Production Companies: Cape of Good Films, Viacom18 Studios, Wakaoo Films
Distributors: Viacom18 Studios, Netflix
Genre: Comedy / Drama
Running Time: 155 minutes
Release Date: 11 August 2023
Trailer :
Selepas 11 tahun, sekuel kepada filem OMG – Oh My God! (2012) ditayangkan di mana berkisarkan tentang sex education di India. Boleh kata India tengah giat sebarkan kempen tentang sex education pasca pandemik. Kali ni lebih unik bila diadun dalam template keagamaan menerusi watak pengikut dan Utusan Dewa Shiva.
Kanti Sharan Mudgal (Pankaj Tripathi) terlibat dalam musibah apabila anaknya, Vivek (Aarush Varma) dirakam masturbate dalam tandas sekolah. Semuanya bermula dengan cemburu terhadap Vivek yang menjadi top student dan mempunyai bakat menari salsa. Rakan sekelasnya mula membuli dan merendahkan Vivek sehingga dia hilang keyakinan diri. Kerana telan pil Viagra sebanyak 3 biji, Vivek dikejarkan ke hospital.
Malu dengan perbuatan anaknya, Kanti ajak keluarganya pindah ke bandar lain tapi sempat dihalang oleh si Utusan Dewa Shiva bernama Nandi (Akshay Kumar). Kerana kata-katanya, Kanti dapat idea untuk saman malu terhadap dirinya sendiri, pihak sekolah, doktor, penjual pil Viagra dan juga penjual minyak besarkan kemaluan. Sementara Defendan-defendan dibela oleh Kamini Maheshwari (Yami Gautam Dhar), Kanti pula membela dirinya sendiri.
Dalam hujahnya, perbuatan Vivek tak salah sehingga perlu dibuang sekolah kerana budaya di India telah menerapkan sex education melalui seni ukiran Ellora, Ajanta, Khajuraho. Malah terdapat beberapa buku yang mengajar tentang posisi seks antaranya Kamasutra. Subjek Sains di sekolah juga perlu mengajar dengan tepat tentang reproduction organ manusia untuk mengelakkan salah faham dan perbuatan tidak senonoh. Ramai lagi yang belum dapat bezakan good touch dan bad touch sehinggakan masalah seksual antara yang tertinggi di India.
Sepanjang 2 jam 36 minit filem OMG 2 berbahas tentang sex education dalam kamar mahkamah, tak ada babak atau dialog yang terlihat preachy dan kaku. Pemilihan pelakon utama, Pankaj dan Yami Gautam adalah tepat kerana keduanya paparkan watak si bapa secara agresif pertahankan maruah anak dan keluarga dan peguam bela yang konservatif dengan cemerlang.
Akshay Kumar pula muncul dalam screentime yang terhad sebagai utusan Dewa Shiva yang banyak membantu Kanti juga Vivek. Body language dan comedic timing main peranan yang besar untuk tambahkan impak penceritaan naskhah drama komedi milik Amit Rai. Berbeza dengan filem pertama, OMG: Oh My God, Akshay lakonkan watak Dewa Shiva sendiri dan turun untuk betulkan persepsi si atheist tapi kali ni terpaksa ubah kerana mesej sosial yang dibawa masih lagi taboo dalam kalangan masyarakat India.
Sinematografi OMG 2 dari Amalendu Chaudhary jelas memperlihatkan suasana kehidupan masyrakat dan budaya penduduk luar bandar yang rata-ratanya konservatif dan taat beribadah. Music album OMG 2 juga terikat dengan tema dan penceritaan yang bersifat keagamaan jadi setiap kali lagu keluar terpaksa lah skip sebab takut tersuka tapi lirik ke arah memuja dewa dan Tuhan.
Walaupun naskhah OMG 2 menjadi medium edutainment yang cemerlang dalam menyampaikan mesej kepada orang awam tapi keliru juga dengan latar masa filem ni. Tak pasti kalau di India berbeza kandungan buku teks tapi pelik juga lah bila buku teks sekolah tu tak ada tentang sex education walhal perkara asas mula didedahkan di sekolah menengah. Tengok pada device yang digunakan dalam filem ni, ada smartphone dan laptop jadi tak mungkin lah latar masa filem ni pada 90-an dan millenium.
Ending pun tampak lemah bila pengarah masukkan elemen fiksyen fantasi untuk selamatkan keluarga Kanti walhal dari awal cerita cara Nandi tolong dah relatable dengan dunia nyata. Mungkin tribute kepada first installment but still could have done it better lah in my opinion.
Anyway, OMG 2 bukan terhad kepada penganut agama Hindu saja sebab cara si utusan membantu Kanti tu sama dengan cara penganut agama lain dapat bantuan dari Tuhan masing-masing. Lepas tengok ni rasa bersyukur sebab banyak sebenarnya nikmat yang Tuhan bagi dan pertolongan yang dia hulurkan cuma kita tak nampak dengan logik akal dan mata kasar.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.5/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Dah keluar yang no 2 ye.. no 1 pun tak sempat tengok lagi.. 🤣🤣
ReplyDeletecam best nak tgklah nanti
ReplyDeletePun mcm best je...
ReplyDelete