Penulis Skrip: Rafidah Abdullah, Suzanne Ong, Khairi Anwar, Anwar Hadi
Pelakon: Mia Sara Shauki, Nelissa Nizam, Tami Anadan, Aniq Durar, Nia Atasha, Rashidi Ishak, Iedil Dzuhrie Alaudin, Amanda Ang, Sue Tan, Nasir Alaydrus, Megat Adli, Sarimah Ibrahim, Uyaina Arshad, Rahim Omar, Dee Dee A’iene
Tarikh Tayangan: 22 September 2023 – 24 November 2023
Trailer :
Langkah Mayat, band indie yang dianggotai oleh vokalis Sal (Nelissa Nizam), guitarist Feeqi (Mia Sara Shauki), bassist Kristy (Tami Anadan) dan drummer Wid (Aniq Durar) mempunyai matlamat untuk menuarakan keadilan terhadap mangsa-mangsa ketidakadilan di kampus mereka. Kebanyakan lagu mereka ditulis liriknya oleh Sal sendiri kerana dia telah banyak hasilkan puisi berkisar perasaan dan kisah hidupnya sendiri.
Sal sendiri juga merupakan mangsa gangguan seksual oleh pensyarah bernama Prof Hamzah (Rashidi Ishak) dan menjadi mangsa buli secara fizikal dan juga di alam maya. Tanpa band member Langkah Mayat yang sentiasa memberi sokongan, Sal mungkin dah hilang punca untuk hidup. Pn. Lydia, ibu Feeqi (Sarimah Ibrahim) pula memberi bantuan guaman kepada Sal dan juga Langkah Mayat.
Kerana bakat dan kontroversi mereka, Suzy (Amanda Ang) beri tawaran supaya Langkah Mayat sertai program Next Up di mana band baru akan digilap bakat mereka oleh 3 orang mentor – Altimet, Suki dan juga JL (Iedil Dzuhrie Alaudin). Feeqi awalnya semangat untuk join Next Up tapi lemah semangat bila nampak barisan juri kerana ada sejarah hitam dengan JL.
Dalam perjuangan ahli Langkah Mayat mencari keadilan, mereka berhadapan dengan pelbagai kejutan dan rahsia gelap yang menguji bukan hanya persahabatan mereka, tetapi juga diri mereka yang sebenar.
Naskhah terbaru Astro Premier! arahan Shamyl Othman menggunakan kumpulan muzik remaja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan masalah seksual. Kesemua kes yang dimasukkan oleh barisan penulis adalah kes-kes sebenar yang pernah berlaku dalam masyarakat kita. Sama seperti drama Projek: Anchor SPM (2021) dan Projek: High Council (2023) yang pernah diterbitkan di platform yang sama. Drama Riot! turut mengutarakan isu buli yang mengakibatkan terjejasnya kesihatan mental.
Uniknya drama Riot! mempunyai music album yang dihasilkan oleh Khairil Ridzwan Anuar atau LoQue, dan dinyanyikan sendiri oleh Nelissa Nizam dan Mia Sara Shauki. Turut menyumbangkan suara adalah pelakon Iedil Dzuhrie Alaudin untuk lagu Sandiwara.
Memandangkan drama Riot! ditayangkan di OTT platform dan diterbitkan oleh Astro Shaw maka tak hairanlah kalau mempunyai visual berkualiti tinggi. Sinematografi dari Zulkefli Zain yang berlatarkan dunia remaja yang minat dengan muzik menghidupkan lagi suasana tersebut dengan mewujudkan studio kecil di rumah Feeqi, underground gig dengan penampilan dari band Couple dan banyak lagi.
Babak pihak plaintif berjumpa dengan defendan untuk gugurkan kes juga dipaparkan dengan menarik melalui fakta perundangan tanpa nampak janggal dan seolah menghafal skrip. I wish ada lebih banyak babak Sarimah Ibrahim sebagai peguambela Sal dalam Riot! sebab karakter dia sendiri menyerlah. Babak Pn. Lydia dan Feeqi pun terhad sedangkan anak-beranak yang ada pertalian dan kepercayaan yang kuat. The chemistry is there.
Kalau ikutkan, drama Riot! adalah naskhah ketiga lakonan Mia Sara Shauki selepas Histeri The Series (2022) dan Ceroboh (2022). Boleh nampak Mia dah makin confident depan camera nak bandingkan dengan dua naskhah sebelumnya sedangkan screentime dia lebih sedikit sebab watak Feeqi bukan watak utama. Super love Feeqi’s wardrobe in Riot!
Pacing untuk drama Riot! agak perlahan sedangkan ada banyak ruang untuk kembangkan beberapa sub-plot yang lain. Semua watak pun ambil masa untuk habiskan satu sentence dialog. Kalau tayang dekat TV faham lah kenapa cakap slow tapi drama ni dekat OTT platform dengan subtitles disediakan jadi tak seronok lah bila cakap lambat.
Mungkin sebab terikat dengan genre drama tapi ironinya, drama dalam Riot! tak cukup kuat untuk kita connect dengan emosi kempat-empat watak. Boleh jadi sebab ada ruang yang kita boleh pertikai setiap tindakan mereka berempat. Elemen supernatural yang dimasukkan melalui watak Tita (Nia Atasha) melemahkan lagi connection dengan empat watak tu. It’s fun to watch but something is missing.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.4/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Menarik betul topik yang dibawakan.. Kita baca review Farhana jelah.. Lebih menarik.. kikiki..
ReplyDelete