Lepas solat Asar, try Google dekat mana boleh naik bot di sungai Perak kemudian terjumpa Pulau Bangau. Terus Waze untuk pergi ke situ. Tak jauh pun jaraknya dari Masjid Tanah Melayu tapi stuck dalam traffic jam sebab ada Pasar Malam Sabtu. Tempat parking kereta dekat kawasan jeti ni kecil je tapi tak ramai pun yang park kereta dekat situ jadi tak ada masalah untuk dapat tempat.
Masa pergi ke kaunter untuk beli tiket naik bot ke Pulau Bangau tu ada 4 pakej disediakan untuk pengunjung. Kalau ambil Pakej A dapat tengok Jeti Bot Penambang 1 & 2, Bangunan Sarang Burung, Pulau Bangau (Habitat Burung), Antikuiti Kepala Kereta Api, Kilang Kayu Balak, Jabatan Laut Syah Bandar, Kilang Raga Buluh, Tokong Buddha, Madarasah Insaniah, Kapal Sedut Pasir, Balai Polis Lama & Mahkamah Lama, Jeti Persatuan Pengail Melayu.
Untuk Pakej B pula, semua yang dalam Pakej A kemudiannya tambah Kilang Kapal Kayu Nelayan Laut, Restoran Terapung Cina, Tokong Besar Buddha, Jeti Nelayan Kampung Esso, Ternakan Sangkar Ikan, Kapal Sedut Pasir Sungai, Jeti Pak Ali, Serombong Kapal Tenggelam, Feri Pulau Rawa. Pakej C pula tengok Habitat Kelip-Kelip.
Kalau hujan atau ribut petir serta-merta dibatalkan. Bab duit dapat balik ke tak tu tak pasti, sebab masa kitorang pergi tu cuaca okay walaupun berangin dan mendung sikit tapi tak ada tanda-tanda nak hujan lebat pun.
Timing kitorang datang tu just nice sebab bot bergerak pukul 6.30 petang untuk Pakej Hot Trip selama satu jam. Hot Trip ni ada beberapa tempat dalam Pakej A dan B akan dilawati kemudiannya pergi tengok habitat burung di Pulau Bangau kemudian keluar untuk tengok burung balik ke habitat masing-masing. Kalau cuaca cantik, dapat tengok sunset jugak. So kitorang pilih Pakej Hot Trip berharga RM30 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak.
Lepas bayar dan daftar nama, semua orang dapat jaket keselamatan berwarna biru ikut saiz masing-masing. Sebelum mulakan perjalanan, setiap keluarga dipanggil untuk bergambar di hadapan papan tanda untuk marketing tourist agent.
Sebelum masuk ke dalam bot, nama wakil untuk setiap keluarga dipanggil untuk masuk ke dalam bot. Sebelum bergerak, air mineral diagihkan untuk semua orang. Bahagian tepi, kiri dan kanan diminta penuhkan dulu supaya bot seimbang.
Me: Bang, bot ni laju tak?
Abam Sahril: Laju gila! *laughed* slow je lah. Kalau laju macam mana nak tengok semua tempat dekat muara sungai ni.
Sepanjang trip dalam Bot Inderapura ni, semua penerangan tempat dan sejarahnya diterangkan oleh Abam Sahril ditemani kawan baik dia, Rocky, burung kecil dekat bahu tu. Banyak fakta yang kitorang dapat tahu tentang Teluk Intan dan kawasan penduduk sekitar. Trip dia pendek je kalau ikutkan tapi berhenti lama dekat setiap tempat.
Masa datang River Front Teluk Intan tu ada nampak kapal terbiar di tepi sungai rupanya kapal tu dibawa masuk ke Malaysia masa pandemik tapi tak dapat lesen operasi dari Jabatan Laut. Nak dapatkan lesen kena baik pulih keadaan kapal tapi kos untuk baiki pun makan sampai berjuta jadi dibiarkan je terbengkalai dekat sini.
Kapal berwarna biru ni pula, kapal korek pasir. Kalau tak naik bot ni, sampai ke sudah dok ingat kapal terbengkalai juga. Tak lah banyak pun fakta yang boleh belajar dalam trip singkat ni tapi cukup lah dapat tahu berapa dalam kapal korek pasir ni akan tenggelam bila muatan dia penuh.
Dapat juga tahu tentang fakta pasir di Sungai Perak ni banyak digunakan untuk projek pembinaan lebuh raya sebab kualiti pasir Sungai Perak mampat dan bermutu tinggi kualitinya. Contohnya Lebuhraya Pantai Barat (WCE) yang kitorang guna dari Sabak Bernam ke Teluk Intan.
