil alih perniagaan keluarga. Tak sepatutnya Aqilla berkahwin secara terburu-buru bersama kekasihnya, Arfan (Krisjiana Baharudin) sedangkan masih belajar di universiti. Arfan pula cuma bekerja di fast food restaurant untuk menyara mereka berdua.
7 tahun kemudian, ketika Bu Halimah sedang nazak, dia membuka rahsia bahawa anak Aqilla masih hidup dan tinggal di Solo. Aqilla segera menjejak Arif untuk bertemu dengan anaknya, Baskara. Puas Arif mengelak namun Aqilla masih teguh dengan keputusan untuk berjumpa dengan Baskara. Yumna minta Arif menjaga keluarga kerana sekiranya Aqilla mengambil Baskara, bukan saja Arif dan Yumna terluka malah Eyang Murni (Jenny Rachman) juga akan berduka.
Naskhah drama arahan Key Mangunsong membawakan tema kasih sayang terhadap si anak. Baik Aqilla mahupun Arif juga Yumna, kedua-dua pihak adalah mangsa keadaan. Kita yang tengok pun susah nak pilih pihak yang mana sampai berserah pada keputusan yang diambil pada hujungnya.
Walaupun jalan cerita Air Mata Di Ujung Sajadah mudah ditebak bila kita tahu benar Aqilla akan tuntut hak dia sebagai ibu kandung Baskara tapi tetap nak tahu macam mana kesudahan kemelut yang membelenggu kedua-dua pihak.
Risau juga kalau tiba-tiba Arif tu berkahwin dengan Aqilla sebab Fedi Nuril yang berlakon, hero Indonesia yang selalu berlakon filem poligami. Tapi penulis tak terlalu fokus pada watak Arif dan babak Arif-Aqilla juga paling sedikit sebab watak-watak wanita lebih menyerlah.
‘Mbak, tolong jangan bersikap seolah-olah saya ini penjahat yang ingin menculik Baskara, mbak.’ – Aqilla
Ada banyak momen dalam Air Mata Di Ujung Sajadah yang boleh bagi impak dan goyahkan perasaan kita sebagai naskhah drama tapi sayangnya penulis siakan peluang tersebut. Sepatutnya Aqillah boleh tarik perhatian Baskara dengan cepat dan kelebihan berada di tangan dia kerana datang dari keluarga yang kaya. Bukan saja mampu belikan LEGO, naik kereta mewah, bercuti dan banyak lagi tapi kecewa betul bila tengok dia belikan LEGO yang kecil untuk Baskara. Pergi jalan-jalan pun dekat zoo je.
Babak Baskara memilih pihak yang mana pun tak banyak padahal dia adalah fokus utama dan lakonan Faqih Alaydrus juga cemerlang walaupun masih baru. Tak banyak babak dia bersama Yumna sebaliknya pengarah tunjuk menerusi gambar-gambar dan cerita mulut saja.
Pacing filem ni terlampau perlahan sampaikan banyak plot tak dapat dikembangkan dengan banyak. Babak Yumna marah bila Aqilla dapat tahu tentang Baskara tu nampak terpaksa dan tiba-tiba padahal watak dia tengah resah, gelisah dan sedih bila anak yang dia jaga dari lahir akan diambil. Masa Yumna kata jangan tanya dari mana dia dapat kekuatan tu antara my fav scenes dalam filem ni sebab Citra deliver perasaan Yumna dengan tepat.
Menangis masa tengok babak Yumna menangis jerit panggil Baskara sebab perasan Yumna masa tu pasrah bukannya redho. Penulis buat keputusan yang tepat lah untuk ending sebab tujuan filem ni pun untuk paparkan perjalanan cinta posesif kepada cinta yang membebaskan. Macam mana si ibu boleh berkorban untuk kebahagiaan anak. It’s a beautiful message in an average execution.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 7.5/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Aduh!! Sayangnya tak disampaikan dengan cantik.. Isi dah menarik dah..
ReplyDeletehmmm.. nampak macam best je ni...
ReplyDelete