Selalunya bila up entry pergi event mesti cerita pengalaman yang seronok kan? Kali ni sembang pengalaman yang tak best walaupun seronok dapat jumpa dua pelakon terkenal dari negara seberang.
First of all terima kasih Antenna Entertainments untuk jemputan ke Majlis Tayangan Perdana dan Meet and Greet bersama Refal Hady juga Prilly Latuconsina. Kalau tak dapat jemputan, tak mungkin lah dapat merasa pengalaman ni.
Ikut tentatif, pendaftaaran media start jam 2.30 petang tapi bila jam menginjak 2.28 petang, I tanya dekat staff di meja pendaftaran tu bila media boleh mendaftar sebab tak ada ruang langsung untuk media beratur. Dekat meja tak ada tag sedangkan lagi 2 minit nak daftar. Selalunya pergi event, bila daftar awal akan dapat seat cantik lah. Hall dekat GSC Starling Mall ni besar jadi kena la grab seat yang cun untuk layan movie.
Tapi respon staff agak rude lah bila dia cakap dengan nada tegas, 'Registration pukul 2.30 petang ye!'. Okay lah mungkin dia annoyed sebab I kacau diorang buat kerja. Tapi by the time dia habis jawab soalan I tu, jam dah masuk 2.30 petang dah pun tapi keadaan masih lagi sama. Tak ada line untuk media. Berbeza pula dengan fans yang dah beratur panjang untuk register.
Lepas 10 minit I tanya balik sebab media lain dah pelik kenapa tak staff tak buka meja pendaftaran lagi. Tiba-tiba dapat jawapan media kena beratur dengan fans jugak untuk daftar. My brain isn't braining. Weh fans yang datang masa tu beratus kot. Kalau bagitahu awal-awal, media boleh beratur tapi kenapa media yang tak sampai 20 orang ni kena beratur dengan fans? Ada cameraman yang dah panas hati persoalkan lah arahan tu. Apa relevannya media kena beratur sekali?
Staff dah kelam-kabut cari lanyard media dekat dalam kotak lepastu keluarkan tiket masuk. Rupanya ada senarai media dah diasingkan dari fan club. Lepastu staff panggil nama media one by one. Can you imagine, her small voice shouting in a huge crowd? I lapar tau masa tu sebab nak lepaskan registration punya part dulu baru fikir pasal makan. Masa tu heavy breakfast so boleh la lunch lambat rupanya tak, sebab energy dah guna untuk bersabar.
Ikutkan hati nak mengamuk sebab staff cari pasal tapi ni majlis orang and I was invited. In future pun mungkin dijemput tapi rasanya lepas kes ni, nama I dah kena campak jauh dah kot. That's why lah share sini hshshs
Bila panggil nama satu persatu tak jalan, baru staff buka dua meja untuk media mendaftar. Selesai dapat tiket baru perasan I tak dapat lanyard media. Kena patah balik, minta dengan staff. Of course, tak ada yang say sorry for their mistake but what was I'm expecting kan? Dari awal pun dah rude.
Since dah lapar dan tak ada resfreshment provided untuk media, kitorang turun makan sebab tak nak join Meet and Greet. Biarlah fans yang enjoy dapat jumpa pelakon kegemaran diorang. Kalau congak dari cara kerja staff kat situ, for sure tak mula pukul 3.30 petang. Betul lah apa yang I congak tu sebab pelakon baru sampai lepas kitorang habis makan. Padahal kitorang dua kali tawaf LG sebab tak tahu nak makan apa.
Bila naik ke tingkat atas balik, I nampak ada refreshment untuk media. I was like ???? Ikut husnuzon, okay lah diorang baru letak sebab pelakon lambat sampai. Ikut sakit hati, staff tak inform media pasal refreshment. But that's okay lah sebab makanan diorang hidangkan tu sedap. Meet and greet pun baru nak start so we have like 30 minutes to waste.
