Qalbox Berkolaborasi dengan Astro untuk Menawarkan Pengalaman Hiburan Berfokuskan Muslim yang Terbaik di Malaysia

Thursday, 3 August 2023

Qalbox daripada Muslim Pro, perkhidmatan penstriman hiburan yang terkenal dengan kandungan Islam yang pelbagai di peringkat global, berkolaborasi dengan Astro untuk menyiarkan kandungan yang berfokuskan Muslim secara eksklusif. Sejajar dengan matlamat Muslim Pro untuk menjadi rumah digital bagi segala perkara yang berkaitan dengan Muslim, perikatan strategik ini menjadi detik penting dalam landskap hiburan negara. Ia menawarkan pelanggan Astro pelbagai pilihan kandungan berfokuskan Muslim yang memperkaya untuk penonton di seluruh negara.

Dalam kolaborasi ini, Qalbox akan tersedia pada semua Astro Ultra dan Ulti Box sebagai tambahan, menawarkan rangkaian kandungan yang luas untuk komuniti Muslim. Sebagai sebahagian daripada perkongsian strategik ini, pelanggan Astro yang memiliki Ultra/Ulti Box akan menikmati langganan percuma eksklusif Qalbox serta akses premium Muslim Pro selama dua bulan, bermula dari 27 Julai 2023 hingga 26 September 2023.

Kerjasama ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Bitsmedia, Nik Emir Din dan Fara Abdullah, bersama-sama dengan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Astro, Shafiq Abdul Jabbar, dan Pengarah Kandungan, Agnes Rozario pada hari ini.

Sejak penubuhannya, Qalbox yang boleh diakses dengan mudah di dalam aplikasi Muslim Pro, laman sesawang, dan TV, Muslim Pro telah menunjukkan komitmen yang mendalam untuk melabur dalam pasaran Malaysia secara konsisten.

Menyedari populasi belia Muslim yang mahir dalam teknologi di negara ini serta visi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat teknologi bagi kandungan Islam, Muslim Pro melancarkan Qalbox di Kuala Lumpur pada Disember 2022.

Kerjasama terbaru dengan Astro lebih mengukuhkan lagi komitmen Muslim Pro untuk berkhidmat bagi komuniti Muslim di Malaysia dengan meningkatkan aksesibiliti bagi pengguna. Kerjasama ini membolehkan pengalaman yang lebih khusus dan lancar, memastikan kandungan yang berfokus kepada Muslim mudah diakses oleh khalayak yang lebih luas, dan memperkaya landskap hiburan di Malaysia.

"Kami sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Astro, penyedia hiburan terkemuka di Malaysia, untuk memperluaskan jangkauan Qalbox di kalangan penonton Malaysia," kata Fara Abdullah, co-CEO Muslim Pro. "Melalui kerjasama ini, visi kami untuk memantapkan kedudukan kami sebagai pusat kandungan dan hiburan Muslim global dan menyediakan landasan bagi pencipta kandungan kreatif Muslim dan pembuat filem menjadi lebih kukuh. Dengan tawaran kandungan yang pelbagai, kami yakin bahawa Qalbox akan menarik perhatian penonton Malaysia serta memberikan pengalaman hiburan yang tiada tandingan."

Qalbox terus berusaha untuk memaparkan identiti Muslim dan bagaimana kepercayaan dapat diintegrasikan dalam gaya hidup seharian umat Islam melalui pelbagai genre yang komprehensif, termasuk filem ikonik, siri-siri yang menghiburkan, dokumentari berfokuskan Islam yang memberi merangsang minda, animasi kanak-kanak, realiti TV, dan banyak lagi. Penonton boleh menyelami karya asli Qalbox yang menampilkan siri-siri yang merangsang pemikiran seperti "I Am Muslim", cerita peribadi yang menyentuh hati daripada "Food From the Heart,"dan bacaan Al-Quran yang menyentuh jiwa dalam "Tadaruz Al-Quran.

Bagi kanak-kanak, "Islam for Kids" dan "Recite and Learn: The Word of Allah" menawarkan kandungan yang menarik dan memberi pendidikan. Sementara itu, siri-siri menarik seperti "Omar", "The Sultan and Khan", dan "Little Mosque on the Prairie," meneroka naratif yang mendorong tentang budaya Muslim. Singkatnya, Qalbox menawarkan sesuatu untuk pelbagai peringkat penonton.

Shafiq Abdul Jabbar, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Astro berkata, "Kami gembira untuk mengumumkan Qalbox dari Muslim Pro di platform kami, yang mana ianya akan dapat memperkayakan rangkaian aplikasi siaran global terbaik kami. Penonton Muslim kami kini dapat menikmati kandungan berfokuskan Islam dengan penambahan lebih daripada 1,000 jam kandungan SVOD Qalbox yang kini tersedia untuk penstriman di Ultra dan Ulti Box kami. Kini kami mempunyai kandungan yang menarik dari 12 aplikasi penstriman video, termasuk aplikasi Astro GO kami yang ditawarkan secara percuma kepada semua pelanggan. Kami gembira atas usaha ini dengan Muslim Pro, aplikasi gaya hidup Muslim paling popular di dunia, dan percaya bahawa ini akan lebih melengkapkan tawaran kandungan yang kukuh daripada Astro, dari Astro Signatures dan Astro Originals, hingga sukan dan berita secara langsung, animasi kanak-kanak, dan kini pelbagai kepelbagaian budaya Muslim di seluruh dunia, semua dengan sentuhan mudah dengan satu butang."

