My Journey to You mengisahkan tentang Yun Wei Shan (Esther Yu), assassin hebat dari organisasi Wufeng cuba untuk sertai keluarga Gong dengan menyertai pemilihan pengantin. Dalam penempatan Gong terbahagi kepada 4 keturunan – Shang, Jue, Zhi dan Yu.
Keturunan Zhi pakar dalam menghasilkan racun dan senjata tersembunyi. Keturunan Shang pula pakar dalam menghasilkan senjata, keturunan Jue berurusan dengan dunia luar kerana ditugaskan untuk menjaga bisnes keluarga dan handal dalam seni pertahankan diri. Manakala keturunan Yu menjaga ketenteraman dalaman dan juga menjaga keturunan Gong.
Han Ya Si (Omid) mengatur plan dan mengajar Wei Shan supaya terpilih sebagai pengantin kepada Gong Huanyu (Ji Ling Chen), anak sulung kepada Gong Hongyu (Ren Shan).
‘The Gong family’s criterion for choosing brides is rather unique. Martial art sects usually like to form marriage alliances with the strong to expand their power and influence in the martial art world. But the Gong family, never covets the power of the bride’s family in the martial arts world. The Gong family doesn’t think highly of any sect. They don’t have many descendants. Therefore, maintaining their bloodlines has become their ultimate consensus.’ – Han Ya Si
Walaupun pemilihan pengantin tampak senang untuk masuk ke perkarangan Gong namun di awal lagi sudah bermula konflik untuk keturunan Gong kerana Wufeng sengaja sebarkan khabar angin terdapat assassin dalam kalangan pengantin tersebut. Dari situ Wei Shan tahu bukan hanya dia seorang yang dihantar oleh Wufeng untuk menjadi pengantin kepada Putera Muda Gong.
Gong Zi Yu cuba menghalang sepupunya, Gong Yuan Zhi (Tian Ji Rui) supaya tak menggunakan racun kepada semua pengantin. Bagi dia, apa beza pembunuhan dengan seksaan jika mereka teruskan rancangan tersebut. Belum sempat Gong Zi Yu selamatkan semua pengantin tersebut, salah seorang pengantin bongkarkan penyamaran dengan sengaja.
Baru saja selesai satu masalah, Gong Zi Yu kehilangan ayah dan abangnya kerana dibunuh oleh pembunuh upahan melalui racun dalam minuman. Gong Zi Yu syak Yuan Zhi ada dendam kerana mereka semua minum Herb Elixir yang dicipta oleh keturunan Zhi jadi mustahil boleh terkesan dengan racun luar.
Kerana tragedi tersebut juga, Gong Zi Yu dilantik sebagai Sword Wielder yang akan menjaga Lembah Jichuen kerana Gong Shangjue (Ryan Cheng) masih belum pulang dari tugasnya. Makin bertambah tegang hubungan kedua-dua keturunan tersebut.
‘Wufeng is eager to get rid of the Gong family. How can a weak Sword Wielder protect the bloodline of the Gong Family?’ - Gong Shangjue
Pengantin yang asalnya akan dikahwinkan dengan Gong Huanyu menjadi calon kepada Gong Zi Yu. Makin tinggi juga peluang Wei Shan untuk masuk dalam keluarga Gong kerana dia semakin rapat dengan Zi Yu.
Penceritaan drama My Journey To You bermula dengan kisah yang dark dengan kewujudan Wufeng dan juga permusuhan dalaman antara 2 keturunan besar. Masuk ke tengah cerita bermula lah kupasan dan penjelasan dari penulis untuk beberapa misteri dan konflik yang berlaku. Dalam masa yang sama mengukuhkan lagi kisah cinta antara Zi Yu dan Wei Shan lantas menguatkan lagi watak mereka berdua kerana pada awalnya masing-masing terasa kosong dan akur dengan kehendak takdir. Semakin bersama, semakin mereka punyai semangat untuk hidup dan mencari identiti diri.
Chemistry Linghe Zhang dan Esther Yu tak lah kuat sangat sebagai pasangan bercinta tapi mungkin juga sebab terikat dengan watak masing-masing yang mempunyai trust issues. Mungkin juga sebab tak minat dengan lakonan Esther yang tak mampu berekspresi seperti Shangguan Qian (Lu Yu Xiao). Shangguan lebih licik dapatkan apa yang dia nak tapi kelakar lah sebab terpaksa berebut perhatian dengan Gong Yuan Zhi.
