Cast: Margot Robbie, Ryan Gosling, America Ferrera, Kate McKinnon, Issa Rae, Rhea Perlman, Will Ferrell
Production Companies: Heyday Films, LuckyChap Entertainment, NB/GG Pictures, Mattel Films
Distributor: Warner Bros. Pictures
Genre: Fantasy
Running Time: 114 minutes
Release Dates: 9 July 2023 (Shrine Auditorium), 21 July 2023 (United States and United Kingdom)
Trailer :
Stereotypical Barbie (Margot Robbie) mulakan hari dengan berdandan cantik, breakfast, pergi ke pantai untuk bersosial kemudian pergi ke mahkamah, acara formal atau ke White House. Malam akan berakhir dengan parti dan girl’s night bersama Barbie edisi lain yang juga menetap di Barbieland.
Di situ Barbie adalah segalanya – presiden (Issa Rae), doktor (Hari Nef), hakim (Ana Cruz Kayne), peguam (Sharon Rooney), wartawan (Ritu Arya), pekerja buruh, suri rumah dan banyak lagi profesion lain yang dibanggakan. Sementara Beach Ken (Ryan Gosling) adalah peneman Barbie yang setia. Allan (Michael Cera) pula adalah kawan kepada Ken.
‘Barbie has a great day every day. Ken only has a great day if Barbie looks at him.’
Satu hari kaki Barbie menjadi rata dan mempunyai selulit. Malam sebelumnya Barbie terdetik untuk berhenti jalani hidup dengan rutin yang sama. Sesuatu yang aneh untuk Stereotypical Barbie lantas dia bertemu dengan Weird Barbie (Kate McKinnon) supaya hidupnya kembali normal.
Untuk perbetulkan masalah yang dihadapi, Barbie perlu pergi ke dunia nyata dan berjumpa dengan tuan punya dan yakinkan bahawa hidup akan baik-baik saja. Semua yang terjadi adalah fasa hidup. Barbie yakin dia dapat jalankan tugas tersebut dengan mudah sambil ditemani Ken tapi yang terjadi adalah sebaliknya.
Baru hari pertama di dunia nyata, dia sudah dimasukkan ke dalam lokap. Dunia nyata juga jauh dari apa yang wujud di Barbieland kerana wanita bukanlah golongan yang mendominasi malah sebaliknya. Berjaya atau tak Barbie kembali menjalani kehidupan normalnya, kena tengok sendiri lah filem ni.
Filem Barbie antara filem yang dinantikan untuk tahun 2023. Dari tahun 2021 lagi dah ramai yang kecoh bila Margot Robbie dan Ryan Gosling diambil sebagai pelakon utama. Bukan saja ramai yang excited untuk layan live action Barbie malah teruja dengan edisi-edisi yang bakal dimasukkan memandangkan Barbie adalah anak patung popular sejak tahun 90-an lagi.
Promotion events untuk filem Barbie makin menambah keterujaan tersebut bila Margot muncul dengan kostum ikonik Barbie. Soundtrack album Barbie juga menampilkan lagu-lagu yang fun, groovy and energetic. My favourite of course Dance The Night Away – Dua Lipa, Barbie Dreams – Fifty Fifty, I’m Just Ken – Ryan Gosling dan What Was I Made For – Billie Eilish.
Sinematografi Barbie dari Rodrigo Prieto menghidupkan aesthetic Barbie yang berlatarkan merah jambu. Bila tengok full movie, tak hairan lah kalau cat berwarna merah jambu habis dijual gara-gara filem Barbie. Semua babak dipaparkan dengan cemerlang lantas menghidupkan dunia fantasi yang mendukung lakonan barisan pelakon utama juga sampingan. Beberapa reference yang digunakan juga membantu alur penceritaan bergerak dengan baik dan menghiburkan.
Bukan sesuatu yang sukar untuk Margot melakonkan watak Barbie yang senantiasa kelihatan cantik dan elegan. She’s already have that privilege dikuatkan lagi dengan screen presence dan chemistry yang kuat bersama Ryan Gosling. Pretty sure Ryan Gosling did his best as Ken sebab bukan senang nak lakonkan Ken yang dungu dan sentiasa mencari perhatian Barbie. Kalau tengok behind the scene boleh nampak macam mana serious Ryan check lakonan dia sebagai Ken walhal kita yang tengok pun dah berdekah.
First half Barbie menghiburkan dengan perjalanan Barbie dan Ken dari Barbieland ke Real World. Beberapa babak juga diadun dalam template komedi namun tona filem berubah menjadi depressing bila Barbie bertemu dengan Gloria (America Ferrera). Bukan saja Greta Gerwig pecahkan bubble Barbie malah cipta perang antara dua jantina.
Dari awal lagi filem Barbie bersifat bias terhadap jantina lelaki. Olahan seolah-olah feminisme tapi hakikatnya berbaur diskriminasi. Walaupun Barbie yakinkan Ken boleh mempunyai hidup dia sendiri tapi perbualan tu tak cukup kuat sebaliknya seolah rejection untuk terima Ken dalam hidup dia. Kecewa dengan ending sebab perjalanan dari awal cerita dah seronok tapi berubah mood secara mendadak.
Personally, animation movie Barbie yang tayang dekat TV masa cuti sekolah tu sampaikan mesej sosial dengan bagus berbanding Barbie movie.
1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.7 = 7.5/10
Saat masih di bioskop saya tak nonton lagi, tapi sengaja tunggu sampai masuk Netflix ke atau aplikasi film yang lain. Memang nak nonton di rumah saja 😄. Semua teman saya cakap bagus. At least ada pesan yg diambil, bukan hanya sekedar wajah cantik Barbie belaka 😁
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Ramai juga yang tak berapa suka versi filem ini.. Sha tak tengok lagi..
ReplyDeleteSaat masih di bioskop saya tak nonton lagi, tapi sengaja tunggu sampai masuk Netflix ke atau aplikasi film yang lain. Memang nak nonton di rumah saja 😄. Semua teman saya cakap bagus. At least ada pesan yg diambil, bukan hanya sekedar wajah cantik Barbie belaka 😁
ReplyDeleteAjak Iris gi tgk dia x nak, Ian lagi la kan....so tunggu je la kuar neflix ke mana2 nanti
ReplyDelete