Pihak Astro dan Muslim Pro berdedikasi untuk membina komuniti peminat hiburan yang menikmati kandungan yang berbilang budaya dan memberi santapan rohani. Kerjasama ini berjanji untuk mengubah konsep hiburan penonton Malaysia, dengan menyediakan ruang khas buat mereka yang menghargai kepelbagaian budaya dan identiti Muslim.

Selepas tempoh dua bulan akses percuma yang berakhir pada 26 September 2023, pelanggan Astro masih boleh mengakses Qalbox dan Muslim Pro dengan menambahnya ke langganan mereka dengan tawaran eksklusif. Sila layari www.astro.com.my/QalboxMuslimPro untuk mengemas kini langganan. Pelanggan yang tidak menggunakan Ultra/Ulti Box dan ingin menebus percubaan percuma ini boleh menaik taraf kepada Ultra/Ulti Box dengan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Astro di 03-9543 3838.

*********************************

Mengenai Muslim Pro

Aplikasi Muslim Pro ialah aplikasi gaya hidup Muslim paling popular di dunia dengan lebih daripada 150 juta muat turun di seluruh dunia di lebih 190 negara. Bermula pada tahun 2010 sebagai aplikasi mudah alih dengan visi pengasas untuk menyediakan waktu solat yang tepat untuk masyarakat Islam, Muslim Pro telah berkembang dengan keperluan penggunanya yang semakin berkembang menjadi aplikasi komprehensif yang melayani jutaan pengguna.

Ciri-ciri utama aplikasi menyokong keperluan agama pengguna melalui waktu solat dan penjejaknya yang tepat, azan, audio penuh Al-Quran, kompas kiblat, kalendar Hijrah, pengiraan zakat, serta kandungan gaya hidup seperti ciri Cerita, Inspirasi dan Komunitinya yang memenuhi pelbagai minat masyarakat Islam global. Aplikasi ini tersedia di Apple App Store dan Google Play Store. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.muslimpro.com/en

Mengenai Qalbox

Qalbox ialah perkhidmatan penstriman hiburan video atas permintaan (SVOD) langganan global yang menawarkan pelbagai kandungan yang memaparkan identiti dan budaya Muslim pada platform penstriman yang pintar dan selamat.

Daripada filem cereka dan dokumentari kepada bacaan al-Quran dan doa, Qalbox mencerminkan dan menyokong kepelbagaian. Qalbox boleh diakses melalui aplikasi Muslim Pro dengan langganan 2-dalam-1, memberikan pengguna Muslim Pro dua tawaran dalam satu aplikasi mudah alih.

Selain menikmati aplikasi Muslim Pro tanpa iklan dan dapat membuka kunci qari kegemaran mereka, pengguna juga akan mempunyai akses kepada ratusan jam filem Qalbox, dokumentari, program kanak-kanak dan banyak lagi. Terokai dunia kami di https://app.muslimpro.com/qalbox.

Mengenai Astro Malaysia Holdings Bhd

Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) ialah syarikat kandungan dan hiburan utama di Malaysia, berkhidmat untuk 5.5 juta rumah atau 69% isi rumah TV Malaysia, 8,600 perusahaan, 18 juta pendengar mingguan di seluruh radio FM dan dalam talian, 7.8 juta pelawat unik bulanan digital dan 3.3 juta pembeli merentasi platform TV, radio, digital dan platform perdagangan.

Astro menawarkan 3 perkhidmatan berbeza kepada rakyat Malaysia – Astro Pay-TV, NJOI Prabayar dan sooka, platform OTT untuk golongan milenium; dan Astro Fibre, perkhidmatan jalur lebar kami yang menawarkan nilai lebih tinggi dengan bundle kandungan dan jalur lebar kami. Lebih 860,000 rumah sudah pun menstrim hiburan terbaik melalui Hybrid 4K UHD Ultra Box dan HD Ulti Box kami yang boleh dipasang sendiri dan digunakan pada kedua-dua satelit dan jalur lebar.

Pada hari ini, para pelanggan boleh strim kandungan signatures tempatan kami, Astro Originals, sukan secara langsung dan rancangan global terbaik daripada Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, TVBAnywhere+, beIN SPORTS CONNECT, BBC Player, Viu, ZEE5, WeTV dan aplikasi rakan TV kami, Astro GO. Astro Radio, rumah kepada jenama radio yang dinilai tertinggi di negara ini merentasi semua bahasa utama serta jenama digital kami termasuk AWANI, SYOK, Gempak, Xuan dan Astro Ulagam, menyatukan rakyat Malaysia dengan kandungan dan pengisian yang penting.

2 comments

  1. Satu usaha yang menarik dan bagus..

    ReplyDelete
  2. wahhh muslim pro dah melangkah ke hadapan... terbaiklah!

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.