Movie Review | Afwaah (2023)

Sunday, 6 August 2023


Director: Sudhir Mishra
Writers: Sudhir Mishra, Nisarg Mehta, Shiva Bajpai, Apurva Dhar Badgaiyann
Cast: Nawazuddin Siddiqui, Bhumi Pednekar, Sumeet Vyas, Sharib Hashmi, T.J. Bhanu
Production Company: Benaras Media Works
Distributors: AA Films (India), Reliance Entertainment, Netflix
Genre: Mystery / Thriller
Running Time: 126 minutes
Release Date: 5 May 2023
Trailer :


Berlatarkan daerah kecil yang terletak di Sawalpur, Rajashtan, naskhah Afwaah mengisahkan tentang Vicky Bana (Sumeet Vyas), seorang ahli politik muda yang aktif berkempen untuk pilihanraya melalui apa jua cara sekalipun. Kerana sifat tamaknya, dia mengarahkan supaya gangster menyerang perarakannya di pekan sehingga menyebabkan seorang penjual daging terbunuh. 

Gara-gara tindakannya, tunangnya, Nivi Singh (Bhumi Pednekar) tekad untuk putuskan hubungan dan lari keluar dari rumah untuk menetap di Delhi. Dalam perjalanan, Nivi berjumpa dengan Rahad (Nawazuddin Siddiqui), ejen pemasaran terkenal yang secara tak sengaja membantu Nivi. 

Bukan orang lain tak nak membantu Nivi semasa diganggu oleh anak buah Vicky tapi kerana takut dengan ayah Nivi, orang kuat parti. Malah Inspektor Sandeep Tomar (Sumeet Kaul) juga tunduk mengikut arahan Gyaan Singh. 

Geram dengan kedegilan Nivi, Vicky upah content creator untuk wujudkan naratif ‘Love Jihad’ supaya Rahad dihukum oleh pengikut parti di daerah tersebut. Dalam masa yang sama, Inspektor Tomar memburu Chandan Singh (Sharib Hashmi) untuk ‘membersihkan’ kembali nama parti yang tercemar setelah insiden pembunuhan sebelum ini. 

Sesuai dengan tajuk filem Afwaah (Khabar Angin), idea untuk menggunakan naratif palsu di media sosial adalah sesuatu yang berani dan jujur. Kalau tengok pada realiti kehidupan sekarang pun dah banyak sangat naratif palsu dari ahli politik untuk kepentingan sendiri. Cinematographer Mauricio Vidal menggunakan seni budaya dan latar masyarakat Rajashtan untuk kuatkan lagi penceritaan mengenai kebergantungan terhadap media sosial dan juga perbezaan darjat dan agama. 

Naskhah Afwaah merupakan naskah kedua pengarah dan juga penulis Sudhir Mishra bekerjasama dengan pelakon Nawazuddin Siddiqui selepas naskhah komedi drama, Serious Men (2021). Bezanya sebelum ni Nawazuddin menjadi fokus utama dan dalam Afwaah dia cuma pelakon sampingan dalam kemelut politik antara Vicky dan Nivi. 

Walaupun ruangnya terhad tapi watak Rahad mencuri tumpuan dengan kisah hidup dan identitinya sebagai imigran di New York. Tak pasti lah kalau naskhah Afwaah ni hero yang sebenarnya adalah Rahad tapi editing yang buatkan dia nampak seperti watak sampingan. Tapi kalau pelakon sendiri tak nak promote sebab merajuk, boleh jadi juga on paper sebenarnya begitu. Kalau ikutkan, Nawazuddin tak payah merajuk pun tak apa sebab screentime sikit tak bermaksud tak bagi impak pada penceritaan. 

Lakonan Bhumi Pednekar sebagai watak yang berani melawan ketidakadilan dan penganiyaan bukan sesatu yang baru pun tapi tetap seronok tengok watak Nivi berperang dengan Vicky. Dialog dalam filem Afwaah tak lah padu sangat walaupun tema yang digunapakai mempunyai unsur provokatif. Kisah Rahad di New York pun cerita yang dah lapuk tapi disebabkan kekuatan lakonan barisan pelakon yang buatkan perjalanan cerita nampak meyakinkan. 

Kelemahan Afwaah mungkin terletak pada second half yang dramatik bila Nandita (Eisha Chopra) cuba membantu Rahad. Masa Nandita mempersoalkan pilihan antara ihsan dan perlindungan diri sendiri. Babak tu bagus tapi nampak over sebab Rahad boleh je masuk ikut pintu belakang tanpa sebarang masalah. Kenapa Chandan masih setia dengan Vicky walaupun dah tahu permainan politik Vicky pun meragukan juga. 

Ending menjadi persoalan juga sebab tak faham kenapa Sudhir Mishra rasa watak Nivi mampu selesaikan masalah permusuhan antara penganut agama Hindu dan Islam dengan mudah. Kalau plot awal paparkan realiti tapi sebaliknya untuk kesudahan cerita. Sepatutnya penulis bagi ruang juga kepada watak Riya Rathod (TJ Bhanu) tapi malangnya dia cuma muncul untuk kuatkan sisi gelap Inspektor Tomar. It’s a good one time watch.  

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.3 = 6.8/10

1 comment

  1. Berkaitan politik dan media sosial ye.. hurm.. baca review Farhana je lah.. hehehe..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.