Drama Review | Vigilante (2023)

Monday, 11 December 2023


Director: Choi Jeong-yeol 
Writer: Lee Min-seop
Cast: Nam Joo-hyuk, Yoo Ji-tae, Lee Joon-hyuk, Kim So-jin
Production Companies: Studio N, Beyond Story
Distributor: Disney+ Hotstar
Genre: Action / Thriller 
Running Episodes: 8 episodes (40-50 minutes per episode)
Release Date: 5 October 2023 – 29 November 2023 
Trailer :


Vigilante mengisahkan tentang Kim Ji-yong (Nam Joo-hyuk), pelajar pelatih di Akademi Polis Seoul menyamar sebagai Vigilante pada waktu malam untuk menghukum penjenayah yang mendapat hukuman tidak setimpal dengan jenayah yang dilakukan. Malah lebih teruk lagi, penjenayah-penjenayah ni tak bertaubat atau rasa menyesal pun terhadap jenayah yang dilakukan. Kecewa dengan sistem perundangan yang rosak kerana rasuah, Vigilante mengambil tindakan yang melanggar undang-undang. 

Perbuatannya dikagumi ramai lantas wartawan bernama Choi Mi-ryeo (Kim So-jin) menggunakan Vigilante untuk menaikkan rating Repo25h, news channel tempat dia bekerja. Tuah menyebelahi Mi-ryeo bila Vigilante menggunakan maklumat tentang penjenayah yang ditayangkan menerusi slot khas. 


Semakin lama semakin ramai yang menyebelahi Vigilante malah ada juga yang berani menghukum penjenayah dan berpakaian seperti Vigilante. Antara copy cat tersebut adalah Jo Gang-ok, naib pengerusi DK Group yang suka dengan lagak Ji-young. Gang-ok beri tawaran untuk mereka berdua bekerja bersama sebagai Vigilante namun Ji-young tak setuju dengan cara ganas dan agresif Gang-ok. Lagi pula, Ji-young nak bergerak sendiri. 

Namun gerak-geri Ji-young telah dihidu oleh Jo Heon (Yoo Ji-tae), ketua unit siasatan yang ditugaskan khas untuk memburu Vigilante. Dalam masa yang sama, Vigilante cuba membongkar aktiviti jenayah yang dilakukan oleh Sewool Future Resources. 


Naskhah Vigilante merupakan adaptasi dari webtoon dengan judul yang sama, karya ilustrasi Kim Kyu-sam yang diterbitkan pada tahun 2018. Idea untuk menghidupkan watak dual identity dah cukup menarik di mana pada waktu siang adalah polis yang patuh pada undang-undang manakala di waktu malam merupakan penghukum penjenayah. Uniform polis dan hoodie hitam yang digunakan oleh orang yang sama pada waktu yang berbeza mewujudkan dua persona dan aura yang berbeza. 

Tak ambil masa yang lama pun untuk kita berpihak pada Vigilante, ditambah pula dengan back story yang menjadi mangsa selepas ibunya dibunuh. Setiap serangan yang dilakukan oleh Vigilante juga tidak sampai membunuh mangsa, malah diberi peluang untuk serah diri atau bertaubat. Pattern yang digunakan Vigilante juga membezakan dia dengan copy cat yang menyerang secara membuta tuli dan pattern ini juga dicam oleh wartawan Choi Mi-ryeo. 


Karakter wartawan Choi Mi-ryeo ni dari awal hingga ke hujung menjengkelkan, walaupun pengarah bagi justification kenapa dia bertindak macam tu pun tetap tak boleh terima. Ada lah beberapa tindak-tanduk dia yang menjadi persoalan. Mungkin nak highlight strong traits tapi annoying. Sama juga dengan watak Gang-ok but as time goes by, I find him cute. 

Lakonan Nam Jo-hyuk sebagai Vigilante ada masanya terlihat seperti psycho killer and at times, I takut juga watak dia akan berubah ke arah tu. Dalam kebanyakan babak, Nam Jo-hyuk menggunakan gaya badan dan ekspresi wajah untuk berbicara tentang apa yang dia rasa terhadap sesuatu. Karakter Ji-young lebih kepada introvert, nak dibandingkan dengan kawan sekelas dia, Min Seon-wook (Lee Seung-woo) yang lebih ceria dan aktif. 


Action scenes yang dipaparkan dalam Vigilante nampak kemas dan meyakinkan bila Nam Jo-hyuk berlatih dalam sukan tinju, judo dan pelbagai seni pertahankan diri untuk watak Vigilante. Kalau sebelum ni nampak dia sebagai hero romantik, kali ni avatar dia bertukar kepada action hero. Enjoy tengok pertemuan Ji-young dengan Jo Heon sebab kedua-duanya mempunyai prinsip dan ideologi berbeza. 


‘Your confidence that you can’t be wrong. People like you will become monster eventually. Ji-young, was it painful….or...was it fun?’ - Jo Heon


Pace penceritaan bergerak sederhana sedangkan Vigilante cuma mempunyai 8 episod pada musim pertama jadi ada beberapa scenes yang nampak rushing terutamanya di penghujung drama. Alur penceritaan pada awalnya nampak menarik tapi longgar di pertengahan kemudian rushing di hujungnya. Kalau ada musim kedua, mungkin penulis boleh pick-up balik dekat plot yang tak sempat dikembangkan. All in all, it’s a good watch. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.