Running Episodes: 16 episodes (60 minutes per episode)
Release Date: 23 august 2023 – 12 October 2023
Trailer :
Destined With You mengisahkan tentang Lee Hong-jo (Jo Bo-ah) yang bekerja di Majlis Perbandaran Onju dan sering dipinggirkan oleh rakan sekerja. Hidup kesunyian kerana sebatang kara, tidak mempunyai rakan di sekolah membuatkan dia bekerja keras supaya kehadirannya di pejabat tersebut disenangi.
Disebabkan hal tersebut, dia rela hati menjadi person in charge untuk robohkan tokong lama di Gunung Onju. Kematian vlogger di situ membuatkan orang awam mendesak supaya tokong berhantu tersebut dihapuskan. Malangnya Jang Shin-yu (Rowoon) tak setuju dengan cadangan tersebut kerana tokong itu didirikan di atas tanah milik keluarganya.
Rimas dengan Hong-jo yang selalu muncul di pejabatnya, Shin-yu minta wanita tersebut minta izin dengan neneknya yang dirawat di Nuri Nursing Home. Nenek Shin-yu, Eun-wol (Kim Hye-ok) merupakan dukun terkenal suatu ketika dahulu namun sekarang berehat akibat dementia. Tak ambil masa yang lama pun untuk Eun-wol beri keizinan kepada Hong-jo kerana apa yang dilindungi oleh tokong usang itu adalah milik Hong-jo.
Di tapak tokong tersebut Shin-yu menjumpai sebuah kotak kayu lama berusia 300 tahun lamanya. Di dalamnya terdapat Buku Jampi yang ditulis oleh dukun bernama Aeng-cho. Selepas cinta ditolak oleh Kwon Jae-gyeong (Ha-joon), Hong-jo guna Jampi Cinta untuk tawan hati jejaka tersebut. Tapi lain pula yang jadi bila Shin-yu yang minum air jampi tersebut. Dalam masa yang sama, Hong-jo dilanda masalah bila Na Jung-beom (Ahn Sang-woo) juga minum air jampi tersebut dan mengganggu dia secara extreme hingga tahap mencederakan.
Berminat nak layan drama terbaru di Netflix ni sebab Rowoon jadi male lead tapi rasa turn off pula bila tengok lakonan Jo Bo-ah sebagai heroin. Sebelum ni dalam drama Doberman (2021) tak lah kecewa sangat sebab screentime dia tak banyak. Chemistry Bo-ah dengan Rowoon pun tak menjadi tapi okay lah nak habiskan sebab kelakar tengok watak Shin-yu yang tergilakan Hong-jo gara-gara Jampi Cinta.
Watak Hong-jo mendominasi drama Destined with You sebab dia adalah tuan punya kepada Buku Jampi. Tak pasti lah kenapa hidup Hong-jo sunyi sangat sedangkan ada ramai pelajar di sekolah menengah tu dan juga pekerja di Majlis Perbandaran Onju. Dari awal dah nampak watak tipikal damsel in distress yang perlu diselamatkan oleh si hero.
Banyak juga percubaan Bo-ah untuk nampak comel dan kelakar tapi terasa menyampah sebab tak menjadi. Belum sembang tindakan dan pilihan bodoh yang dia buat sepanjang terjerat dalam cinta tiga segi. Tak pasti kenapa penulis masukkan banyak filler dengan wujudkan love angle antara Manager Ma (Lee Bong-ryun) dengan Gong Seo-gu (Hyeon Bong-sik) sedangkan ada latar masa 300 tahun lepas yang lebih menarik. Anehnya lakonan Bo-ah lebih menjadi dalam latar masa tersebut. Lebih berani dan bijak atur hidup.
Dekat awal drama penulis masukkan elemen jampi dalam kisah cinta Shin-yu dan Hong-jo tapi semakin drama bergerak, elemen tu mula jadi persoalan sebab mengganggu rasa cinta antara lead couple. Kewujudan Na Jung-beom pun tak dikembangkan dengan baik sedangkan boleh wujudkan sub-plot thriller yang bagus.
Dari awal lagi penulis dah tunjuk kelemahan Na-yeon (Yura) sebagai tunang Shin-yu untuk buatkan penonton sokong kisah cinta main lead tapi olahan tak menarik sampaikan alur cerita tampak dangkal untuk diterima. Pace drama bergerak laju tapi ada banyak fillers dan beberapa flashback yang berulang sampai tangan laju sangat tekan fast forward. Annoyed juga dengan watak dua orang rakan kerja Hong-jo.
Boleh nampak penulis tak ada idea yang banyak untuk kisah cinta fantasi yang bertemakan kelahiran semula sedangkan ada banyak reference. Drama Destined With You arahan Nam Ki-hoon ada potential untuk jadi drama yang menarik dengan kehadiran elemen superstitious dan kelahiran semula tapi tersia kerana kekurangan dari pelbagai faktor terutamanya skrip yang lemah. Lagi seronok rasanya nak tengok jampi baik berlawan dengan jampi yang membahayakan nyawa orang lain.
1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.2 = 5.3/10
Haiyaaaa, tak jadi lah nak nonton serial ini 🤣🤣. Tapi memang bo ah ini biasa saja aktingnba. Beberapa kali nonton serial yang dia main, saya tak terlalu excited. Saat main nine tailed juga, tertolong karena ada Lee dong Wook.
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Thanks for your review
ReplyDeleteTak minat nak tengok.. Sekadar layan klip pendek je.. Bila baca review Farhana ini, lagi bertambah tak minat nak tengok.. huhuhu..
ReplyDeleteHaiyaaaa, tak jadi lah nak nonton serial ini 🤣🤣. Tapi memang bo ah ini biasa saja aktingnba. Beberapa kali nonton serial yang dia main, saya tak terlalu excited. Saat main nine tailed juga, tertolong karena ada Lee dong Wook.
ReplyDelete