Sinematografi antara kekuatan drama My Journey To You di mana berlatarkan wuxia yang hidup di kawasan lembah. Kelebihan latar tempat yang wujudkan visual dreamy untuk babak romantik dan juga melankolik. Kebanyakan shot diambil dari pelbagai angle untuk mengukuhkan screenplay, ada masanya pengarah tease dengan shot yang fokus pada props atau menerusi transition pada babak tertentu. Kostum yang digunakan menarik perhatian macam koleksi hanfu Gong Yuan Zhi, jubah tebal kepunyaan Gong Zi Yu, hanfu milik Wei Shan dan kostumj watak-watak lain.
Semua babak aksi yang dimasukkan mempunyai momen tersendiri supaya setiap pergerakan atau teknik yang digunakan mempunyai ruang untuk ditonjolkan lantas menghasilkan babak yang penuh bergaya. Slo-mo yang digunakan juga menguatkan lagi impak pada fighting scenes pada beberapa babak genting. At times I was invested with their moves and fascinates their fighting skills. Bukan saja gerak-geri menjadi fokus pengarah malah senjata yang digunakan oleh setiap watak juga diberikan perhatian kerana setiap watak mempunyai senjata tersendiri, sesuai dengan karakter dan kekuatan masing-masing.
Setiap teknik martial arts juga diperkenalkan menggunakan tulisan pada babak tersebut tanpa perlu mana-mana watak menceritakan atau describe kepada penonton. Mungkin sebab nak jimat masa but somehow I lebih prefer gaya macam ni sebab sebagai manusia marhaen, teknik wuxia tu tak boleh dipraktikkan pun dalam dunia nyata.
Selain dari genre drama dan romantik yang diketengahkan, adegan lucu dihadirkan menerusi watak Gong Zi Shang (Jolin Jin), kakak kepada Zi Yu yang gedik dan suka mengacau Jin Fan (Sun Chen Jun). Seronok lah jadi watak dia sebab keturunan Gong tak perlu bijak atau handal berlawan pun jadi dia boleh ambil kesempatan untuk cuci mata.
Boleh kata semua watak utama yang dimasukkan dalam drama My Journey To You dapat character development supaya penonton boleh kenal dan connect. Selain dari Zi Yu, suka juga tengok watak Gong Yuan Zhi yang selalu idolakan dan jaga Gong Shangjue. Dalam kesemua watak yang ada, dia je yang tak sibuk nak bercinta sebab masa dia banyak dihabiskan dengan bekerja dan jaga abang walhal abang dia lebih dari mampu untuk jaga diri sendiri.
Walaupun pada awalnya Zi Yu selalu bertelagah dengan Yuan Zhi dan Shangjue tapi bila waktu memerlukan, mereka bertiga akan pertahankan Gong Family bersama-sama. Ada juga plot twist untuk konflik Gong Family pada Episod 22 hingga 23 tapi I suka penulis kuatkan lagi bond trio ni melalui ujian tu.
Watak-watak antagonis dari organisasi Wufeng dari awal lagi dah digambarkan sebagai menggerunkan walaupun kebanyakan pembunuh upahannya cantik paras rupa kerana Wufeng memang ambil anak perempuan dari mana-mana kampung yang diserang kemudian latih jadi assassin. Dekat hujung drama ada pertempuran besar antara Gong Family dan Wufeng which is the most anticipated scenes in this drama. Cantik lah penulis build up saspens supaya klimaks terpapar dengan cemerlang. Backstory untuk Wei Shan dan Han Ya Si pun dibawa masuk untuk elemen drama.
Drama My Journey To You antara drama berlatarkan wuxia yang menarik untuk ditonton walaupun pace dia ada masanya perlahan dan mempunyai jalan cerita yang mudah dijangka. Walaupun open ending, possibility untuk wujudnya musim kedua tu tinggi sebab janji Wei Shan belum terlaksana dan organisasi Wufeng belum lumpuh sepenuhnya. Kisah cinta Gong Shangjue dan Shangguan Qian pun baru bermula. I am sooooo ready for the sequel!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.5/10
Hensemnya semua lelaki2 tu berambut macam tu hehe
ReplyDeleteAduh!! Lawa lawa betul costume diorang..
ReplyDelete