Jalan-Jalan Teluk Intan

Sunday, 13 August 2023

 

Masa my mom ajak jalan-jalan Teluk Intan kitorang semua macam eiii Teluk Intan ada apa? Takkan lah nak drive jauh-jauh semata nak tengok Menara Condong Teluk Intan lepastu balik? Tapi sebab permintaan orang yang sambut birthday, kita layankan je. Bergerak dari Sabak Bernam pukul 11 pagi, sampai ke Teluk Intan jam 11.30 pagi. 



Spend time lebih kurang setengah jam saja dekat sini sebab waktu pagi tak ada banyak aktiviti boleh buat selain bergambar dan beli aiskrim. 

2. Mahkamah Lama Teluk Intan 

5 minit spend masa tengok bangunan Mahkamah Lama sebab berpagar. Bangunan Mahkamah Lama ni cantik sebab binaan berunsurkan binaan British. Berwarna putih dengan bingkai dan tiang dicat hitam. 

3. Kawasan Jeti Persatuan Pengail Melayu

10 minit berjalan di sini sebab kawasan jeti dah nak roboh dah pun. Saja masuk sebab nak cari khidmat sewa bot di kawasan Sungai Perak. 

*3 kawasan ni berhampiran dengan River Front Teluk Intan



2 jam di Menara Condong Teluk Intan sebab ada banyak fakta tentang Teluk Intan boleh dibaca tapi satu jam setengah terpaksa melayan En. Rosdi sembang sampai lah dia penat. 

5. Restoran Udang Galah


Makan tengahari di restoran terkenal, Restoran Udang Galah di Padang Speedy, Teluk Intan. Food hunter wajib datang sini sebab semua makanan dimasak sedap. Harga pun berbaloi untuk large group. 

6. Masjid Daerah Sultan Idris II Teluk Intan

Solat tengahari di Masjid Daerah Teluk Intan yang terlatk tidak jauh dari Padang Speedy. 

7. Eco Shop Teluk Intan


Yang ni tak sepatutnya ada dalam list sebab kedai Eco dekat Sungai Besar lagi besar dari Eco Teluk Intan tapi kalau masuk dalam kedai Eco mesti sangkut sampai sejam. 



Penat berjalan sana-sini, rest kejap dekat Starbucks Teluk Intan minum kopi. Took us one hour to celebrate my mom's birthday as well. 



Just too cute to skip this one. Tak jauh pun dari Starbucks Teluk Intan, ada kedai bundle yang menyediakan pelbagai baju preloved dari pelbagai jenama pakaian. Material pakaian yang bagus dan cantik, sesuai untuk gaya moden di pejabat dan kasual. 

10. Masjid Melayu Teluk Intan


Singgah solat Asar di Masjid Melayu Teluk Intan di Jalan Selat. 

11. Bangunan Aziziah


Dalam kawasan Masjid Melayu Teluk Intan ada Bangunan Aziziah, sebuah madrasah yang berusia 100 tahun lamanya. Bangunan Aziziah asalnya berwarna putih tapi dibaik pulih tanpa membuang struktur asal kemudiannya dicat berwarna merah. 

Madrasah yang menjadi tempat pengajian untuk penduduk sekitar dan juga saudara baru secara percuma. Menjadi tempat perbincangan ilmiah dan diskusi agama juga untuk anak muda. Tak berkesempatan untuk masuk ke dalam tapi kalau tengok dekat IG Mazti ni memang cantik sangat binaan dia yang menggunakan susunan kayu dan seni ukir yang cantik.



Selain menjelajah kawasan sekitar dan tempat-tempat terkenal di Muara Sungai Perak, dapat juga tengok panorama indah alam semula jadi. Dapat tengok burung bangau di Pulau Bangau dan juga keindahan matahari terbenam. Waktu malam pula boleh tengok keindahan habitat kelip-kelip di Sungai Perak. 

Berbaloi ambil Pakej Hot Trip selama 1 jam untuk kenal sedikit sebanyak tentang Teluk Intan yang pernah menjadi hub perdagangan di zaman British dan masih lagi menjadi salah satu tarikan pelancong di Negeri Perak. 

13. Restoran Apong D'Hilir


Lepas solat Maghrib di kawasan River Cruise Teluk Intan, singgah makan malam di Restoran Apong D'Hilir sebab keunikannya terletak terapung di atas Sungai Perak. Tengok dekat dalam gambar pun dah boleh nampak paras air sungai dekat mana. 

Disebabkan belah petang tak sempat nak makan Laksa so dekat sini kitorang order Laksa dengan harga RM8. Berbaloi sebab mangkuk besar, kuah laksa pekat guna ikan yang segar, dimasak pedas sesuai dengan tekak Utagha. 

Masa makan dekat sini seram jugak lah bila air bergelora sampai batu pengikat dekat tepi restoran bergegar sakan. Nak makan pun cepat-cepat sebab takut dengar bunyi batu berlaga gara-gara air pasang. Restoran ni berkonsepkan food court  dan pembayaran secara tunai atau cashless. 

14. Balai Polis Lama

Tempat terakhir ialah Balai Polis Lama sebab kitorang park sebelah bangunan warisan ni. Boleh tengok dari luar je Balai Polis Lama ni sebab bangunan dah usang dan terbiar dipenuhi semak-samun dan pokok liar. Kitorang tengok 5 minit je sebab tak nak ada yang buat interaction dari bangunan tu. 

Dalam kata Teluk Intan tak ada apa tu, dari pagi sampai ke malam juga kitorang jalan-jalan dekat sini. Itu pun ada tempat terkenal tak sempat nak singgah macam Batu Tenggek, Pejabat Pos Teluk Intan dan HSBC Teluk Intan. Nampak je dari pandangan mata masa bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain sebab pekan Teluk Intan ni kecil saja. Kalau siapa yang tak pernah datang lagi boleh spend time dekat Teluk Intan. 

3 comments

  1. memang dlm plan nak gi jenjalan perak but.. x tau la bila

    ReplyDelete
  2. Kesimpulan ye...akak plan nak pi Ipoh jugak nanti..tapi nak masukkan teluk intan ni jugak..thanks Farhana sebab share entry ni...at least dh ada tempat masuk dalam wishlist

    ReplyDelete
  3. Wah.. banyak rupanya yang menarik di Teluk Intan.. Macam nak kena jelajah juga je..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.