Drama Review | Moving (2023)

Friday, 24 November 2023


Directors: Park In-je, Park Yoon-seo
Writer: Kang Full 
Cast: Ryu Seung-ryong, Han Hyo-joo, Zo In-sung, Cha Tae-hyun, Ryoo Seung-bum, Kim Sung-kyun, Lee Jung-ha, Go Youn-jung, Kim Do-hoon
Production Companies: Studio&NEW, Mr. Romance, The Walt Disney Company Korea
Distributor: Disney+ Hotstar
Genre: Action, Fantasy, Supernatural, Sci-fi, Romance, Drama
Running Episodes: 20 episodes (40 minutes per episode)
Release Date: 9 August 2023 – 20 September 2023 
Trailer :


Drama tayangan eksklusif Disney+ Hotstar yang memenangi 6 anugerah termasuk Best Creative, Best Lead Actor, Best Writer, Best Newcomer Actor and Actress dan Best Visual Effects di Asia Contents Awards & Global OTT Awards 2023 berkisarkan manusia yang mempunyai kebolehan luar biasa di bawah agensi National Intelligence Service. 

Moving yang diadaptasikan dari webtoon Moving, karya Kang Full bermula dengan kisah kehidupan Bong-seok (Lee Jung-ha) yang boleh terapung di udara. Ibunya, Lee Mi-hyun (Han Hyo-joo) sedar akan keunikan tersebut dan mencuba sebaik mungkin untuk pastikan kebolehan Bong-seok tidak diketahui umum. Setiap hari Bong-seok perlu kawal berat badan dan bawa weight bars ke mana saja dia pergi. 


Satu hari pelajar baru bernama Jang Hui-soo (Go Youn-jung) pindah masuk ke Sekolah Menengah Jeongwon dan berkawan dengan Bong-seok. Tak ambil masa yang lama pun kebolehan Bong-seok terbongkar kerana dia susah untuk mengawal badan daripada terapung kerana emosi tak stabil setiap kali berjumpa pelajar cantik tersebut. 

Rupanya Jang Hui-soo juga mempunyai kebolehan luar biasa bilamana badannya boleh sembuh. Kebolehan tersebut diwarisi oleh ayahnya, Jang Ju-won (Ryu Seung-ryong) yang pernah menjadi black agent di NIS sebelum lari bersembunyi. Ketua pelajar, Lee Gang-hoon (Kim Do-hoon) pula mempunyai kekuatan luar biasa dan boleh bergerak dengan cepat. Kesemua pelajar istimewa ini diawasi oleh Choi Il-hwan (Kim Hee-won), guru di Sekolah Menengah Jeongwon.


Dalam masa yang sama, lelaki bernama Frank (Ryoo Seung-bum) menjejak bekas black agent NIS dan membunuh dengan kejam. Chief Min Yong-jun (Moon Sung-keun) syak Amerika sedang menjejak kesemua retired agent untuk padam semua data NIS. Lee Mi-hyun dan Jang Ju-won cuba menjejak Frank dan mengawasi anak-anak mereka dari bahaya. 

Drama Moving merupakan drama Korea terpanjang yang pernah ditayangkan di Disney+ Hotstar dan merupakan drama yang menelan belanja sebanyak 6 billion won. Bila layan 20 episod boleh faham lah kenapa dan bajet tersebut berbaloi dibelanjakan kerana menghasilkan penceritaan yang unik, segar dan menyeronokkan. 


Terdapat banyak latar masa yang berlaku di dalam drama Moving dan juga latar tempat di Korea Selatan, Korea Utara dan juga Amerika Syarikat. Recommended to do a marathon watch supaya tak keliru dan lupa sebab dalam drama Moving ada banyak watak yang digunakan. Cerita dikembangkan dengan baik bila penulis fokus pada keluarga Bong-seok kemudian keluarga Hui-soo kemudian masukkan tentang Lee Gang-hoon kemudian kembangkan tentang operasi khas NIS dan flashback yang memperkenalkan first batch black ops agent – Kim Doo-sik (Zo In-sung), Lee Mi-hyun dan Jang Ju-won, second batch – Jincheon (Baek Hyun-jin), Bongpyeong (Choi Deok-moon) dan Naju (Kim Gook-hee) dan superhuman Korea Utara. 


