Drama Review | Revenant (2023)

Sunday, 8 October 2023


Directors: Lee Jung-rim, Kim Jae-hong
Writer: Kim Eun-hee
Cast: Kim Tae-ri, Oh Jung-se, Hong Kyung, Kim Won-hae, Park Ji-young, Kim Hae-sook, Lee Gyu-hoe, Yang Hye-ji, Kim Jung-jin, 
Production Companies: Studio S, B.A. Entertainment
Distributors: SBS TV, Disney+ Hotstar 
Genre: Horror / Mystery / Thriller
Running Episodes : 12 episodes (70 minutes per episode)
Release Date: 23 June 2023 – 29 July 2023 
Trailer :


Revenant mengisahkan tentang Gu San-yeong (Kim Tae-Ri) yang dirasuk oleh roh jahat setelah menyentuh barang tinggalan mendiang ayahnya. Kebetulan Yeom Hae-sang (Oh Jung-Se), pelajar kepada ayah San-yeong turut hadir dan ternampak lembaga hitam yang menumpang jasad San-yeong. 

Dah lama sebenarnya dia mencari tahu tentang roh jahat tersebut kerana banyak perkara aneh yang berlaku pada Professor Gu Kang-mo (Jin Seon-kyu) dan juga orang di sekelilingnya. Sayangnya dia terlambat untuk bertemu sendiri dengan professor tersebut dan pencarian dia terpaksa bermula ke titik awal semula. 


Hae-sang juga bekerjasama dengan Detektif Seo Mun-chun (Kim Won-hae) walaupun dia tak percaya dengan perkara mistik yang berlaku. Banyak cold case yang tak dapat diselesaikan namun berjaya ditebak dengan mudah oleh Hae-sang kerana melibatkan alam mistik dan roh jahat. 

Tak tunggu lama pun untuk San-young percayakan Hae-sang tentang roh jahat yang merasuk sebab dia sendiri boleh nampak kewujudan entiti tersebut. San-young juga terpaksa jauhkan diri dari orang sekeliling kerana bimbang akan menjadi mangsa roh jahat yang dahagakan nyawa manusia. 


‘People you don’t like or you wish would disappear would die. Evil spirits are said to grow by fulfilling a person’s desires.’ – Yeom Hae-sang

Naskhah seram arahan duo Lee Jung-rim dan Kim Jae-hong mengupas tentang roh jahat yang terhasil akibat sifat tamak manusia. Sebelum tengok drama Revenant, ingatkan hantu Mok-dan (Park So-yi) tu saka sebab dia diwarisi sejak tahun 50-an lagi tapi rupanya tak. Bila tengok Revenant ni teringat dengan cerita-cerita hantu yang masuk dalam rumah bila tuan rumah buka pintu. 

Drama Revenant bukan saja berkisar tentang roh jahat yang merasuk manusia malah hantu lapar yang jadi kuat kerana keinginan manusia yang tak terbendung. Macam sifat tamak, tak bersyukur dan banyak lagi nafsu yang buatkan roh jahat mudah masuk dalam badan. Dalam episod tu Prof Yeom Hae-sang bagitahu yang dunia sekarang dah moden sampai masyarakat lupa untuk berkongsi rezeki dengan hantu. Tapi tu kepercayaan Buddha lah sebab sampai sekarang kan ada upacara hantu lapar. 


Selain tinggalkan mesej supaya yang hidup tak lupa akan si mati, ada juga penulis masukkan unsur preserve sejarah negara menerusi karier Professor Gu Kang-mo dan Yeom Hae-sang yang bekerja sebagai pensyarah untuk subjek sejarah dan seni kebudayaan Korea. Menarik lah bila kontraktor panggil Hae-sang untuk verify sama ada tinggalan sejarah di kawasan pembinaan ada kaitan dengan sejarah lama. Kalau berharga, kena tunggu misi cari gali selesai. Kalau cuma tinggalan biasa, boleh teruskan kerja macam biasa. 

Dekat episod-episod awal macam geram jugak lah geng detektif susah nak percaya dengan alam mistik walaupun diorang berkongsi maklumat dengan Yeom Hae-sang. Bertambah menyampah dengan mak San-yeong, Yoon Gyeong-Mun (Park Ji-young) bila keputusan yang dia buat semuanya menyusahkan lagi keadaan anak dia. Mencabar jugak lah buat San-young untuk sabar sebab kalau dia hilang kawalan, sekejap saja mak dia akan mati dibunuh. But overall plot dia tersusun cantik sampai lah kita tahu identiti roh jahat dan cara untuk hapuskan. 


Walaupun ada beberapa watak yang bikin geram tapi watak trio utama – San-young, Hae-sang dan Lee Hong-sae (Hong Kyung) dikembangkan dengan baik. Faham sangat bila Lee Hong-sae ambil masa untuk terima jenayah yang berlaku ada kaitan dengan hantu. Walaupun dia susah nak percaya tapi perkara aneh yang berlaku dekat San-young banyak buka mata dia. Kudos to writer yang tak tone down watak antagonis untuk protagonist bersinar. Keluar dari template cliché Korea. Finally!

Sebagai insan yang lemah tapi gedik nak tengok jugak cerita seram, drama Revenant ada banyak babak seram walaupun hantu dia tak menakutkan jadi jangan lah tengok sorang drama ni. Tengok waktu malam makin meremang bulu roma sebab ada je beberapa insiden yang lebih kurang sama dengan cerita-cerita seram kita selalu dengar. Dah nama pun Asia kan, tak lari jauh lah hantunya. 


Kalau tengok pada ending dan nasib San-young, mungkin Studio S dengan B.A. Entertainment tak ada plan terbitkan sekuel untuk drama Revenant but who knows kan? Mesej dari drama ni jelas, ketamakan manusia punca terhasilnya lubang kejahatan di dunia. Mesej dia mungkin manusia lagi seram dari hantu tapi I’m skek. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.