Filem Jemputan Ke Neraka mengisahkan tentang Ivy (Janna Nick) iaitu seorang kurator balai seni mendapat kad jemputan ke majlis perkahwinan Lisa Henderson (Jasper Supayah), rakan sekelasnya semasa di universiti.
Teruja untuk ke majlis tersebut, Ivy memujuk tunangnya, Norman (Hafreez Adam) untuk menemaninya walaupun lokasi agak terpencil hingga makan masa selama 3 jam untuk ke sana. Setibanya di sana, Ivy bertemu Rania (Sharifah Sakinah), Sofea (Amy Nur Tinie) dan Adam (Nick Syaf) sedang asyik bergambar. Norman mengelak untuk berjumpa lantas mencari kelibat sesiapa di majlis tersebut kerana anehnya majlis perkahwinan Lisa kosong walaupun semuanya sudah tersedia.
Norman syak majlis perkahwinan Lisa mungkin batal last minute namun ditegah oleh Ivy. Kalau batal sekalipun kenapa kosong tak ada orang? Mereka semua terkejut dengan suara nyaring Fiq (Hariz Hamdan) yang mengajak mereka semua makan di dalam rumah. Ivy pelik kenapa majlis kosong tapi makanan tersedia untuk mereka di meja.
Sementara yang lain makan, Ivy naik ke tingkat atas untuk mencari sesiapa namun terjumpa mayat Lisa dalam persalinan gaun putih ditemui tergantung dalam keadaan ngeri. Rania, Adam dan Sofea terkejut bila melihat gambar Salina (Wafariena Roslan) di atas meja solek. Masa semua bergegas keluar dari rumah tersebut, Sofea jatuh dari tingkat atas. Fiq cuba hidupkan kereta namun gagal lantas mereka semua terperangkap bersama pembunuh misteri.
Naskhah sulung terbitan AN Universal Sdn. Bhd. milik Anne Ngasri dan Darling Ngasri mempunyai idea yang menarik bertemakan balas dendam. Bila nampak gambar Salina atas meja solek pun dah boleh agak yang mereka semua terlibat dalam kes buli kecuali Ivy dan Fiq. Dari awal rasa kasihan dengan watak dua orang ni sebab terpaksa terima natijah pasangan sendiri walhal tak tahu-menahu pun tentang rahsia hitam tu.
Lakonan Janna Nick sebagai Ivy yang tertekan dan runsing dengan identiti dan personaliti tunangnya tampak cemerlang setiap kali muncul babak tegang antara Ivy dan Norman. Geram sangat bila Norman sengaja menipu sejak dia nampak berita pembunuhan Amar (Alif Hadi). Chemistry Hafreez dengan Janna pun nampak natural. My fav scene bila Ivy merajuk Norman merungut pasal wedding Lisa.
Malangnya penulis tak kembangkan watak Rania dengan bagus sedangkan dia mainkan peranan penting dalam kisah silam tersebut. Kebanyakan masanya dia sakit hati dengan hubungan Ivy dan Norman kemudian merokok. Watak Adam pula marah sepanjang masa akibat cemburu.
Naskhah Jemputan Ke Neraka boleh jadi lebih menarik kalau penulisan dia dikembangkan lagi sebab ada beberapa babak yang tampak dangkal. Tak ada pun mana-mana watak yang cuba telefon taliaan kecemasan. Kenapa nak start enjin kereta pergi minta bantuan kalau talian kecemasan sentiasa wujud 24 jam tanpa perlunya rangkaian telco? Kalau penulis tambahkan elemen saspen dengan bagi ruang untuk pembunuh (Aleeza Shadan) mungkin lagi seronok untuk ditonton.
Lepas Amar dibunuh tu macam kelakar juga sebab tak ada detektif yang menyiasat kes sampai pembunuh sendiri kena datang serah diri. Boleh je kalau buat plot twist yang Fiq tu undercover. Props dengan makeup pun ala kadar sebab warna darah cair, kepala Sofea tak berdarah pun lepas jatuh dari tingkat 3 tapi darah dekat mangsa lain kemain banyak stok. IC Amar pun tak nampak real. Patutnya tak payah letak pun IC Amar tu, cukup sebut nama penuh dia memandangkan watak dia cuma extra.
Masa Rania bercerita dengan Ivy pasal Salina kena buli di sekolah dulu kedengaran cringe sebab dia guna bahasa baku. Macam baca teks padahal bila ada interval, masuk ke latar masa sekarang, elok pula Rania dengan Ivy menyembang macam biasa. Sayanglah cerita boleh pergi jauh tapi terbatas.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 6/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Menarik untuk ditonton ni.
ReplyDeleteCubaan yang menarik dan boleh diperbaiki ek..
ReplyDeletequite boring maybe sbb dh bole agak apa yg akan jadi lepastu, and at first i thought it was horror movie, but a bit disappointed
ReplyDelete