Movie Review | Toxic: Air Murder (2022)

Sunday, 15 October 2023


Director: Jo Yong-sun
Writer: Jo Yong-sun
Cast: Kim Sang-kyung, Lee Sun-bin, Yoon Kyung-ho, Seo Young-hee
Production Company: Master One Entertainment
Distributor: The Contents On, TvN Movies
Genre: Drama 
Running Time: 108 minutes
Release Date: 22 April 2022
Trailer :


Naskhah Air Murder mengangkat kes sivil yang berlaku pada tahun 2011 di Korea Selatan apabila 950,000 orang mengalami masalah kesihatan kerana cecair pembasmi kuman yang digunakan dalam air humidifier. 

Dr. Jung Tae-hoon (Kim Sang-kyung) kehilangan isterinya, Han Gil-ju (Seo Young-hee) dalam sekelip mata sementara anaknya, Min-woo (Kim Ha-eon) pula tidak sedarkan diri setelah didiagnos dengan pulmonary fibrosis. Paru-paru Min-woo mengeras lantas menyukarkan dia untuk bernafas. 

Han Young-ju (Lee sun-bin), adik iparnya pelik dengan kematian kakaknya sedangkan 5 bulan yang lepas mereka baru sahaja buat full check-up dan tak ada sebarang symptom untuk penyakit paru-paru. Mana mungkin penyakit kronik tersebut boleh nerebak secepat itu sedangkan kebiasaannya memerlukan setahun lebih untuk develop symptom-simptom awal. 

Dr. Jung sebagai ketua doktor di Hankook Hospital jalankan autopsi mayat isterinya dan mulakan siasatan untuk semua kes penyakit paru-paru di bandar tersebut. Dr. Jung cuba jalankan ujikaji menggunakan tikus makmal yang menghidu wap air dari air humidifier di biliknya. Kesemua tikus tersebut mati dalam masa yang singkat. Dari survey dan ujikaji tersebut dia dapat tahu kehadiran bahan kimia Polyhexamethylene guanidine (PHMG) terdapat dalam cecair pembasmi kuman bernama Spotless yang dijual oleh syarikat O2.

Tak mudah untuk Dr. Jung dan keluarga mangsa yang lain saman syarikat O2 kerana tuduhan mereka boleh dianggap sebagai tak berasas. Syarikat O2 sudah menjual Spotless sebanyak 17,000 unit tapi cuma segelintir sahaja yang sakit dan meninggal. Bahan yang digunakan juga telah mendapat kelulusan oleh Kerajaan. Disebabkan kes sivil ini rumit dan perlukan masa yang banyak. Han Young-ju letak jawatan sebagai pendakwa raya untuk menjadi peguam untuk kes ni. 

Kejadian yang dipaparkan oleh Jo Yong-sun mengenai lung disease outbreak yang berlaku di Korea Selatan adalah sesuatu yang baru dan mengejutkan. Tak sangka cecair biasa yang nampak harmless, yang sepatutnya membantu manusia tapi bertukar jadi punca kematian. Dekat Korea, penggunaan air humidifier sangat tinggi. Boleh kata setiap rumah ada alat ni jadi tak hairan lah kalau ada 950,000 orang mangsa terjejas sejak tahun 2006 hingga 2011. 

Walaupun dari awal lagi pengarah dah bagitahu konflik utama dalam naskhah Air Murder tapi yang membuatkan filem bergerak sehingga ke hujung bukan pada punca kematian tapi perjuangan keluarga mangsa yang ingin dapatkan keadilan. Kes rasuah juga ditonjolkan bila syarikat O2 minta bantuan Menteri untuk sorok bukti penggunaan PHMG. Mesej yang kuat bila kegagalan Kerajaan merenggut nyawa rakyat. 

Memandangkan filem Toxic: Air Murder dibikin oleh pengarah baru dan di bawah syarikat produksi kecil jadi olahan dan penceritaan dia terasa mendatar sedangkan di awal cerita dah menarik dengan siasatan dan ujikaji Dr. Jung. Elemen drama yang dimasukkan pun tak kuat sedangkan banyak babak yang boleh jadi tearjerker macam perbualan antara Dr. Jung dengan keluarga mangsa ataupun courtroom drama yang sarat dengan kejutan dari kedua belah pihak, defendan juga plaintif. 

Ending pun tak mampu nak carry emotion yang sepatutnya sedangkan babak penghujung filem adalah babak yang penting bila Kerajaan wujudkan bipartisan committee untuk kes ni. Nasib baik subjek yang dibawa adalah insiden yang menggemparkan negara Korea Selatan jadi automatic refleks lah, semua orang akan mencari dan cakna dengan tragedi tersebut. 

Personally, filem ni boleh pergi jauh kalau pelakon utama diberikan kepada pelakon lain yang lebih pandai express emotion. Banyak kali nampak watak Dr. Jung macam tak mampu nak emote sampai Lee Sun-bin overshadow main lead. Sama juga dengan Seo Young-hee yang bagi impak pada penceritaan setiap kali muncul dalam ruang yang terhad. 

Nevertheless, filem toxic: Air Murder ni layak ditonton walaupun sekali untuk tahu macam mana Korea Selatan terjebak dalam kes yang menyayat hati ni. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 7.7/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.