Item wajib ada untuk sambutan ulang tahun ke-25 Ram Reza & Muhammad ialah kek and I'm in charge for this task. Awalnya nak tempah kek dekat kawasan PJ atau KL sebab ada beberapa trusted bakery dalam senarai tapi jadi masalah dekat isu penyimpanan kek. Nak ambil sehari awal tak ada masalah tapi takut bila kek berubah rupa. Quite a long distance for something fragile.
Makanya I pilih untuk tempah kek di sekitar Tadom Hill Resort supaya rasa kek tu fresh dan sedap pada hari kejadian. Tapi macam mana nak cari kek yang sedap or at least, bearable to eat? Masalah logistik tetap ada cumanya jarak yang lebih pendek.
Belek Instagram dan Twitter, ada nampak Paeshah Bakery tapi ragu-ragu juga nak buat tempahan sebab tak tahu. Roger kawan-kawan yang menetap di kawasan Dengkil pun tak jumpa bakery yang ambil tempahan. Kedai kek pun Secret Recipe. Tak boleh lah nak beli kek dekat situ walaupun dah tahu sedap sebab ada specific design yang kitorang dah buat bersempena event ni. Sudahnya gamble lah order dengan Paeshah Bakery.
Kak Faizah ni membantu sangat I buat pilihan masa tu. Boleh nampak lah dia ada banyak pengalaman handle customer sebab dia kecilkan pilihan tu ikut bajet dan jenis acara. Ye lah, masa scroll akaun Instagram dia, kita akan tengok bermacam jenis kek dan design. Bila dah rambang mata, semua benda akan pop out all at once sampai tak mampu nak berfikir. Sampai ambil sample wedding cake sebab design cantik.
Bila buat dekat tempat orang, haruslah pilih kek yang mudah untuk dibawa dalam majlis. Sebab tu design yang paling selamat adalah kek satu tingkat. Kak Faizah suggest untuk ambil kek berbentuk segi empat tepat supaya mudah untuk dipotong. Lepas tu I share design yang macam mana kitorang nak buat.
Dah dapat design, Kak Faizah bagi quotation dan pilihan perisa kek. Ada 6 perisa kek premium yang tersedia di Paeshah Bakery - Chocolate Nutella, Red Velvet Cheese, Vanilla Cheese, Pandan Cheese, Butter Royal dan Pandan Gula Melaka. Bab perisa kek ni, option paling selamat haruslah kek coklat sebab ada yang tak makan cheese.
Untuk saiz pula ada 3 pilihan;
- 5 inci (half KG): RM89.00
- 6 inci (+ - 1KG): RM169
- 8 inci (+ - 2KG): RM249
Untuk saiz 8 inci ni pula ada dua pilihan sama ada, 8x8 (RM249.00) atau 8x14 (RM299.00).
Pretty sure Kak Faizah sabar dan tabah melayan semua pertanyaan I sebab I tak ada experience order kek besar sebab tu I tanya 8x14 tu macam mana? 14 tu lebar ke tinggi? Siap ukur pakai pembaris 14 inci tu tinggi mana T.T
Lepas dah yakin ukuran tu cukup untuk jadi dessert semua orang, I isi borang tempahan untuk rujukan Paeshah Bakery:- Nama, Alamat, No. Telefon, Perisa Kek, Tema, Ucapan Birthday, Tarikh Penghantaran dan Masa Penghantaran.
Dalam borang tu I request untuk kek fondant supaya tak cair sepanjang penghantaran dan semasa majlis berlangsung sebab tak tahu apa akan jadi pada hari kejadian. Kadang kita rancang macam ni, sudahnya jadi sebaliknya. Selesai submit borang tempahan, I minta Ain bayar deposit RM200 dari harga penuh yang dikira termasuk kos penghantaran.
Sehari sebelum kejadian tu, Kak Faizah bagi update untuk penghantaran sebab dia guna Lalamove untuk hantar kek. Masa tu cuak jugak lah sebab takut driver tu clumsy. Kalau dia drive langgar lubang ke, buat kona tajam ke, tak memasal dapat kek cacat. Mati-mati ingat Kak Faizah tu yang akan hantar sendiri sebab mostly owner akan buat delivery supaya kek kekal cantik dan sampai ke tangan customer dengan selamat. Mungkin sebab jarak resort dengan rumah dia agak jauh kot. Nak pula hari Ahad, sibuk dengan hal personal lah kot.
Lega sangat bila kek sampai dengan selamat walaupun decoration tak sama sikit dengan yang diminta. Patutnya props crown tu adalah bintang but that's okay lah sebab tak ada yang pertikaikan masa event tu. Ada salah faham juga bab balance payment sebab I tak tahu pun kena buat bayaran on the same day the cake delivered. Masa tu cuba la jugak pujuk untuk buat payment pada esok harinya sebab satu, kek tu dibayar guna duit company, second, sebab line dekat situ teruk. I bayar je lah sebab malas nak panjangkan isu walaupun ada kesulitan di situ.
Anyway, kek tu sedap! Semua orang pun happy makan masa event dan hari esoknya sebab ada balance banyak jugak. Berbaloi lah perjalanan berliku untuk order kek sehingga ke hujungnya. Pengalaman jugak lah untuk task yang nampak mudah tapi jenuh juga nak melaksanakan.
waaahhhh...cantiks and yg penting sedappp
ReplyDelete