Spending My Sunday With Fam Fries!

Saturday, 12 August 2023

Masa dapat invitation ni terus je accept sebab dekat Titiwangsa. I tak ada masalah langsung kalau event jatuh hari weekend sebab kira therapeutic for me. I sejenis yang healing dengan jalan-jalan dan menyembang dengan orang. Sejak MRT Putrajaya line dibuka ni makin kerap pula ke Titwangsa tapi bila tengok traffic okay je dekat area situ, kitorang naik kereta je pergi event Fam Fries. Sebab takut hujan pun ye jugak. 

Masa gerak pergi ke event space No. 23 ni ingatkan akan sampai lambat rupanya terpaling awal. Mural Fam Fries pun baru 50% siap dilukis masa tu. Bosan tunggu dekat dalam kitorang bergambar dulu dekat luar sementara tak ramai yang datang lagi. Natural lighting pun cantik sebab cuaca panas terik. 








Event Fam Fries ni adalah untuk penjenamaan semula sebab dah lama mendiamkan diri gara-gara pandemik. Ada tapi tak rancak jadi Aedy nak aktif balik dengan perniagaan dia sebab demand makin banyak sampai ke luar negara pun. Before this pernah dengar pasal Fam Fries tapi tak pernah try sebab jauh dari rumah. Sekarang ni dah senang nak beli sebab ada MRT Putrajaya lineeee! Tibehhh. Atp people would think I got paid by the gov to promote this new MRT line hshshs

Masa event ni berlangsung Aedy dah bagitahu awal-awal supaya ambil je mana-mana fries yang disediakan di kitchen. Masa tu ada Curly Creamy Mushroom, Classic Beef Bacon, Curly Beef Bacon, Classic Chili, Curly Cheddar dan Classic Cheddar. 



My favorite from all 6 is Curly Creamy Mushroom sebab gravy dia pekat, well blend dengan rasa kentang. Siap ada roti bakar dalam potongan kecil untuk cicah dengan gravy. Makan sekali pun dah kenyang sebab kentang kan karbohidrat jugak. Kira berbaloi dengan harga lah kalau beli sekotak ni sebab dalam satu box tu padat dengan kentang cumanya tak boleh simpan lama, box dia nipis je. Nak pula bila ada gravy, lagi cepat dia lembik. 






Memandangkan event start lambat sebab tunggu ketibaan VIP, Aeday keep it short and simple untuk ucapan perasmian sebab cuaca panas sangat. I rasa dah rentung dah duduk dekat seat depan stage. Nasib baik tak kena heat sroke haha. Untuk one on one session, Aedy ajak buat interview dekat dalam sebab teduh dari matahari dan ada air-cond. 

Ada je rakan artis yang lain datang untuk support Aedy tapi memasing memang datang nak lepak dan bukan untuk hadap media. Masa tu ada Fazziq, Ikmal Amry dengan Ryzal DurianKimchi. First time jupa Ryzal tapi segan nak approach sebab dia macam serious menyembang so kita tengok dari jauh je. Esok lusa jumpa lagi la kot haha




Masa interview tu banyak jugak lah input dapat tentang Fam Fries dan juga tentang personal life Aedy sendiri. Aedy pun nampak happy dekat event ni, chill je jawab soalan pergi bercuti dekat Cannes dengan Amelia. Bila tanya relationship stage diorang, Aedy kata tanya sendiri dengan Amy jap lagi. Ingatkan dia main-main rupanya betul Amy datang dengan adik dia. 

Since diorang dah official, selamat lah untuk I bagitahu yang Aedy hug Amy. Awwwdorable! Jangan tanya lebih pasal sweet couple ni walaupun I dah jumpa both of them dua kali. I know nothing hshshs. 


Selesai interview Aedy, pihak media bergambar dengan Fam Fries tapi sampai sekarang I belum pergi kutip lagi gambar tu. Terlupa kewujudannya pun ye jugak. Rasa macam I tak cantik pun ye jugak sebab muka cemberut tahan panas. 

Habis sesi bergambar terus join interview Amelia dekat tepi gate tapi video interview tak boleh upload sebab bising. So kita up gambar dengan Amelia je sebab natural lighting membantu untuk buat muka kitorang glowing. 


Sebenarnya ni dah kali keempat dah I jumpa Amelia tapi yang ni je gambar dengan Amy cantik kejadiannya. Berapa kali jumpa pun Amy tetap friendly and bubbly. Tapi I media kan so pengalaman I jumpa artis ni tak lah teruk sangat. Dari jauh lagi artis dah senyum sebab tak nak media up bad story hewhew. Plus artis memang dah prepare mentally and physically untuk jumpa media so energy, mood and vibe tu lain lah. 



Masa nak balik tu dapat banyak jugak Fam Fries sampai tak cukup tangan nak pegang. Semua jenis menu ada dekat dalam tote bag. Tersandar makan Fam Fries. Thank you Fam Fries for the invitation and goodies. All the best Fam Fries! 

2 comments

  1. waahhhhhhhh love sgt dorang dua ni!

    ReplyDelete
  2. Wa.. Bestnya event macam ini.. Setiap kali Farhana up entry pasal event, teruja macam kita pun ada sama dekat event tu.. Cantik gambar Farhana dengan Amelia tu.. Glowing sangat..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.