Drama Review | Alchemy of Souls: Light and Shadow (2023)
Monday, 20 November 2023
Directors: Bae Hyun-jin
Writers: Hong Jung-eun, Hong Mi-ran
Cast : Lee Jae-wook, Ko Yoon-jung, Shin Seung-ho, Yoo In-soo, Lee Ha-yul, Yu Jun-sang, Go Youn-jung, Hwang Min-hyun, Lim Chul-soo, Jo Jae-yun, Na-ra, Sojin
Production Companies: Studio Dragon, TS Narincinema
Distributors: tvN, Netflix
Genre: Action / Fantasy / Romance / Drama
Running Episodes : 10 episodes (60-70 minutes per episode)
Release Date: 10 December 2022 – 8 January 2023
Trailer :
Kesinambungan Alchemy of Soul: Part 1 (2022) menggunakan latar masa selepas 3 tahun Naksu menyerang negeri Daeho dan Jang Uk (Lee Jae-wook) memperoleh Batu Ais lantas mengambil upah dari Istana untuk membunuh soul shifters.
Menjadi pendekar yang hebat dengan kuasa terhebat dari Batu Ais tak bermakna hidup Jang Uk bahagia kerana dia sentiasa merindukan Mu-deok. Setiap masa juga dia diganggu oleh roh jahat yang sentiasa mengganggu untuk dapatkan kuasa Batu Ais. Jang Uk tak dapat tidur dengan tenang dan sentiasa mengasingkan diri supaya tak membahayakan orang di sekeliling.
Satu hari ketika mengejar soul shifter di Jinyowon, tanpa sengaja Jang Uk masuk ke bilik kebal dan berjumpa dengan Jin Bu-yeon (Ko Yoon-jung) yang dikurung selama 3 tahun sejak diselamatkan dari Tasik Gyeongcheondaeho. Pelik dengan kehadiran Jang Uk, Bu-yeon tahu pemuda tersebut akan bantu dia keluar dari tempat tersebut.
Dalam masa yang sama, Seo Yul (Hwang Min-hyun) balik semula ke Daeho untuk menghadiri perkahwinan pak cik dia namun disalah anggap oleh Bu-yeon sebagai bakal suami. Perkahwinan tersebut diaturkan oleh Jin Ho-Gyeong (Park Eun-hye) yang memerlukan pewaris untuk menjaga Jinyowon dan replika yang mengurung roh jahat di bilik kebal. Tambahan pula Jin Mu (Jo Jae-yun) mempunyai rencana untuk mengeringkan Tasik Gyeongcheondaeho menggunakan kuasa Burung Api supaya memperoleh kuasa Batu Ais.
Drama Alchemy of Souls: Light and Shadow mempunyai 10 episod, jauh lebih pendek dari Part 1 dengan konflik yang berulang dan antagonis yang sama. Konflik yang berulang bila percintaan antara Bu-yeon dan Jang Uk mempunyai alur yang sama. Yul antara yang pertama kenal siapa Bu-yeon dan patah hati sekali lagi. Putera Raja Go Won (Shin Seung-ho) menjadi perantara sama seperti sebelumnya tapi seronok je nak tengok sebab karakter putera masih sama. Babak Putera Raja dengan Bu-Yeon dan kura-kura hitam comel sangat.
Meskipun sekuel lebih pendek dengan watak yang sama banyaknya, ada beberapa babak yang tak perlu sebab mengganggu mood penceritaan. Watak Heo Yun-ok (Hong Seo-hui) tak perlu masuk dalam Part 2 pun tak apa sebab annoying. Sama juga dengan orang gaji dia, Sun-I (Jung Ji-Ahn) yang selalu berlagak depan Bu-yeon walhal taraf mereka jauh berbeza. Kenapa dia bercakap dengan bongkak sedangkan Bu-yeon pewaris Jinyowon?
Drama Alchemy of Souls: Light and Shadow mendapat sentuhan pengarah baru, Bae Hyun-jin dan mengekalkan Hong Sisters sebagai penulis. Boleh faham lah kenapa cerita lebih pendek dari yang pertama. Lagipun kita dah kenal semua watak yang wujud jadi tak susah pun nak kenal karakter masing-masing macam mana. Fighting scenes Jang Uk pun dipaparkan pendek saja memandangkan dia mempunyai Batu Ais. Semua yang wujud di Daeho takut dengan kuasa Jang Uk dan banyak menggunakan Naksu untuk kacau fokus dia.
Perubahan yang paling ketara pada drama ni bila sinematografi yang lebih mengukuhkan genre fantasi. Transition yang digunakan lebih cantik dari Part 1 lantas mengukuhkan screenplay Alchemy of Soul. Motif visual yang menggunakan api untuk menjelaskan ketegangan dan perasaan watak dalam sesuatu babak antara teknik cemerlang yang menjadikan naskhah sekuel ni lebih menarik. Masa Jang Uk berbual dengan Bu-yeon di jeti, ada penghadang yang pisahkan kedua watak secara tak sengaja tapi jadi simbolik kuat sempadan perasaan antara dua watak utama. Penggunaan tanglung juga memainkan peranan dalam kisah cinta Jang Uk dan Bu-yeon. I took it as symbolic which represent Bu-yeon’s role in his life.
Masa dapat tahu Studio Dragon tukar pelakon dari Jung So-min kepada Ko Yoon-jung tu sedih la jugak sebab dah seronok dengan pelakon asal. Tapi bila tengok lakonan Ko Yoon-jung, rasa pengarah buat pilihan tepat lah untuk sekuel. Sesuai lah dengan watak dia yang berketurunan Jinyowon bila persona yang anggun, ayu, sopan, lemah-lembut dan indah rupa paras. Muka polos dan naif dia bila berinteraksi dengan kebanyakan watak di Daeho. Cantik sangat bila dia pakai haenbok berona pastel, nampak berseri sangat sebagai isteri Jang Uk. Chemistry Yoon-jung dan Lee Jae-wook jadi punca beremosi setiap kali babak mereka berdua muncul.
Personally Alchemy of Soul : Light and Shadow adalah sekuel yang bagus walaupun skrip agak longgar kerana terbatas dengan durasi episod. Ada banyak juga persoalan yang tak terjawab macam Bu-yeon yang asal setuju untuk benarkan Naksu guna badan dia di hujung cerita. Dekat hujung pun pasangan suami isteri ni sibuk memburu kuasa jahat di bahagian utara Daeho.
Sama ada jadi hint untuk Musim 3 ataupun Hong Sisters memang nak biarkan tergantung. Kalau nak buat musim ketiga, boleh sangat untuk explore plot lain dan bawa masuk antagonis baru. Tapi tengok gaya pengarah singkatkan jadi 10 episod dan perangai Netflix yang tak suka sambung drama bermusim dan batalkan di tengah jalan, nampak gaya harapan untuk musim 3 muncul agak tipis. Anyway, I had fun witnessing this love story and how fate works in life.
1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.8/10
Ini drama udh masuk dalam list saya, tapi belum sempat untuk nonton. Semua teman yg sudah menonton, pada bilang baguuus dan saya wajib tonton drama ini 😄..jadi penasaran juga..
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Dah lama nak layan drama ini tapi tu lah.. Musim 1 pun tak tengok lagi.. layan klip pendek je lah dulu..
ReplyDeleteIni drama udh masuk dalam list saya, tapi belum sempat untuk nonton. Semua teman yg sudah menonton, pada bilang baguuus dan saya wajib tonton drama ini 😄..jadi penasaran juga..
ReplyDelete