Syarikat Produksi: Screenplay Bumilangit, SK Global, Legacy Pictures, DMMX Media, Adhya Group
Pengedar: Screenplay Films, Disney+ Hotstar
Genre: Sci-fi / Aksi
Durasi Tayangan: 135 minit
Tarikh Tayangan: 17 November 2022 (Indonesia)
Trailer :
Sejak kecil Alana (Keinaya Messi Gusti) mempunyai kekuatan luar biasa dan selalu melindungi rakan baiknya, Tangguh. Diambil sebagai anak angkat kepada Sarita Hamzah (Jenny Zhang Wiradinata) lalu berpindah ke Jakarta. Sarita latih Alana (Pevita Pearce) menjadi jaguh sukan peninju professional dan dalam masa yang sama mengawal kemarahan yang semakin lama semakin kuat.
Kerana kehebatan Alana, Mateo (Randy Pangalila) teruja untuk beradu tenaga di gelanggang kepunyaannya. Jagau (Revaldo) mengarahkan Alana supaya tumbang pada round ketiga kemudian dia akan menerima bayaran lumayan. Malangnya Alana dikawal oleh Dewi Api dan mengalahkan Mateo.
Hal ini tidak diterima dengan baik oleh pewaris jutawan tersebut lantas Sarita dibelasah sehingga koma. Kala (Dimas Anggara) membantu Alana melarikan diri dari konco-konco Mateo lantas menceritakan identiti sebenar Alana yang lahir sebagai pewaris kepada Sri Asih.
Di awal cerita, Alana dilahirkan di kaki Gunung Merapi namun orang tuanya meninggal dalam kemalangan ketika ingin melarikan diri dari ledakan kuasa Dewi Api (Dian Sastrowardoyo). Kemarahan dan suara yang sering menganggu Alana adalah hasutan Dewi Api supaya menjadi pengikutnya bersama-sama dengan 5 lagi pengawal yang lain termasuklah Roh Jahat.
Alana perlu menghalang misi Roh Jahat yang ingin menjadikan 1,000 orang nyawa manusia sebagai korban untuk membebaskan Dewi Api dari Gunung Merapi. Dalam misi menghalang kegiatan jahat tersebut, Alana bertemu kembali dengan Tangguh (Jefri Nichol), jurnalis muda yang menyiasat aktiviti haram keluarga Mateo.
Superhero kedua, Sri Asih yang diperkenalkan selepas Gundala (2019) untuk Bumilangit Cinematic Universe (BCU) merupakan Ketua Patriot untuk team JagaBumi. Intipati yang sama digunakan dalam perjuangan Sri Asih, di mana mereka perlu melawan golongan kaya yang benci akan orang miskin.
‘Pemerintahan kita terlalu lemah, mereka enggak punya rencana. Saya punya. Populasi manusia di Bumi ini sudah semakin banyak. Kita harus berbagi tanah..air..bahan makanan, tempat tinggal. Apakah itu adil, kita harus berbagi dengan orang-orang miskin dan pemalas? Merek aitu sekumpulan kecoa yang harus dibasmi supaya negara ini menjadi lebih baik. Jangan anggap saya kejam. Saya cuma membantu program pemerintah, membasmi kemiskinan.’ - Prayogo Adinegara (Surya Saputra)
Kalau dalam Gundala, filem terasa tegang dan lambat bergerak tapi Joko Anwar dan Upi memastikan unsur politik dan kekejaman yang diketengahkan lebih pendek dan beri ruang kepada Sri Asih untuk beraksi melawan musuhnya. Semua gerak-geri Sri Asih tangkas dan cantik koreografinya ditambah penggunaan VFX yang banyak membantu screenplay dalam memperjelaskan superpower kepunyaannya. Namun ada masanya tingkah Sri Asih terlihat seperti Wonder Woman tapi dah nama pun superhero wanita jadi celah mana pun tetap ada persamaan tu.
Lakonan Pierce sebagai Alana mungkin ada masanya terlihat kayu bila dia perlu ekspresikan lebih lagi terutamanya dalam babak diganggu oleh jelmaan Dewi Api ataupun ketika di hospital. Nasib baik pengarah tak letak banyak sangat babak drama bila dia tahu kekurangan Pierce. Reza Rahadian bagus dalam persona Jatmiko yang selalu dicemuh kerana menjadi boneka bangsawan di kota Jakarta.
Ada yang pertikaikan logik penceritaan Sri Asih tapi penulisan Joko tak lah banyak cela pun. Nampak lah dia pun bagi perhatian pada detail juga. Macam babak orang tua Alana pergi ke kaki Gunung Merapi. Nama pun kaki gunung, tak susah pun nak daki untuk orang hamil 5 bulan. Kalau kereta boleh naik, maksudnya trek dia mudah untuk semua. Kecelakaan tu jadi sebab Dewi Api dapat tahu pewaris Sri Asih akan lahir. Sama juga dengan babak di gelanggang tinju bila muka Mateo banyak lebam berbanding Alana walhal banyak kali dia ditumbuk oleh Mateo. Nampak lah tumbukan Alana tu padu berbanding kudrat lelaki. Semakin Alana pandai mengawal kuasa dia, semakin banyak superpowers dia muncul sedikit demi sedikit.
Bila sembang pasal filem superhero, tak dinafikan ada banyak watak yang muncul di sekeliling watak utama namun semua pelakon yang membintangi Sri Asih mempunyai ruang yang cukup untuk deliver watak masing-masing tanpa ditenggelamkan oleh sesiapa. Mungkin akan wujudnya siri Sri Asih memandangkan superhero Godam, Tira dan Virgo muncul dalam siri tersendiri. Lebih panjang durasi cerita, lebih banyak input kita boleh dapat dari Bumilangit Cinematic Universe (BCU).
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.2/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
wushh... macam menarik.. tapi dah ada netflix, vius, astro. takkan nak masuk diseney pulak. huhuhu
ReplyDeleteWa.. Menarik sangat.. tq review..
ReplyDelete