Movie Review | Kalian Pantas Mati (2022)

Sunday, 20 August 2023


Pengarah: Ginanti Rona
Penulis Skrip: Alim Sudio
Pelakon: Emir Mahira, Zee JKT48, Randhika Djamil, Angel Sianturi, Andrew Barret, Kezia Caroline, Farandika, Chelcy Clarissa, Neysa Chandria, Iszur M, Gaby Warouw
Syarikat Produksi: Ideosource Entertainment, Newko Global Entertainment, Paragon Pictures, Anami Films, IDS, WME Independent
Pengedar: GSC Movies, Netflix
Genre: Seram / Thriller
Durasi Tayangan: 107 minit
Tarikh Tayangan: 13 Oktober 2022 (Indonesia), 30 Januari 2023 (Kemboja), 13 April 2023 (Malaysia), 5 Mei 2023 (Taiwan), 24 Mei 2023 (Filipina)
Trailer :


Diadaptasikan dari filem Korea Selatan yang berjudul Mourning Grave arahan Oh In-chun, Kalian Pantas Mati membuka kisah Rakka (Emir Mahira) yang mempunyai anugerah untuk melihat roh terkandas di dunia nyata. Kerana kebolehannya, Rakka sering dibuli di sekolah jadi kebanyakan masanya dia cuma membantu roh yang datang minta tolong ataupun melukis. Ayah (Kameo Lova) dan Ibu (Citra Ambasari) telah meninggal kerana kemalangan jalan raya, lantas Rakka selalu kesunyian.

Rimas sering dibuli, Rakka pulang ke kampungnya di Jonggol, Bogor dan tinggal bersama pak ciknya, Ajat (Randhika Djamil). Sama seperti Rakka, ajat juga mempunyai kebolehan untuk melihat hantu. Seorang anak lelaki dari setiap generasi akan mempunyai kelebihan tersebut dan tiada ubat atau cara untuk menghalang sumpahan tersebut. 

Tak jauh beza pun kehidupan Rakka di Jonggol mahupun di Jakarta kerana hari pertamanya sudah diganggu oleh ‘Hantu Mask’. Rakan sekelasnya, Sonya (Angel Sianturi) pernah terlihat hantu tersebut ketika mereka di club tapi teman lelakinya, Dodit (Andrew Barrett) sering menepis sangkaaan tersebut setiap kali rakan mereka hilang dalam keadaan yang mencurigakan. 

Rakka juga ambil keputusan untuk mengelak dari Sonya ataupun mencari tahu tentang ‘Hantu Mask’ dan lebih gemar meluangkan masa dengan Windy (Zee JKT48). Tapi macam mana cara sekalipun Rakka cuba mengelak, dia tetap ditakdirkan untuk bertemu dengan ‘Hantu Mask’. 

Naskah yang mengangkat tema buli dalam kalangan pelajar sekolah mempamerkan wajah-wajah baru dalam dunia perfileman Indonesia. Pemilihan untuk semua watak dilakukan menerusi ujibakat oleh pihak produksi jadi tak hairanlah kalau lakonan nampak cemerlang dalam watak masing-masing baik sampingan mahupun pelakon utama. Tak hairan lah kalau Andrew dan Zee tercalon dalam kategori Aktor Pendatang Baru Terpilih untuk watak dalam Piala Maya 2023 untuk filem Kalian Pantas Mati. 

Filem ni dari awal lagi watak Rakka diganggu dengan hantu yang mengerikan sampai Rakka susah untuk tidur malam. Nak minum air pun kena kacau, apatah lagi untuk tidur dengan nyenyak. Tak hairan pun kalau Rakka bukan pelajar cemerlang dalam pelajaran sebab gangguan yang dialami tu melampau. 

Nasib baik lah di Bogor, Rakka bertemu dengan Windy yang banyak bagi moral support dan teman Rakka setiap hari. Selain watak Windy yang comel dengan tingkahnya, watak Ajat juga banyak membantu Rakka sama ada melalui prinsip hidup yang dipegang ataupun nasihatnya. 

Naskhah seram Kalian Pantas Mati mempunyai plot dan perkembangan cerita yang bagus bila pelajar yang dibuli tak mampu nak melawan pembuli. Nak pula kalau si pembuli adalah anak kepada orang kenamaan. Jangankan pelajar sekelas atau junior, pengawal sekolah pun diugut sesuka hati mereka saja. Susah nak teka siapa pembunuh yang sering membantu 'Hantu Mask' sebab penulis tak dedahkan apa rahsia geng Dodit atau identiti 'Hantu Mask'. 

Anehnya, setiap kes tak ada campur tangan dari pihak polis macam kes Vanessa (Gaby Warouw) yang dilanggar di basement parking. Yang tu mungkin la boleh cakap sebab CCTV tak berfungsi jadi tak ada apa-apa footage untuk bantu tangkap si pelaku tapi watak lain? Ada rakaman jelas tapi tak ada sesiapa pun yang hantar kepada pihak polis. Mayat ‘Hantu Mask’ pun masih dalam keadaan elok sedangkan lepas seminggu dah mula mereput. 

Filem Kalian Pantas Mati arahan Ginanti Rona menelan belanja sebanyak Rp11 juta kerana banyak babak bergantung kepada CGI dan hasilnya amat memuaskan. Sinematografi dari Padri Nadeak juga menampilkan kehidupan  dan keindahan masyarakat Bogor dengan cemerlang. Music score hasil kerja Ricky Lionardi menguatkan lagi kehadiran elemen seram dan saspen setiap kali ‘Hantu Mask’ muncul untuk balas dendam. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.9/10

2 comments

  1. aigooo.... tajuk aje dah seram,.. sebab indonesia agak dekat dengan budaya kita... jadi cerita seram mereka agak berbekas di minda bila ditonton.

    ReplyDelete
  2. Versi Korea Sha dah tengok.. Yes.. Masuk list versi ini.. tq share Farhana..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.