Dari kawasan tengah muara sungai ni boleh nampak Menara Condong Teluk Intan, restoran terapung dan River Front Teluk Intan. Ada juga Jeti Persatuan Pengail Melayu tapi banyak bot je tersadai dekat situ. Jeti tunggu masa nak roboh je.
Sepanjang muara Sungai Perak ni boleh nampak ada pokok besar yang penuh dengan buah. Pokok yang bernama pokok berembang ni banyak kegunaan dia baik kepada penduduk Teluk Intan ataupun binatang di kawasan sini. Biawak pun bersepah bersidai dekat pokok berembang sebab ada sumber makanan. Buah berembang tu boleh makan buat colek, jeruk ataupun umpan memancing ikan.
Disebabkan pokok berembang ni juga lah terwujudnya Pulau Bangau sebab sebelum ni tak ada pun pulau tu. Bila ada pulau, bangau jadikan tempat tinggal kemudian datang pula burung lain sama ada burung tempatan dan burung yang berhijrah dari luar negara. Dari beratus ekor burung sampai sekarang dah mencecah 40,00 spesies burung di Pulau Bangau dan menjadi tarikan di Teluk Intan dan Sungai Perak.
Bentuk Pulau Bangau memanjang macam bentuk Semenanjung Malaysia dalam peta dan berukuran seluas 1,100 meter. Lebar 500 meter dan keluasan 14 hektar untuk kesemua burung membiak. Banyak burung datang ke Pulau Bangau sebab dekat dengan kawasan sawah padi sebagai sumber makanan diorang.
Kedatangan kitorang disambut dengan bunyi riuh burung gembala kerbau. Tak nampak pun mana satu tuan empunya suara sebab saiz dia kecil je. Semua pokok sebagai tempat tinggal ni ada hierarki yang sama. Burung di bahagian bawah adalah burung gembala kerbau, di bahagian tengah adalah Ingrid dan baka lain. Bahagian atas pula burung pemangsa yang keluar memburu pada waktu malam.
|
Nampak tak ada anak burung tersembunyi celah daun? |
|
Penuh dengan burung baka Ingrid |
Kalau nasib tak baik, dapat lah tengok anak burung kena makan dengan burung pemangsa atau burung helang. Telur burung dekat sini pula selalunya dimakan oleh burung pemangsa ataupun biawak. Abam Sahril kata dia pernah tengok anak burung kena makan dengan helang, sedih sangat apa yang dia nampak tu tapi tak boleh kacau sebab tu memang cara hidup burung dekat sini.
Selain binatang pemangsa, ada juga individu yang ceroboh masuk untuk kutip telur ataupun buru burung dekat sini. Kerajaan dah letak papan tanda amaran dekat beberapa kawasan di sekitar Pulau Bangau tapi masa kitorang pergi, papan tu pun dah mula tenggelam sebab pokok liar dah meninggi.
Masa dekat Pulau Bangau ni setiap keluarga boleh bergambar selama 5 hingga 10 minit dekat sini. Memandangkan kamera handphone memasing cap ayam je, gambar cenggini je lah mampu. Nampak tak nampak je burungnya.
Dalam perjalanan balik, dapat tengok Bangunan Sarang Burung yang terletak di Kampung Cina. Masa ni matahari dah separuh terbenam dah pun tapi kitorang tak nampak sangat sebab awan mendung. Bukan rezeki lah sebab Abam Sahril bagitahu semalam nampak bentuk bulat matahari. Cantik lah siapa yang bergambar.
But that's okay lah sebab kitorang dapat tengok burung balik ke Pulau Bangau. Semua yang balik dalam posisi berbentuk V sebab nak lawan arus angin. Ada sekawan burung yang balik berlainan arah dari kebiasaan sebab dikejar burung helang.
Sebelum bot berhenti di jeti dapat tengpk panorama langit berwarna pink dan biru lembut. Cantik sangat permandangan ni. Kalau dapat tengok sunset mesti lagi cantik. Healing betul join Hot Trip ni kecuali untuk Farah lah sebab dia dah mabuk. Berdiri pun dah terhuyung-hayang.
Berbaloi sangat RM30 untuk tengok keindahan alam semulajadi di muara Sungai Perak ni. Alhamdulillah cuaca pun okay je masa tu untuk kitorang tengok banyak tempat menarik di Teluk Intan. siapa yang belum pernah pergi Pulau Bangau memang patut pergi ambil pengalaman.
Memang sangat berbaloi keluar modal RM30, dapat pengalaman yang sangat jarang orang lain dapat.
ReplyDeleteBagus menimba pengalaman macam ni...walau pun nampak biasa tapi at least kita dapat ilmu tentang kapal korek pasir tu dan macam2 lagi..okey masuk wishlist jugak la..
ReplyDeleteWah.. bestnya river cruise.. boleh bubuh dalam list ini untuk bawa anak2.. bayaran pun okay..
ReplyDelete