Movie Review | Konferensen (2023)

Sunday, 5 November 2023


Director: Patrik Eklund
Writers: Patrik Eklund, Thomas Moldestad, Mats Strandberg
Cast: Katia Winter, Adam Lundgren, Eva Melander
Production Companies: SF Studios
Distributor: Netflix
Genre: Black Comedy / Mystery / Thriller
Running Time : 100 minutes
Release Date: 13 October 2023 
Trailer :


Filem dari Sweeden yang diadaptasikan dari novel Konferensen, karya nukilan Mats Strandberg mengisahkan tentang sekumpulan pekerja syarikat yang berkumpul sehari sebelum upacara pecah tanah di lokasi mall baru mereka. Persidangan yang diadakan di Kolarsjon Holiday Village tersebut merupakan aktiviti team building untuk mengukuhkan lagi kerjasama antara mereka semua dan diketuai oleh Ingela (Maria Sid). 

Lina (Katia Winter) baru saja pulang dari cuti selama 2 minggu dan masih keliru dengan progress projek tersebut. Setahu dia, tuan tanah berkeras tidak mahu menjual tanah kepunyaannya kerana mengganggu sumber pencariannya di kawasan tersebut. Tapi tidak lama kemudian, PÃ¥lsson ditemui mati dengan bunuh diri di kandang ternakannya. Sama ada Ingela terlibat dalam tragedi tersebut, dia tidak tahu. 

Sementara Lina dan Anette (Cecilia Nilsson) membantah projek tersebut, Amir (Amed Bozan), Nadja (Bahar Pars), Eva (Eva Melander) dan Torbjon (Claes Hartelius) masih di tengah pagar untuk menyokong atau membantah. Jonas dan Kaj (Christoffer Nordenrot) sepenuhnya menyokong Ingela dan teruja dengan jawatan baru yang menanti. 

Tak lama setelah mereka sampai di tempat penginapan tersebut, seorang demi seorang diserang oleh lelaki bertopeng, atau lebih tepat lagi Sooty, maskot syarikat mereka. 
‘We don’t have any vehicles to get us out, we can’t call anyone and there’s a killer waiting for us out there.’ - Najda

Tak perlukan masa yang lama pun untuk teka siapa pembunuh misteri tersebut sebab dari awal lagi pengarah dah bagi hint individu yang mempunyai dendam besar terhadap mereka semua termasuklah pekerja kabin tersebut. 

Memandangkan filem ni tipikal slasher jadi cara pembunuhan tersebut kejam dan ganas. Pembunuh kenal hutan di situ, pasang perangkap dan serang pada waktu mangsa dia tak sedar langsung akan bahaya yang ada di situ. Pertarungan antara semangat untuk balas dendam dan semangat untuk kekal selamat antara faktor Konferensen terlihat menarik. 

Of course, kita yang tengok ni nak Lina selamat tapi macam mehhh lah bila dia selamat sebab nasib je. Tengok cara dia macam bijak tapi kadang macam cry baby. Mungkin effect ubat yang dia ambil. Entahlah. Patutnya diorang semua dah boleh agak apa perangkap yang pembunuh akan guna sebab kawasan hutan. Ada babak yang dah bosan tengok sebab mangsa kena jerat besi, tali tangsi dan ceracak kayu di flying fox. 

Masa Eva, Torbjon, Amir dengan Nadja plan untuk lawan pembunuh kejam tu dah seronok nak tengok sebab masing-masing nak berlawan tapi cerita jadi lemah balik. Yang seronok tu mula jadi merepek sebab sekumpulan pekerja yang ramai tak mampu nak lawan pembunuh seorang. Mungkin sebab terikat dengan genre komedi jadi penulis perlu cipta momen bodoh macam Nadja gunting rambut sendiri padahal boleh tikam tangan pembunuh. 

Dalam kebanyakan watak tu, watak Jonas antara yang menarik untuk ditonton. Dari awal dah nampak potensi dia untuk selamat sebab karakter dia licik. Lakonan Adam menghidupkan lagi watak Jonas dengan ekspresi yang menjengkelkan. Babak dia berbual dengan Anette tentang Frans antara babak menarik. 

Sinematografi yang berlatarkan kawasan hutan dan juga BGM membantu menghidupkan suasana ngeri dan menaikkan elemen thriller dari awal pembunuhan hingga ke hujung cerita. Babak bunga api jadi latar untuk tiang bendera tu hit the spot. 

Elemen komedi pula ada yang menjadi dan ada yang tidak. Dialog sesama mereka antara sumber humor dan terlihat realistik kerana watak utama adalah pekerja syarikat. Banyak spend masa bersama di syarikat pun belum tentu sanggup nak tolong dalam keadaan genting sebab selalu berbalah dan berbeza pendapat. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 6.6/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.