Drama Review | See You in My 19th Life (2023)

Saturday, 9 December 2023


Director: Lee Na-jung
Writer: Choi Young-lim
Cast: Shin Hye-sun, Ahn Bo-hyun, Ha Yoon-kyung, Ahn Dong-goo
Production Companies: Studio N, Studio Finecut
Distributors: tvN, Netflix, TVING
Genre: Fantasy / Romance / Drama / Mystery
Running Episodes: 12 episodes (70 minutes per episode)
Release Date: 17 June 2023 – 23 July 2023 
Trailer :


Drama cinta yang diadaptasikan dari webtoon (2020) dengan judul yang sama, See You in My 19th Life, karya ilustrasi Lee Hey membawakan tema reincarnation di mana Ban Ji-eum (Shin Hye-sun) ingin bertemu dengan Moon Seo-ha (Jung Hyeon-jun) di kelahiran ke-19 nya. 

Ban Ji-eum telah melalui pelbagai era menerusi beberapa kelahiran dan mempunyai ingatan di beberapa kelahiran yang terdekat. Hanya di kelahiran ke-19, dia mula punya semangat untuk hidup kerana ingin bertemu dengan Seo-ha, kanak-kanak lelaki yang dia kenal di kelahiran ke-18. Perkenalan mereka agak singkat kerana Ji-eum dan Seo-ha terlibat dalam nahas jalan raya. 


Sebaik saja menginjak usia 9 tahun, Ji-eum (Park So-yi) mencari semula anak saudaranya bernama Ae-gyung (Cha Chung-hwa) di kelahiran ke-17. Ji-eum minta untuk tinggal bersama kerana keluarga di kelahiran ke-19 hanya ambil kesempatan dan mengabaikan dia. Ambil masa yang lama untuk Ji-eum bertemu dengan Seo-ha (Ahn Bo-hyun) kerana jejaka tersebut sambung belajar di luar negara. 

Sebaik saja Seo-ha buka pengambilan pekerja di hotelnya, Ji-eum tak lepaskan peluang walaupun kelayakannya tak sesuai langsung dengan jawatan yang ditawarkan. Ji-eum nak sangat bagitahu Seo-ha bahawa dia adalah Yoon Joo-won (Kim Si-a) di kelahiran ke-18 tapi tak mungkin Seo-ha akan percayakan dia. Sejak kemalangan tersebut, Seo-ha pekak sebelah dan menghidap PTSD. Urusan seharian Seo-ha banyak dibantu oleh teman baiknya merangkap setiausaha, Ha Do-yoon (Ahn Dong-goo). 

Drama fantasi cinta yang dikembangkan oleh Studio Dragon mengetengahkan tema yang segar, kreatif dan menarik di mana manusia dapat ingat setiap kelahiran yang dilalui. Kelebihan yang ada keburukan dan kebaikannya. Dah tentu, bukan dari segi negatif sebab hanya manusia yang berkelakuan baik akan dapat peluang untuk lahir semula. Sebelum ni cuma tahu tentang fakta ni tapi dalam drama See You in My 19th Life, penulis, Choi Young-lim bagitahu yang watak Ban Ji-eum dapat lahir semula dengan cepat sebab di kelahiran sebelumnya, dia dibunuh. 


Masa layan drama ni macam geram juga penulis tak pertemukan Ji-eum dengan ibu dia di kelahiran ke-18 tapi bila tahu keburukan ada ingatan dari kehidupan lampau terus rasa lega. Selamat juga mata sebab tak payah menangis macam masa tengok part Ji-eum reunite balik dengan Cho-won (Ha Yoon-kyung). 

Alur penceritaan See You in My 19th Life dikembangan dengan baik cumanya terlampau banyak flashbacks yang sama sedangkan ada banyak plot yang boleh dikembangkan lagi macam watak Ha Do-yoon yang setuju bekerja sebagai setiausaha sedangkan boleh sangat dia kerja tempat lain. Entah kenapa dia perlu bertahan dibuli dengan rakan sekolah. Mungkin sebab dia sayang dengan Seo-ha tapi friendship diorang tak lah ditonjolkan sangat oleh si penulis. 


