Jelajah Busking GEGAR bakal temui peminat di Pantai Timur | Mulai 15 September, setiap Jumaat, 9 malam, di Kelantan, Terengganu dan Pahang
Jelajah Busking GEGAR bakal temui peminat di Pantai Timur
Bulan September ini, semua peminat GEGAR dijemput hadir memeriahkan Jelajah Busking GEGAR untuk berhibur dengan persembahan busking dan mengambil bahagian dalam aktiviti menarik, dijadualkan berlangsung di tiga negeri termasuk Terengganu, Kelantan dan Pahang, pada setiap Jumaat bermula 15 September hingga 29 September 2023.
Sila rujuk jadual Jelajah Busking GEGAR di bawah:
• Jelajah Busking GEGAR bakal menampilkan persembahan busking daripada selebriti-selebriti tempatan termasuk Naqiu, Amir Masdi, Floor 88, Ikhwan Fatanna, Naufal, Isma Sane, Syafiq Abdullah, Rief Daniel, Killa Driz, Nadia Rosli, Razzuan Rosli dan ramai lagi. Peminat GEGAR juga berpeluang bertemu dan beramah mesra bersama personaliti-personaliti GEGAR termasuk Issey, Yucha dan Shah (GEGAR Pagi), Scha Musa (GEGAR 10-3), Ewan dan Rea (GEGAR Petang), dan Aswad Jalil (GEGAR Malam).
• Selain persembahan busking, peminat GEGAR juga boleh mengambil bahagian dalam peraduan ‘Teka Kacang GEGAR’ yang akan dijalankan di tiga lokasi secara berasingan. Penyertaan dibuka kepada 50 peserta terawal untuk mendaftarkan diri dan lima peserta yang melepasi pusingan cabutan nama akan berpeluang untuk membuat tekaan bilangan kacang di lokasi busking. Peserta yang berjaya membuat tekaan tepat atau paling hampir akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM500 di setiap lokasi jelajah.
• Untuk maklumat lanjut tentang Jelajah Busking GEGAR, layari gegar.syok.my atau ikuti platform media sosial GEGAR.
Best! Saya minat jugak dengar Gegar kat siaran radio dalam Astro....Suka lagu lagu rock lama kadang dorg putarkan.. Kalau kat Johor memang tak dapat siaran Gegar ni dalam radio...
ReplyDelete