'Mee Hiris ialah mee tradisional China Muslim yang istimewa. Mee Hiris ialah salah satumee yang terkenal dalam golongan China Muslim di kawasan China Utara. Prosedur menyediakan hidangan Mee Hiris ialah dengan menggaulkan bahan-bahan dan tepung hingga menjadi doh. Angkat doh dengan tangan kiri, gunakan pisau lengkung untuk hiris doh kemudian masukkan ke dalam air yang telah mendidih. Keluarkan mee hiris selepas masak. Mee Hiris menjadi terkenal dengan rasa yang unik. Mee ini dinamakan mee hiris kerana cara potongannya.' - Mee Hiris China Muslim
Sya Detura = ahli kumpulan Shafla Detura |
Menyala betul warna Mee Tarik Soup with Braised Beef sebab chili oil tapi warna je lah macam tu, rasa dia tak pedas sangat pun. Dekat setiap meja dah disediakan satu jar kecil berisi chili oil jadi tak ada masalah pun kalau pilih sup biasa macam I, anytime boleh adjust rasa pedas ikut tekak sendiri.
I saja ambil sup biasa sebab nak rasa sup asal dia macam mana. Seronok lah makan dekat sini sebab mi dia tak ada rasa kapur tapi kenyal dan tebal berbanding mi komersial dekat luar. Sup dia memang rasa rebusan air daging tapi tak lah kuat sangat. Kalau kuat confirm melugai sebab daging ada banyak minyak dia.
Dumpling dia je lah tak seronok nak makan sebab rasa tepung dengan daging semata. Mungkin I dah biasa dengan rasa komersial sampai tak boleh terima rasa homemade haha. Siapa yang belum try makan mee tarik atau mee hiris boleh cuba datang ke mana-mana cawangan sebab tempat dia bersih, staf pun membantu. Cawangan lain Restoran Mee Hiris China Muslim - Senawang, Bandar Baru Bangi, Kuala Selangor, Lalaport, Melawati Mall, Nilai, Setia City Mall, Sungai Besar, Kipmall Sungai Buloh, Quayside Mall, Aeon Mall @ Shah Alam.
Wah.. best nie.. Mee dia tu nampak mengancam..
ReplyDelete