Dah masuk dalam hall, dah dapat seat, borak-borak dengan fans Refal Hady, tup tup barisan seat depan tengah kusut. Dua ticket holder dapat seat yang sama. Bukan barisan depan I je, seat dekat bahagian tengah pun hadap masalah yang sama. I dah cuak takut seat I pun bermasalah. Nasib baik tak kena.
Yang mana affected kena turun ke tingkat bawah balik lepastu bagitahu staff dekat meja pendaftaran. So I thought the issue will solved. 10 minit kemudian, muka sama yang turun tadi naik balik. But this time, they're furious sebab staff dekat bawah suruh naik atas minta staff dekat dalam hall selesaikan. It was so messed up sebab emcee dekat bawah suruh semua orang duduk sebab majlis nak start tapi masalah seat tu tak settle lagi. Nak duduk dekat mana kalau ada masalah kan? I nampak one of the staff cakap 'ooopps nope I taknak terlibat dalam hal ni' pastu lari pergi ke tseat dia. Sudahnya adik I cakap duduk je mana-mana sebab masalah ni nampak gaya tak ada penyelesaian.
So the screening event started and everyone was happy with the movie. Nasib baik lah movie dia syok. I laughed, I'm awwwwed, I cried together with the fans and cast.
Dah selesai dengan screening emcee bagitahu media ada interview session dengan Refal Hady, Prilly Latuconsina dan pengarah Umay Shahab di kafe tadi. Memandangkan emcee tak umum keluar ikut pintu mana, semua orang menuju ke arah pintu masuk tadi rupanya salah pintu. Kena keluar ikut pintu depan. Dah la stuck sebab huru-hara lepastu staff yang dekat pintu belakang marah-marah pulak.
'Eiii apa yang tak paham orang cakap keluar ikut pintu depan?!'
Sis, mana ada pengumuman ikut pintu mana. Bila ramai yang nak keluar kau nak marah pulak dah kenapa? Masa tu rasa macam nak balik je sebab dari awal sampai nak hujung event ada je masalah. Dah la kerja on weekend lepastu kena layan teruk pula. Seronok lagi spend time dekat rumah layan Netflix. Setakat nak tengok satu movie tapi bertimpa-timpa masalah, baik tak payah. Bukannya tak ada duit nak beli sekeping tiket.
Interview session start jam 7.30 macam tu tapi masa nak masuk tu kena tahan pulak dengan staff yang sama dekat meja pendaftaran siang tadi. Dia tanya dengan muka biadap, I ni siapa, media dari mana. Bila jawab soalan dia, plus one tak boleh masuk sebab limited seat. Of course lah sakit hati sebab I register diri sendiri dan plus one so macam mana kerusi boleh tak ada? Kalau kerusi tak ada pun then fine lah, my plus one boleh berdiri but she said no.
Adik I dah bengang gila sebab malas nak hadap another bullshit so dia lepak surau. I continue with my work tapi tu lah, storage penuh. So I malas nak buat one on one session dengan pelakon. Entah pukul berapa pulak nak balik kan?
Sebelum group interview session tamat, ada group photo antara staff dengan pelakon. Rupanya seat penuh sebab staff terkinja nak bergambar dengan Refal Hady. Lahhhh kisahnya. I pun blah je lah dari situ sebab dah malas nak cara. Balik, mandi dan tidur.
Setakat ni, event ni lah paling teruk I pernah hadap. Tak minta pun royal or VIP treatment tapi tak patut kot kena layan macam ni just because dapat tiket tayangan percuma. Pergi pun tak dapat payment, memang semata tengok movie free je. Kecewa teruk tapi hadap je lah. Jadi pengalaman dalam kehidupan, ye dak?
Omai..teruk nya management...mcm mana la diaorg arrange kan
ReplyDeleteAduh!! Kenapa macam tu sekali pengurusan dia.. Memang lah bagi tiket free tapi tak berbaloi kalau layanan macam ini..
ReplyDeletestaff pula yg terlebih sudu dari kuah, tak professional langsung sampai event jadi serabut dan masing-masing main lepas tangan.
ReplyDelete