Mengambil pendekatan karya seni sebagai inspirasi dan jalinan masyarakat, Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas kembali untuk tahun ke-23 dan menjemput artis-artis muda Malaysia meraikan kekayaan sejarah budaya negara melalui karya seni. Pertandingan seni yang dianjurkan setiap tahun ini membawa tema menyeluruh "Warisan Malaysia," dengan sorotan khas tahun ini kembali kepada warisan budaya tidak ketara. Tema ini juga selaras dengan pemilihan Malaysia menjadi ahli Jawatankuasa Antara Kerajaan bagi Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara (IGCICH) di bawah UNESCO untuk penggal 2022-2026.
Henry Tan, Pengerusi Pertandingan Seni Lukis Warisan Usaha Tegas berkata, “Warisan budaya tidak ketara merujuk kepada pengetahuan, kemahiran, amalan dan ungkapan tradisional yang diperturunkan dari generasi ke generasi. Warisan budaya tidak ketara termasuk tradisi lisan, seni persembahan, adat dan amalan sosial, dan kraf tradisional.
Walaupun bangunan, monumen dan tempat bersejarah sering dipelihara dan dipulihkan dengan teliti, warisan budaya tidak ketara adalah khazanah warisan yang turut penting dipelihara untuk mengekalkan kepelbagaian budaya dan memastikan kelangsungan tradisi masyarakat kita.
Pertandingan tahunan itu terbuka kepada bakat-bakat muda baru Malaysia yang masih belajar terutamanya di universiti dan kolej di Malaysia. Terdapat lima kategori karya seni: arang atau pensel atau pastel minyak atau dakwat, media campuran, minyak atau akrilik, cetakan dan cat air. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini dan mengambil bahagian dalam lebih daripada satu kategori.
Pemenang hadiah pertama bagi setiap kategori akan menerima wang tunai RM8,000, naib juara akan menerima wang tunai RM3,000, pemenang ketiga menerima wang tunai RM2,000, dan dua pemenang hadiah saguhati akan menerima RM500 setiap seorang. Selain itu, semua pemenang akan menerima sijil anugerah dan baucar TGV Cinemas bernilai RM500.
Semua artis muda Malaysia digalakkan untuk menyertai pertandingan tahun ini untuk meraikan dah mengetengahkan kekayaan warisan budaya Malaysia. Pendaftaran penyertaan kini dibuka sehingga 30 September 2023 dan penyerahan karya seni akan ditutup pada 9 Oktober 2023.
Usaha Tegas, ditubuhkan oleh Encik T Ananda Krishnan, mempunyai kepentingan dalam pelbagai syarikat tempatan dan antarabangsa yang beroperasi merentasi pelbagai industri termasuk telekomunikasi, media, hartanah, dan minyak & gas, dan lain-lain.
Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan tahun ini termasuk cara untuk mendaftar dan menyertai, sila layari laman web rasmi pertandingan di https://www.usahategasheritage.org.my/.
Untuk pertanyaan, hubungi kami di emel utheritage@ut.com.my atau telefon +603-2380 6451 (UTH Info)
TERIMA KASIH
peluang yang baik bagi insan2 yang minat seni dan berbakat
ReplyDeleteHello, Thank You for your articles. BTW Greetings fellow bloggers from Indonesia i want be your friend and i will follow your blog :)
ReplyDeleteSemoga dimanfaatkan oleh mereka yang sukakan seni lukis.. Bagus untuk mencungkil bakat2 baru..
ReplyDelete