Pelakon: Alexandra Gottardo, Adinda Breton, Kiki Narendra, Dwi Sasono, Fandy Christian, Bima Sena, Abirama Putra, Totos Rasiti, Sarah Felicia, Alexzander Wulan
Syarikat Produksi: Infinite Studios, Catchplay+ Original
Pengedar: Clover Films and Golden Village Pictures (Singapore) Netflix, Now TV (Hong Kong)
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 92 minit
Tarikh Tayangan: 16 Mac 2023 (Indonesia), 6 April 2023 (Malaysia), 13 April 2023 (Singapore)
Trailer :
Kisah bermula dengan seorang pegawai polis menuju ke Losmen Melati yang terletak di pinggiran kampung. Setibanya di sana, dia diganggu oleh beberapa entiti kemudiannya dibunuh dengan kejam oleh Madam Melati (Alexandra Gottardo). Mayatnya disorok oleh pembantu bernama Golok (Samuel Panjaitan).
Berlatarkan tahun 1997, di pinggiran Jawa terletaknya motel berpuaka dan tidak ada sesiapa yang bisa keluar dengan selamat. Sebuah keluarga datang mencari tempat menginap selama satu malam dan Losmen Melati menjadi pilihan mereka setelah Losmen Aggerik penuh. Sebelum masuk ke kamar, sudah menjadi tradisi motel tersebut bilamana pengunjung perlu minum teh bersama Madam Melati di ruang tamu.
Gemi (Abirama Putra) seronok melihat kehadiran boneka bermata satu di salah satu kerusi di ruang tersebut. Madam Melati biarkan Gemi berkawan dengan boneka tersebut kerana wajah Gemi mirip seperti anak lelakinya. Semasa sesi minum teh Madam Melati persoalkan Dara (Putri Ayudya) tentang mendiang ibunya yang dibiarkan di rumah orang tua.
Seusai sesi tersebut Gemi mula diganggu oleh roh neneknya kemudiannya Dara pula menjadi mangsa setelah suaminya, Karim (Totos Rasiti) dibunuh oleh anak mereka sendiri. Madam Melati datang bersama Golok setelah semuanya selesai. Mayat mereka dibakar di tingkat bawah tanah, sama seperti inspektor polis di awal cerita.
Naskhah seram arahan Mike Wiluan dan Billy Christian diolah dalam flow yang berbeza kerana bersilih ganti latar masa sekarang dan flashbacks. Setelah kematian keluarga Gemi, Madam Melati membuka kisah bagaimana dia lahir setelah ibunya berjumpa dukun kemudiannya mendapat penyakit misteri. Kerana penyakit tersebut ibunya berjumpa dengan Dr. Kusno (Kiki Narendra) yang suka dengan perkara aneh dan misteri.
Dari titik itu, Melati (Adinda Breton) tinggal bersama Dr. Kusno dan anaknya, Sigit (Bima Sena). Tak banyak yang diceritakan tentang mereka anak-beranak kerana sudah diganggu oleh sumpahan ibu Melati. Keadaan Sigit setelah dewasa juga tak diceritakan, sama juga bagaimana Melati berjumpa dengan Golok kerana Losmen Melati ada kesinambungannya. Patutlah dah masuk second half Melati bagitahu ini baru permulaannya. Ingatkan dia bagitahu babak tersebut permulaan sebenar bagaimana Melati disumpah oleh ilmu hitam rupanya permulaan untuk franchise Losmen Melati.
Kebanyakan filem Indonesia sekarang dah mula ada franchise terutamanya genre seram. Rasa menyesal pulak tengok sebab nak kena tunggu lama untuk sekuel. Entah tahun bila pula keluar untuk beberapa persoalan terjawab.
Filem seram Losmen Melati ni tak lah seronok sangat untuk ditonton sebab keadaan motel agak kotor. Air dekat motel berkeladak berwarna hitam, banyak habuk dan debu. Tak tahu kenapa ada juga yang datang ke situ sedangkan jelas dari keadaan bangunan pun nampak usang. Hantu yang ada di motel tu pun tak lah menakutkan sebab guna CGI tapi kebanyakan babak seram sarat dengan jumpscares.
Lakonan Alexandro Gottardo sebagai Madam Melati antara kekuatan naskah seram terbitan Infinite Studios dan Catchplay+ Original. Dari lirikan mata dia pun dah tahu dia kenal mangsa, tahu isi hati luar dalam. Cara jalan, cara bercakap dan pandangan tarik ada karisma tersendiri sebagai Perempuan Jawa-Belanda yang menggerunkan. Alexandro juga memilih untuk buat sendiri semua stunt yang ada lantas tindak-tanduknya tampak asli. Sinematografi John Radel menghidupkan lagi aura Melati dan juga suasana seram di Batam.
Selain dari kisah seram yang dipaparkan, penulis katanya sampaikan banyak mesej melalui Losmen Melati tapi tak dapat nak decode apa mesejnya sebab kebanyakan plot kelihatan tergantung dan menimbulkan tanda tanya tanpa jawapan. Kalau yang nak tengok, baik jangan lagi sampai sekuel dia keluar nanti.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.3 = 6.9/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
lama tak layan cerita seram
ReplyDeleteBoleh pula dia buat bersiri ye.. jenuh nak tunggu sambungan..
ReplyDeleteX best la
ReplyDelete