Nakji-Jeot K-Plus Market, IRVINS Spicy Salted Egg

Saturday, 12 August 2023

Bulan lepas masa jalan-jalan dekat IOI Mall Putrajaya, singgah kejap dekat Dondon Donki try ramen IRVINS Spicy Salted Egg. Orang bagi free kan, apa salahnya cuba walaupun tak lah gemar mana dengan perisa salted egg. Tak sangka pulak sedap. 
sumber:Google

Husna: Eiii ramen ni lah yang kita cerita haritu. Bau dia busuk lah

Me: Eh okay je bau dia, tak lah teruk macam you cerita pun. Sure ke ramen ni? 

Husna: Iyeee! Takpe, kat rumah ada 4 bungkus lagi, nanti Kak Ana dengan Sheera try lah sendiri

Kebetulan masa nak makan ramen spicy salted egg ni ada nakji-jeot, beli dekat K-Plus Market. Tak plan pun nak beli tapi warna dia cantik so I ambik je lah. Makanan ready-to-eat dekat K-Plus jarang lah tak sedap. 


Nakji-jeot ni fermented squid. Sotong yang dia guna jenis nakji, sotong jenis kecil liat yang orang selalu guna letak dalam takoyaki jugak. Geram betul kalau tengok K-drama scenes yang makan nakji dengan ramen. Selalunya sotong ni diperap dengan garam selama sebulan. Lepastu salut dengan gochujang, kicap cair, bawang putih dan bijan. Bila buka packaging tu dah boleh bau wangi bawang putih. 

Satu pek Nakji-jeot tu berharga RM24.50, boleh dapat satu mangkuk kecil. Harga dia a bit pricey tapi kalau tengok cara buat sangat lah renyah. Masa perap tu kalau tak cun sukatan garam, boleh lebur isi sotong. Perapan pes nakji-jeot ni pun cukup rasa, bila makan ada rasa manis sotong dengan kicap dan bawang putih. Pedas gochujang tu kena dengan tekak. Bukan jenis pedas menusuk walaupun merah menyala. Nakji-jeot ni side dish dan bukannya lauk utama sebab tu la kot kuantiti dia sikit je dalam satu packaging. I suka rasa kenyal dan manis sotong, rasa happy sangat makan especially part sesungut dia. 

Perisa salted egg ni for me better makan yang pedas sebab senangggg sangat nak rasa muak bila makan. Macam ramen ni pun, nasib baik ada nakji-jeot, mampu la habis dengan jayanya. Kalau makan kosong, memang rasa nak muntah. Bukan sebab bau macam Husna cakap tu tapi sebab muak. Maybe it's just me so tu first dan last lah makan ramen perisa salted egg. Thank God ada pepsi untuk buang rasa melugai dan muak. Since nakji-jeot ada lebih, ratah macam tu je pun sedap. Nak beli lagiiiiii!

2 comments

  1. Kalau salted egg biasanya memang kena ada makanan sampingan lain yang pedas untuk buang rasa muak dia tu..

    ReplyDelete
  2. Nakji-jeot tu tak pernah cubalagi.. Macam kena cari juga je.. kikiki

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.