Mood drama See You in My 19th Life pada awalnya lebih kepada warm, sesuai dengan harapan Ji-eum untuk pulihkan dunia gelap Seo-ha. Kemudian drama ni bertukar kepada mood yang lebih dark bila watak Kang Min-gi (Lee Chae-min) muncul dengan kisah silam yang berunsurkan misteri dan tegang. Dalam masa yang sama Seo-ha dan Ji-Eum dapat tahu rahsia kemalangan yang berlaku ada kaitan dengan konflik keluarga. 


Peralihan kedua-dua mood ni berlaku secara perlahan pada awalnya which is good for some moment tapi berubah mendadak di hujung drama. I did some digging dan dapat tahu sepatutnya drama See You in My 19th Life ada 16 episod tapi terpaksa potong banyak part sebab nak slot in dekat tvN. Patutnya untuk tayangan Netflix dan TVING, letak lah drama asal sebab tak ada isu rebut slot pun. Mungkin streaming platform beli dari tvN kot bukannya production house. But still haihhh sedihnya. 

Kalau ada yang rasa I patut layan webtoon untuk tahu jalan cerita asal, mungkin tak tahu tahap keindahan sinematografi yang dipaparkan dalam drama See You in My 19th Life. Babak romantik antara Seo-ha dengan Ji-eum atau Joo-won bukan terletak pada chemistry semata tapi pada setiap pertemuan yang dihiasi dengan visual yang mengasyikkan. Pertemuan di kolam renang, akuarium ikan, di kubur Joo-won, menari diiringi bayu laut dan banyak lagi. 


Penulis tumpukan perhatian pada watak Seo-ha yang tak mampu mendengar tapi ampuhkan bahasa cinta melalui sensori lain. Babak Seo-ha dan Ji-eum tenangkan diri di pokok ceri antara babak yang bermakna bila pokok ceri melambangkan perantara hidup dan mati. Jangka hayat pokok ceri pun pendek, sama macam Joo-won yang sempat jumpa Seo-ha cuma sekejap tapi jadi titik yang mendalam pada Seo-ha. Soundtrack The Star – Colde menambahkan lagi impak kepada atmosfera romantis yang dititipkan oleh penulis. 



Baca review banyak juga yang tak suka dengan lakonan Ahn Bo-hyun sebab pasif tapi personally, I okay je dengan lakonan dia sebab Ahn Bo-hyun serve face sepanjang masa. Watak Seo-ha tu kan PTSD, membesar sendiri, emotional neglect oleh bapa dia lepas kematian ibu dan Joo-won, memang patut lah dia banyak asingkan diri. Bahagia tapi sakit dalam masa yang sama. Mungkin sebab masalah teknikal juga, pengarah tak mampu nak bagi banyak ruang kepada watak Seo-ha. 

Berbeza dengan watak Ji-eum yang lincah dan berani sebab dia dah tekad nak masuk dalam hidup Seo-ha. Dah la ilmu pun banyak, kemahiran hidup pun bersepah. Campak lah dekat mana pun, dia boleh hidup. Jangan campak masuk dalam keluarga di kelahiran ke-19 je sebab sakit jiwa nak hadap. Lakonan Shin Hye-sun cemerlang dalam watak Ji-eum, bukan senang nak seimbangkan lakonan supaya tak terjatuh dalam kategori cringe ataupun over acting. 


Pelakon sampingan yang dimasukkan pun cemerlang menghidupkan watak masing-masing. Yang mencuri tumpuan dalam drama See You in My 19th Life ialah Kim Si-a, bukan saja cantik, pandai pula tu berlakon sebagai remaja yang kemurungan dan terbeban dengan takdir hidup. Park So-yi pula tak perlu dipertikaikan lagi bakat dia lepas menyerlah dalam drama She Would Never Know (2021), Mouse (2021) dan terbaru, Revenant (2023)

Kalau belum tengok lagi, boleh lah layan drama See You in My 19th Life di Netflix. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.3/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.