AMIR SISI, ANAK ORANG ASLI SUKU KAUM TEMIAR, JUARA ‘THE CHOSEN ONE’, BAWA PULANG WANG TUNAI BERNILAI RM30,000

Thursday, 26 October 2023

Penyanyi cilik Amir Sisi dan jurulatihnya Putera Muhammad telah dinobatkan sebagai juara bagi program realiti televisyen ‘The Chosen One’ musim pertama yang bersiaran menerusi saluran Astro Ceria (Saluran 611) dan Astro Prima (Saluran 105) semalam. Amir berjaya melakar sejarah apabila menjadi anak Orang Asli pertama yang menjuarai pertandingan nyanyian televisyen kanak-kanak di Malaysia.

Amir Sisi, Orang Asli suku kaum Temiar berusia 12 tahun yang berasal dari Pos Kemar, Gerik, Perak, telah menewaskan tiga lagi peserta lain yang bertanding di peringkat akhir iaitu Khalyn, 17 tahun, Erika Foo, 17 tahun dan Raja Dayana Umayma, 13 tahun. Mereka merupakan anak-anak didik kepada Hazama, Kmy Kmo dan Luca Sicta serta Shiha Zikir.

Dengan kemenangan ini, Amir telah membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000, sebuah trofi berserta sebuah lagu single daripada Rocketfuel Entertainment. Manakala Putera Muhammad selaku jurulatih terbaik membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000. Naib juara Khalyn membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000 manakala tempat ketiga disandang oleh Dayana dan tempat keempat jatuh kepada Erika. Mereka membawa pulang hadiah berbentuk wang tunai sejumlah RM10,000 dan RM5,000. Dayana pula merangkul anugerah persembahan terbaik.

Keunikan suara dan personaliti Amir yang bersahaja telah menyentuh hati ramai rakyat Malaysia sehingga menjadi viral terutamanya di laman sesawang TikTok dengan jumlah tontonan sebanyak 150 juta.

Sorotan video persembahan Amir juga telah menarik minat penonton dari luar negara terutamanya dari Indonesia dan ramai pempengaruh Indonesia telah memberi pujian akan bakat semula jadi Amir.

“Kami di Astro amat berbesar hati apabila rancangan baharu kami, ‘The Chosen One’ dapat melahirkan bintang-bintang baharu seperti Amir Sisi, Khalyn, Erika Foo dan Raja Dayana yang bakal mewarnai industri seni negara. Keikhlasan dan aura Amir telah berjaya menambat hati juri-juri dan mencetuskan fenomena di kalangan penonton, bukan sahaja di Malaysia malah juga di negara jiran. Kami mendoakan kesemua peserta ‘The Chosen One’ akan terus bersinar dan berharap agar program ini menjadi titik permulaan kepada kejayaan mereka untuk masa akan datang,” ujar Naib Presiden Bahagian GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin.

‘The Chosen One’ merupakan sebuah program nyanyian realiti yang mengandingkan bakat-bakat baharu dengan penyanyi-penyanyi popular tanah air yang bakal menggalas tugas sebagai jurulatih peserta-peserta terpilih. 16 peserta bersaing untuk membentuk pasangan dengan selebriti tersebut. Hanya lapan daripada mereka yang terpilih bertanding selama enam minggu bersama pasangan selebriti mereka untuk merebut gelaran sebagai ‘The Chosen One’.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan menonton persembahan kesemua peserta di peringkat akhir ‘The Chosen One’, anda boleh strim menerusi On Demand pada Astro Box atau aplikasi Astro GO.

1 comment

  1. Memang sedap suara dia cuma expression muka kurang. Expression dia dtg dimata

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.