Bukan saja dikembangkan dengan baik supaya penonton kenal semua watak dan pihak yang terlibat, peralihan genre juga memainkan peranan. Di episod awal, bermula episod 1 hingga 7 lebh kepada teen romance dan kehidupan pelajar kemudian berubah kepada genre cinta orang dewasa di episod 8 dan 9. Bergerak ke episod 10 dan 11 pula lebih kepada action dan gangsterism kemudiannya action, thriller, superheroes dan sci-fi. 

Semua genre mempunyai ruang dan diadun dengan baik untuk menghasilkan penceritaan dengan mesej yang kuat. Sedih bila masuk kisah Jang Ju-won dan Jang Hui-soo sebab kedua-duanya boleh sembuh fizikal tapi tak mampu sembuh dari trauma yang menghantui. Sama juga dengan watak Kwon Yong-deuk (Park Kwang-jae) yang terpaksa bertarung untuk hidup di Korea Utara. 


Walaupun pengarah kata dia tak pandai olah genre melodrama tapi semua babak yang mempunyai elemen tu digarap dengan baik. Mesej yang diketengahkan bila manusia seperti Chief Min boleh peralatkan ejen untuk kepentingan dia, kena lah dengan tagline drama Moving – “We can be Heroes or Monsters”. Tak kira lah superhuman atau askar biasa, bila dikerah untuk berperang, masing-masing terpaksa bertahan untuk hidup supaya dapat sara keluarga. 

"The people are innocent. Those who forced sacrifices are to blame."


Drama Moving mempunyai barisan pelakon yang kuat baik pelakon senior mahupun barisan pelakon baru seperti Lee Jung-ha, Kim Do-hoon, Ko Youn-jung dan Shin Jae-hwi. Casting director pandai juga cari pelakon sebab batch anak-anak semuanya ada iras dengan parents. Karakter dan keupayaan pun sama, mungkin sebab tu seronok sebab small details diberi perhatian teliti. Cuma tu lah, kenapa semua ejen ada anak seorang je? Kenapa NIS tak nak jaga keluarga ejen sedangkan ejen berkhidmat untuk negara? 

Tak hairan lah Lee Jung-ha menang anugerah untuk watak Bong-seok sebab personaliti dan karakter dia yang clumsy, kelakar dan comel macam ayah dia jugak. Chemistry Jung-ha dengan Ko Youn-jung antara penyeri dalam Moving. 


Sinematografi yang banyak menggunakan VFX dan CGI juga mengukuhkan penceritaan yang bertemakan superhuman dalam kalangan manusia biasa. Seronok tengok kebolehan Jang Ju-won dan Jang Hui-soo di mana badan mereka berdua boleh sembuh dalam masa yang singkat. Kebolehan yang lain juga terlihat cantik dengan persembahan visual cemerlang lantas menaikkan mutu penceritaan Moving. Action stunt dipersembahkan dengan kemas dalam situasi tegang dan babak thriller. Ada juga babak yang mengerikan dan kejam memandangkan Moving berkisarkan dunia underworld dan special agents. 


Tengok pada credit scene, possibility untuk Musim 2 tersangatlah tinggi walaupun kesemua bekas ejen teruskan bersembunyi dan sorok kebolehan anak-anak mereka supaya tak dipergunakan oleh Kerajaan. Excited untuk musim 2 sebab nak tengok watak yang boleh hentikan masa dan superhuman lain yang tak berjaya dikesan lagi. Watak Young-Tak ni ada dalam webtoon Timing dan Bridge. Satu lagi sebab excited nak tengok Musim 2 sebab finally industry Asia ada drama superhuman yang bagus. Indonesia dengan Universe Satria Dewa dan Bumilangit Cinematic Universe (BCU) sementara Bollywood dengan Brahmastra trilogy. 


Mungkin Moving musim 2 bukan dalam masa yang terdekat sebab musim pertama pun ambil masa yang lama untuk siap. But I guess that’s okay because I can wait as long as the story is good. Kalau yang suka genre superheroes macam Avengers, X-Men dan seangkatan dengannya, memang wajib layan drama Moving. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

2 comments

  1. Macam menarik je cter niiii....boleh masuk dlm list...

    ReplyDelete
  2. Sukaaaaa sangaaat serial ini 😍😍😍😍. Termasuk yg best memang 👍👍. Saya pun menantikan season 2 nya kak. Tak sabar. Karena masih banyak pertanyaan yang belum terjawab juga kan. Bbrp agen pun blm diceritakan background mereka.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.