Cast: Lee Na-young, Lee Jong-suk, Wi Ha-joon, Jung Yoo-jin, Kim Tae-woo, Kim Yoo-mi, Jo Han-chul, Kim Sun-young, Kang Ki-doong, Park Gyu-young, Choi Eun-kyeong
Production company: Story & Pictures Media
Distributors: tvN, Netflix
Genre: Romance / Comedy
Running Episodes: 16 episodes (45 minutes per episode)
Release Date: 26 January – 17 March 2019
Trailer:
Drama ciptaan Studio Dragon yang berlatarkan industri penerbitan buku membuka kisah percintaan antara penulis novel juga editor Gyeoroo Publishing, Cha Eun-Ho (Lee Jong-Suk) dan Kang Dan-i (Lee Na-Young) yang bagus dalam bahagian sales and marketing. Mereka berdua berkawan sejak sekolah rendah tapi cuma Eun-ho yang jatuh hati pada Dan-i sementara wanita tersebut menganggapnya sebagai adik.
Setelah gagal dalam perkahwinannya, Dan-i berusaha keras mendapatkan kerja namun tetap gagal walaupun dia mempunyai track record yang bagus. Semasa mengemas meja Eun-ho, dia ternampak job vacancies di Gyeoroo Publishing yang membuka tawaran pekerjaan tanpa mengira umur dan latar belakang akademi. Dan-i diterima bekerja sebagai pekerja kontrak di Task Support Department di mana dia perlu melakukan kerja-kerja ad-hoc di pejabat tersebut.
Eun-ho rasa simpati dengan tugas Dan-i sebab selalu terlibat dengan kerja-kerja berat. Tambahan pula bila Dan-i mempunyai pengalaman dan bakat dalam bahagian marketing tapi Dan-i tak pernah putus asa atau penat belajar di situ. Manager marketing, Seo Young-ah (Kim Sun-young) juga tak lokek berkongsi ilmu dengan Dan-i dalam setiap projek mereka.
Selain bekerja di satu syarikat yang sama dengan Eun-ho, Dan-i juga tinggal bersama dengan lelaki tersebut kerana tidak mampu menyewa rumah bila semua simpanannya habis. Kerana tinggal di kawasan tersebut, Dan-i berjumpa dengan pereka blurb yang kacak, Ji Seo-joon (Wi Ha-joon) dan mereka saling suka kerana minat yang mendalam pada buku.
Sebelum ni tak pernah suka dengan lakonan Lee Jong-suk tapi saja give it a try layan drama cinta tanpa fikir banyak. Nasib baik ada Wi Ha-joon jugak sebagai second lead jadi tak risau sangat lah dengan screentime Jong-suk. Seronok jugak lah tengok kisah cinta yang paparkan age gap di mana perempuan lebih berusia dari lelaki sebab bagi harapan yang kita pun boleh jumpa someone yang dependable and reliable.
Bila sembang pasal Studio Dragon, of course lah idea dan penulisan yang segar dan menarik. Sama juga dengan drama Romance is a Bonus Book arahan Lee Jeong-hyo yang berlatarkan syarikat penerbitan buku yang agak terkenal di Seoul. Banyak sangat ilmu tentang penerbitan diketengahkan dalam drama sebanyak 16 episod ni. Baru tahu kenapa kedai buku tak bagi orang baca buku di kedai sebab bila dah tak cantik dan rosak sebab suka lipat dan bergaris, buku tu dah hilang value. Bila dah tak cantik, tak ada yang nak beli.
'We can't keep storing book that doesn't sell. It costs money. This book was returned from a bookstore. People damaged it while reading it. More than a half books returned from bookstores are damaged, and the publishers have to deal with the losses.' - Cha Eun-ho
Tak sangka juga banyak position yang wujud dan diperkenalkan dalam industri buku macam pereka kulit buku. Kalau sebelum ni stuck dengan penulis, editor dan proofreader tapi dalam drama Romance is a Bonus Book ni ada juga pengurus marketing, staff yang buat research untuk penulis, event manager, pereka kulit buku dan sinopsis supaya pembaca tertarik dan ramai lagi. Syarikat Gyeoroo Publishing pun besar juga sebab ada lebih 20 orang pekerja dengan 5 orang Ketua Jabatan. Legal department je tak wujud walaupun ada beberapa konflik yang dipaparkan ada melibatkan kes undang-undang.
Cara props team design syarikat Gyeoroo Publishing pun kreatif dan menarik sebab sebelum ni kalau tengok syarikat penerbitan tempatan, lebih kurang sama je dengan pejabat yang lain. Dalam drama ni, sudah lah konsep moden, ada pula pantry yang kemas dan cantik, ada ruang pejabat yang mesra pekerja dan paling seronok sekali ada perpustakaan besar untuk rujukan semua pekerja.
Bila layan drama ni bukan layan sangat kisah cinta beberapa pasangan yang diwujudkan tapi lebih ketengahkan office drama. Bila tengok drama Romance is a Bonus Book baru tahu yang kerja Dan-i, Hae-rin (Jung Yoo-jin), Eun-ho dan yang lain tu seronok sangat. Nak buat research banyak sangat novel yang boleh dibaca sebagai rujukan. Mungkin dah boleh tukar kerja kot hshs
Kalau dekat awal drama banyak babak cinta dan kelakar, di bahagian hujung drama pula sarat dengan babak sedih. Sampai menangis dibuatnya sebab situasi yang tak dapat nak elakkan dan di luar kawalan sebagai pekerja. Boleh nampak lah penulis ni banyak buat research tentang dunia penerbitan buku sebab nampak real sangat dan menyentuh hati. Watak Dan-i bukan jenis damsel in distress walaupun nasib hidup memang tak menyebelahi dia tapi dekat hujung tu boleh nampak lah kenapa dia dapat ujian macam tu.
Happy bila tengok work environment Gyeoroo sebab semuanya supportive dan tak lokek ilmu walaupun cara Ms Goo (Kim Yoo-mi) tegas dan garang. Bila ada masalah,, sama-sama menolong. Masa dapat berita baik apatah lagi, masing-masing seronok dengan achievement semua staff. Tak hairan lah kenapa Gyeoroo Publishing boleh stabil walaupun tak semua buku yang dipilih untuk diterbitkan mendatangkan keuntungan. Bak kata Presiden Kim (Kim Tae-woo) ada buku yang bagi keuntungan besar untuk buka pintu rezeki kepada buku yang mungkin tak menarik untung tapi ada peminatnya tersendiri.
p/s: No wonder lah lakonan Lee Jong-suk menjadi betul dalam ni, dia bagitahu karakter IU sama dengan Dan-i hshshs
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.6/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
hari tu ada tengok tapi tengok separuh jalan, adakah ini tandanya kena habiskan tengok hihihi
ReplyDelete