Movie Review | The Marvels (2023)

Saturday, 11 November 2023


Director: Nia DaCosta
Writers: Nia DaCosta, Megan McDonnell, Elissa Karasik
Cast : Brie Larson, Teyonah Parris, Iman Vellani, Zawe Ashton, Gary Lewis, Park Seo-joon, Zenobia Shroff, Mohan Kapur, Saagar Shaikh, Samuel L. Jackson
Production Company: Marvel Studios
Distributor: Walt Disney Studios, Motion Pictures
Genre: Sci-fi / Action 
Running Time : 105 minutes
Release Dates: 7 November 2023 (Las Vegas), 10 November 2023 (United States)
Trailer :


Installment terbaru dalam Marvel Cinematic Universe membawakan sekuel kepada filem Captain Marvel (2019) dan kesinambungan kepada miniseries Ms. Marvel (2022). Kejatuhan Supreme Intelligence membuatkan Dar-Benn (Zawe Ashton) bertindak untuk mencari Quantum Bands untuk mencuri sumber air, udara dan juga matahari kepada Hala. 

Namun Quantum Bands yang dijumpainya hanya seunit sahaja kerana sebelah lagi dimiliki oleh Kamala Khan (Iman Vellani) yang berada di Bumi, di New Jersey. Kamala Khan adalah human-mutant yang mempunyai kuasa menukar cahaya kepada objek fizikal. Dia mengagumi Captain Marvel (Brie Larson) dan kebanyakan masanya dihabiskan dengan melukis komik berkisarkan fantasinya terhadap Captain Marvel. 


Tanpa sedar, Dar-Benn telah mengoyak kuantum ruang dan masa untuk mencuri keperluan asas di beberapa planet hingga mengganggu keadaan di Bumi. Angkasawan, Dr. Monica Rambeau (Teyonah Parris), Captain Marvel dan Kamala Khan bertukar tempat sesama mereka setiap kali mereka menggunakan kuasa superhero. Nick Fury (Samuel L. Jackson) cuba mencari jalan untuk pastikan kekecohan di angkasa tidak mengganggu penduduk Bumi. 

Dr. Monica Rambeau (Teyonah Parris), Captain Marvel dan Kamala Khan cuba untuk menghalang Dar-Benn dari terus mengoyak ruang dan masa dan untuk itu, mereka bertiga perlu menanggalkan Quantum Bands dari lengannya. Perkara yang agak sukar dilakukan kerana selain kelincahan Dar-Benn, kuasa mereka juga akan diserap oleh Quantum Bands untuk membentuk tenaga dan kuasa tersendiri. 


To be frank, I tak tengok lagi filem Captain Marvel, miniseries Wanda, Secret Invasion dan miniseries Ms Marvel jadi mencongak sendiri kenapa Carol bergaduh dengan Monica. Macam mana Ms Marvel dapat Quantum Bands dan suka dengan Captain Marvel pun tak tahu juga. I pilih movie ni pun sebab ini je yang ada dekat wayang. My initial plan was to buy movie tickets and sleep in cinema hall but I did enjoy this movie hshs

Ikutkan tak berapa gemar pun dengan lakonan Brie Larson sebab kayu. Lakonan dia sama macam Kristen Stewart dalam Twillight. Just there doing nothing. Tapi not bad lah dalam The Marvels sebab watak dia ada personal depth yang bagi kesan kepada emotional range Captain Marvel. Solo screentime dia tak banyak sebab kebanyakan masanya ditemani oleh Goose, Ms Marvel dan Monica. 

Tapi boleh kata Kamala Khan dengan keluarga dia yang menghidupkan filem The Marvels sebab berketurunan Pakistan. Karakter keluarga tu sendiri dah kecoh terutamanya Muneeba Khan (Zenobia Shroff) yang becok dan risaukan anak bongsunya. Personaliti Kamala juga menghiburkan kerana teruja berjumpa dengan idolanya dan karakter remaja yang curious dengan dunia baru. Perangai Kamala sama macam Peter Parker cuba nak impress Iron Man dalam fasa pertama MCU. 


I can’t say much about family drama between Dr. Monica and Carol Denver but all I can say is they both fall flat here. Ada juga lah beberapa percubaan untuk komedi tapi jadi hambar. Kalau tengok pada cara Dr. Monica sakit hati dengan mak cik Carol dia, boleh assume yang konflik keluarga tu teruk juga tapi sepanjang misi ni tak ada intense fight atau konflik dari dua watak utama ni pun. Senang sangat untuk both of them have fun living together and fight together. Too good to be true. 

Istimewanya dalam filem The Marvels ni ialah kemunculan dari Park Seo-joon sebagai Putera Yan yang menjaga Planet Aladna. Sepanjang 105 minit, kemunculan dia cuma 3 minit sebagai jejaka istimewa dalam hidup Captain Marvel. A bit disappointed lah sebab pelakon terkenal Korea dapat treatment macam tu je. Tak banyak pun dia mampu buat dalam 3 minit tu tapi tinggalkan impak juga lah untuk filem yang mehhh macam The Marvels ni. 

Boleh sangat kalau penulis atau pengarah panjangkan lagi sebab ada part Captain Marvel pesan supaya lengahkan masa sementara The Marvels ambil position tapi macam sekejap sangat Dar-Benn berjumpa dengan Putera Yan. Berlawan pun tak lama, pengarah dah buat encounter antara Dar-Benn dengan Captain Marvel dan Monica. 


Sakit hati juga tengok diorang berlawan sebab masing-masing dah tahu Quantum Bands serap kuasa superhero tapi memasing galak bagi tenaga dekat antagonis. Dah tu, macam mana nak menang? I just can’t believe this is the same Captain Marvel who beat Thanos in previous installment. No wonder lah ramai menyampah dengan Captain Marvel. Tak ada aura, tak ada persona langsung. 

Anyway, second credit scene give me hope for a better storyline sebab X-Men dah mula muncul dalam MCU. Dalam The Marvels ni kemunculan Dr. Beast buatkan I menjerit dalam cinema hall sebab penantian dah berakhir. Boleh kata The Marvels ni fillers installment sementara penulis X-Men ready untuk bergabung dengan MCU. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.5 = 6.7/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.