Movie Review | Man in Love (2021)

Monday, 25 September 2023


Director: Chen-Hao Yin
Writers: Chih-Chung Chien, Lyra Fu, Kab-yeol Yu
Cast: Roy Chiu, Ann Hsu, Tsai Chen-nan, Hsin-Ling Chung, Xavier Lin, Tan Qing-pu, 
Production Companies: Calendar Studios, QC Media 
Distributor: Netflix
Genre: Romance / Drama
Running Time : 115 minutes
Release Date: 1 April 2021 (Taiwan), 11 June 2021 (China), 22 July 2021 (Hong Kong) 20 August 2021 (Netflix)
Trailer:


Naskhah romantik drama arahan Yin Chen-hao mengisahkan tentang Zhang Meng-cheng (Ah Cheng), seorang ceti yang bekerja di bawah Madam Tsai (Hsin-Ling Chung). Walaupun dia terpaksa mengutip wang pinjaman tapi Ah Cheng lebih berlembut hati dengan pelanggan Madam Tsai. Dah masak dengan perangai Ah Cheng tapi Madam Tsai biarkan saja dan kerah pekerja yang lain di kawasan lain. 

Satu hari Ah Cheng berjumpa dengan Hao Ting (Ann Hsu), anak kepada peminjam duit Madam Tsai di hospital. Ah Cheng jatuh cinta pandang pertama dan buat tawaran supaya Hao Ting keluar dating dengan dia sebagai bayaran alternatif hutang ayahnya. Hao ting awalnya menolak tapi bila kesemua saudara-mara enggan meminjamkan wang untuk biaya hospital ayahnya, terpaksa lah dia bersetuju dengan tawaran Ah Cheng. 


Lama-kelamaan Hao Ting jatuh suka dengan Ah Cheng kerana peribadi dan sisi baik yang disalah anggap olehnya sejak dari awal mereka bertemu. Ah Cheng pula mula simpan hasrat untuk bina masa depan bersama Hao Ting. Tapi bukan mudah untuk dia keluar dari cengkaman Madam Tsai.

Filem Man In Love ni dah lama dah ditayangkan di Netflix dan jadi popular di Taiwan masa pandemik tapi viral dekat Malaysia lepas Imran Bard menangis teruk gara-gara layan kisah cinta Ah Cheng dan Hao Ting. I pun terjebak sekali lah tengok sebab Netflix asyik recommend filem yang dibikin semula dari filem Korea, Man In Love (2014) arahan Han Dong-wook.


Sinematografi Man In Love berlatarkan tahun 90-an di mana dunia mengalami maslah kewangan dan munculnya ceti hutang seperti yang ditonjolkan dalam filem Man In Love. Pengarah guna tone yang hangat untuk naskhah romantik ni walaupun kawasan sekitar tampil terbatas untuk wujudkan atmosfera dreamy atau menawan. 

Momen antara Ah Cheng dengan Hao Ting pun tak lah banyak sangat sebab kisah cinta mereka berdua bergerak perlahan dari perasaan menyampah bertukar kepada sayang. Ah Cheng pula baru saja bertatih dalam dunia cinta walaupun dia selalu saja ke rumah merah. Mungkin kelemahan filem Man In Love pada chemistry antara pelakon utama yang kebanyakan masanya terlihat canggung bila bersama. 


Tak dinafikan Roy Chiu dan Ann Hsu cemerlang dalam watak masing-masing but you know something is off and that something is the vital essence in any romantic story. Penulis juga masukkan elemen drama supaya naskhah cinta dari Taiwan ni menjadi naskhah air mata tapi sayangnya kebanyakan babak drama seolah dipaksa wujud kecuali sebab sebenar kenapa Ah Cheng menjadi ceti. 

Plot filem Man In Love pun mengelirukan juga bila kebanyakan watak tak mampu buat keputusan dengan bagus. Macam abang Ah Cheng yang masih setia dengan kedai gunting rambut sedangkan rugi lebih banyak dari untung. Isteri dia juga tak membantu banyak selain membebel tentang keadaan hidup dan perangai buruk suami dia. Tak ada masalah pun untuk mereka berdua terima Ah Cheng yang terjebak dengan dunia gangster asalkan duit masuk tapi dalam masa yang sama mencemuh cara hidup Ah Cheng. 


Maybe it’s me or maybe I don’t really like this kind of story but personally for me, Man In Love don’t offer anything good as a romance genre nor for it’s social message. Kesian jadi Hao Ting, tak pernah dapat hidup untuk diri sendiri tapi tak berhenti terbeban dengan tanggungjawab. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.3, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.2 = 5.2/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.