Menara Condong Teluk Intan

Sunday, 13 August 2023

 

Percaya atau tidak, walaupun rumah I dekat Sabak Bernam dan nak pergi ke Teluk Intan ni cuma setengah jam tapi I tak pernah pun pergi Menara Condong Teluk Intan. Belum campur entah berapa kali lalu Teluk Intan tapi malas nak singgah sebab fikir tak ada apa sangat pun. Padahal ada je cuma kita yang unbothered enough to visit. 

Lepas tengok movie Bawaal, teringat Nisha cakap yang every nook and crook in england is history. Sama juga dengan Teluk Intan atau satu masa dahulu pernah digelar Teluk Anson atau Anson Bay. Menara Condong Teluk Intan ni dibina untuk jadi menara tangki air satu masa dulu supaya boleh bantu padamkan kebakaran atau jadi sumber air untuk kegunaan penduduk sekitar. 

Tapi disebabkan tangki air tu berat jadi menara ni sedikit demi sedikit condong ke sebelah kanan. Kenapa kanan? Mungkin sebab tanah di sebelah kanan tu lembut sikit berbanding kiri jadi dia mendap sikit. Jadi sampai sekarang lah condong tapi tak lah condong sangat. Bila bergambar tu tak nampak ketara sangat pun perbezaan dia. 

Eh, nampak lah! T.T

Nak park kereta dekat depan Menara Condong Teluk Intan ni kena bayar RM0.60 melalui Touch & Go apps. Kalau tak bayar get ready lah kena saman sebab Majlis Perbandaran Teluk Intan tetap semangat buat kerja walaupun hari minggu. 

Making Next Level pose... sebab apa? sebab boleh dik


Masa bergambar ni panas terik sampai mata memasing tak mampu nak bukak tapi sebab nak lighting, gigih bergambar jugak. Boleh je bergambar dekat pintu depan tapi ramai lah melepak dekat situ. Masa kitorang pergi ni pun ada geng basikal jadikan Menara Condong Teluk Intan sebagai checkpoint untuk rest. 

Tengah sakan bergambar tiba-tiba ternampak En. Rosdi macam kambing sesat dekat depan menara ni. Punya lah besar Selangor ni, boleh pulak kitorang terjumpa En. Rosdi dekat Teluk Intan. Rupanya dia tengah bercuti dengan isteri dia dekat Sungai Klah pastu datang Teluk Intan nak shopping. 



Me: En. Rosdi, beli la bunga dekat sini pastu bagi dekat Pn. Ramlah. 

En. Rosdi: Eiiii taknak saya, daripada beli bunga baik beli benda makan. Kenyang jugak perut. 

Me: Tak romantik lah En. Rosdi ni. Nasib baik Pn. Ramlah tak tinggal.

Masa kitorang kerja sekali dulu, kitorang satu office ajar En. Rosdi belikan bouquet bunga ros sebab berpuluh tahun diorang kahwin, En. Rosdi tak pernah belikan bunga. Memang lah bunga tak boleh kenyang tapi salah satu sumber kebahagiaan tu datang dari bunga. Bukan suruh beli bunga ros sejambak 500 batang bunga ros macam Fattah Amin bagi dekat Fazura pun, cukup yang biasa macam baby breath dekat Pasar Seni dah okay dah. Haa kau tibehhh membebel pasal bunga. 


Dah puas menyembang dekat luar, kitorang masuk dalam menara sebab panas dekat luar. Nak masuk dalam Menara Teluk Condong Teluk Intan ni kena bayar RM2 satu kepala. Dekat pintu masuk ada jual air mineral RM1, okay lah buat hilang dahaga lepas menyembang. 

Di bahagian bawah Menara Condong Teluk Intan ni ada satu perigi buta yang dikunci. Dekat dalam tu ada banyak duit tunai, syiling dan ringgit. Kalau tempat macam ni, ramai lah datang buat hajat. Entah apa yang mampu makbulkan hajat diorang entah sebab menara ni kan tangki air dan jam loceng je. Tapi husnuzon je lah, duit tu boleh guna untuk maintenance :')


Naik dekat tingkat pertama boleh nampak banyak sangat gambar bersejarah di Teluk Intan. Kalau ikutkan untuk yang pertama kali datang Teluk Intan patutnya datang ke Menara Condong Teluk Intan sebab dekat sini ada gegelung informasi tempat mana yang boleh dituju. 



Semua tempat yang dipaparkan di gegelung ni kebanyakannya berada dekat je dengan kawasan Menara Condong Teluk Intan antara perasan dengan tak je. Masa baca gegelung ni teringin sangat nak pergi ke Jeti Beting Beras Basah sebab ada jeti panjang di tengah kawasan sawah padi. Dekat situ dijadikan tempat upacara pertabalan Sultan negeri Perak. Tapi bila Google dekat Bagan Dato', satu jam dari Teluk Intan. Nak pergi tu boleh tapi takut hujan pula. 




Tangga untuk naik ke tingkat 3 Menara Condong Teluk Intan

Menara Condong Teluk Intan ni ada 8 tingkat tapi boleh naik sampai tingkat 3 je sebab dekat atas tu rasanya ada tangki air dah. I buat palatao je sebab tak ada staff pun dekat bahagian atas ni hshs. Tak pasti lah kalau binaan dalam menara ni pernah ditukar ganti ataupun dari dulu sama je sebab kukuh betul. Tapi dekat bahagian luar memang kena hati-hati berjalan sebab boleh rasa ada kayu yang mula mereput. Bila berjalan tu ada yang macam melendut sikit. Sebab tak boleh berjalan sangat, kita bergambar je lah hshshs



Bukan I yang ambil gambar ni. Kalau I ambik tak mungkin pose cenggini dibenarkan



Kawasan koridor menara ni cantik sebab ada hiasan jubin berwarna hijau dengan corak sama diulang-ulang dari atas sampai lah bawah. Rasanya ambil warna hijau sebab pereka menara ni suka jed kot. Palatao nombor dua. 



Dari tingkat dua Menara Condong Teluk Intan ni boleh nampak Medan Selera Teluk Intan, ada hiasan payung di laluan tengah tapi tak sempat nak menyinggah sebab kitorang dah lapar. Ada juga Kompleks Menara Condong, mungkin ada banyak cenderahati I love Teluk Intan dekat situ hshshs palatao nombor 3. 


Btw, siapa ambil gambar-gambar dalam entry I tanpa credit dia kena cirit. 

Just in case you guys bermalam di Teluk Intan, Menara Condong Teluk Intan bersinar cantik pada waktu malam. I've seen it and I'm in awe....

2 comments

  1. Perna sampai tapi di bahagian luar saaja.. Tak pernah lagi masuk daam menara ini..

    ReplyDelete
  2. Okey masuk wishlist..next year visit Perak kan..hari tu diorang buat promosi kat NuSentral

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.