Director: M. Night Shyamalan
Writer: M. Night Shyamalan
Cast: Gael GarcÃa Bernal, Vicky Krieps, Rufus Sewell, Alex Wolff, Thomasin McKenzie, Abbey Lee, Nikki Amuka-Bird, Ken Leung, Eliza Scanlen, Aaron Pierre, Embeth Davidtz, Emun Elliott
Production Companies: Perfect World Pictures, Blinding Edge Pictures
Distributor: Universal Pictures, Netflix
Genre: Supernatural / Horror / Thriller
Running Time: 109 minutes
Release Dates: 19 July 2021 (Jazz at Lincoln Center), 23 July 2021 (United States)
Trailer :
Diadaptasikan dari novel grafik berjudul Sandcastle, karya Pierre-Oscar Lévy dan Frederik Peeters, naskhah Old mengisahkan tentang sebuah keluarga yang bercuti di sebuah pulau misteri. Kewujudan pulau tersebut dipaparkan di Internet lantas Prisca Cappa (Vicky Krieps) menempah untuk bercuti bersama keluarga kecilnya sebelum dia bercerai dengan Guy Cappa (Gael GarcÃa Bernal).
Di sana anak lelaki mereka, Trent (Alex Wolff) berkawan dengan anak buah pengurus hotel bernama Idlib (Kailen Jude). Idlib tak mampu berbicara banyak kerana pergerakannya sentiasa diawasi namun dia berjaya tinggalkan hint kepada Trent tentang pulau misteri.
Sebanyak 4 keluarga dihantar ke sana pada awal pagi oleh staff hotel menaiki van. Mereka semua dibekalkan makanan yang banyak selain khemah dan pakaian yang dibawa sendiri. Staff hotel bagitahu dia akan datang pada lewat petang untuk ambil mereka semua pulang ke hotel. Tak ada sesiapa pun yang syak sesuatu akan berlaku kerana terpesona dengan keindahan pantai di situ.
Di sana Maddox Cappa (Thomasin McKenzie) berjumpa dengan penyanyi kegemarannya, Mid Sized Sedan (Aaron Pierre) tapi kegembiraan tu tak lama sebelum bertukar curiga kerana mereka terjumpa mayat seorang perempuan tak jauh dari tempat duduknya. Mid Sized Sedan bagitahu dia bukan pembunuh. Dari pagi dia cuma duduk di pantai. Perempuan tersebut cuma berenang ke pantai kemudiannya terdampar di pesisir pantai sebagai mayat.
Dia cuba lari masuk ke dalam gua untuk keluar dari situ tapi tekanan terlampau kuat menyebabkan kepala dia sakit dan hidung berdarah. Jadi dia cuma tunggu bantuan sampai tapi yang datang ialah 4 sekeluarga. Susah untuk mereka semua percaya cerita Mid Sized Sedan tapi bila mayat perempuan tadi berubah menjadi abu, mereka mula faham pantai misteri tersebut mempunyai zon masa yang bergerak laju.
Naskhah Old garapan M. Night Shyamalan tampil unik dan berbeza dengan tema yang dibawa. Rasa takut juga kalau terperangkap dalam pulau misteri tu sebab tak ada jalan keluar. Masuk ke dalam gua untuk keluar, tekanan terlampau tinggi sampai boleh maut. Kalau panjat tebing gua tu pun tak guna, sebab medan graviti tak wujud, untuk berenang pula tenaga akan hilang bila melawan arus. Kalau duduk tunggu bantuan sampai, akan mati kerana penyakit tua.
Sembang pasal pulau misteri ni tak mustahil untuk ianya wujud sebab Mariana Trench dengan Segitiga Bermuda wujud. Boleh jadi konsep yang sama digunapakai untuk keluasan yang terhad tapi membawa maut. Kita tak tahu mungkin sebab tak ada yang selamat keluar? So berhati-hati lah kalau jumpa hotel atau resort yang murah dan tawaran tak masuk akal sebab ada banyak sangat agenda manusia yang kita tak mampu nak hadam tapi wujud. Of course, this is me being paranoid after watching Old.
Tapi jadi tenang lah sebab jalan cerita dia bercanggah dengan fakta sains yang penulis ketenaghkan. Kenapa mayat boleh mereput jadi abu sedangkan rambut, kuku dan bulu masing-masing tak tumbuh cepat? Dalam masa 2 minggu kuku boleh jadi panjang tapi semua watak steady kuku pendek sampai lah ke hujung usia. Mungkin juga sebab air yang diorang minum masa sampai dekat hotel dah ada ubat khas untuk tangani masalah ni.
Berapa lama hotel ni beroperasi pun tak diceritakan tapi dah 72 keluarga jadi mangsa eksperimen hotel tersebut. Ramai juga lah 72 keluarga ni tapi takkan lah tak ada langsung keluarga atau kenalan dari semua mangsa cuba selidik misteri kehilangan tu? Ada watak detektif pun tak pasti sama ada datang menyiasat atau bercuti.
Sebagai idea dan mesej sosial, filem OLD mungkin sesuatu yang menarik tapi olahan dan penulisan perlu dikembangkan lagi.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 6.8/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.