Jualan Strim Langsung Wilayah Utara Malaysia Tertinggi di Shopee Live | Fesyen dan Barang Kemas Merupakan Barangan Terlaris
Shopee Rai Lokal mendedahkan bahawa jumlah jualan dari penjual strim langsung Shopee Live terbaik dari setiap negeri di seluruh negara adalah RM4.6 juta sepanjang 12 bulan lalu menerusi lebih 2,300 strim langsung*. Shopee Live memainkan peranan penting dalam memacu kejayaan perniagaan rakyat Malaysia, di mana jualan 9.9 lalu menyaksikan pesanan penjual tempatan berkembang sebanyak 36 kali ganda.
Shopee mendedahkan bahawa separuh daripada barangan terjual daripada penjual strim langsung paling aktif adalah produk fesyen yang terbahagi kepada pakaian baharu dan terpakai (pre-loved). Ini diikuti barangan kemas, produk wangian dan kecantikan yang merangkumi 25% daripada barangan yang terjual di strim langsung.
Lebih menarik, empat penjual strim langsung terbaik dari Pulau Pinang menjual barangan kemas, yang menyumbang kepada Wilayah Utara Malaysia merekodkan jualan tertinggi di Shopee Live dengan RM1.5 juta barangan terjual. Ini diikuti Wilayah Tengah Malaysia pada RM1.2 juta barangan terjual. Pantai Timur merupakan rantau paling aktif dengan 30% strim langsung dijalankan oleh penjual di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Kesemua negeri kecuali Johor mempunyai penjual strim langsung yang menjual barangan bundle dan terpakai.
Disusun mengikut pesanan strim langsung tertinggi sepanjang tahun, penjual strim langsung cemerlang di Malaysia adalah: pertama, NaNNa Crystal Jewellery dari Pulau Pinang, kedua, ‘____SSLine29____her’s bag Heanny’ dari Sarawak dan ketiga, Miera E-store dari Kuala Lumpur yang menjual pelbagai pakaian termasuk pre-loved. Momo House dari Kedah yang juga penjual Shopee Preferred + mempunyai hampir sejuta pengikut — paling tinggi antara penjual strim langsung.
Penjual yang memanfaatkan keterlibatan pengguna yang tinggi dan kecapaian meluas Shopee Live menunjukkan pertumbuhan mengagumkan. Salah seorang penjual tersebut adalah Lulu Waniey, pemilik Lulu Resources dari Kota Bharu, Kelantan yang menawarkan pakaian Muslimah**.
Sebelum Shopee Live, Lulu beroperasi di pasaran luar talian seperti Pasar Malam dan Pasar Pagi. Lulu pernah berdepan cabaran apabila jualan harian kurang daripada RM100, dan menghadapi kekangan menyewa kedai fizikal dan waktu operasi di pasar yang tidak konsisten. Lulu kemudian mengubah nasibnya dengan Shopee Live, di mana Lulu mengembangkan pengkalan pelanggannya dan dengan ketara mempertingkatkan jualannya sehingga RM100,000 sebulan.
Jadual fleksibel Shopee Live membolehkan Lulu berhubung dengan pelanggan pada waktu optimal membeli-belah, dan pada masa sama mengurangkan kos dengan tidak perlu menanggung sewa kedai fizikal. Isi kandungan strim langsungnya yang bersifat peribadi dan aktiviti galakkan keterlibatan penggunaan menguatkan hubungannya dengan pelanggan.
Lulu berkongsi, "Perniagaan saya kini 100% di Shopee Live. Setelah belajar cara berstrim langsung dan memupuk keyakinan diri, saya rasa seperti saya mempunyai kedai besar di mana pelanggan saya tertunggu-tunggu untuk saya bersiaran. Tambahan lagi, saya kini mempunyai keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan di mana saya boleh meluangkan masa berkualiti bersama keluarga. Menjalankan perniagaan di Shopee Live memberikan saya bukan sahaja kegembiraan tapi kepuasan hidup.”
Sementara itu, Ooi Zhi Wei, pemilik Zhi Wei Herb yang menjual herba dan kacang Gred A bernutrisi, merupakan antara penjual pertama yang menyertai Shopee Live pada 2019***. Di Shopee Live, Zhi Wei berinteraksi secara langsung dengan pelanggan, menunjuk demo produk, dan memastikan ketelusan pada setiap strim langsung. Apa yang Zhi Wei tunjuk di Shopee Live adalah apa yang pembeli akan dapat, dan Zhi Wei dapat memupuk hubungan yang kuat dengan pelanggan dengan menjawab soalan secara langsung.
Seperti Lulu Resources, Zhi Wei Herb menyaksikan perniagaannya berkembang pantas. “Prestasi kedai saya meningkat dengan ketara. Hubungan kuat dengan pelanggan memacu trafik ke kedai saya. Sebagai contoh, jika satu sesi strim langsung kami mempunyai 12,000 penonton, sekurang-kurang 70% penonton akan melawat kedai Shopee kami.”
waa org utara rajin shopping
ReplyDelete