Astro Memperkenalkan Mod Kids Profile & 2 Saluran Percuma Untuk Pelanggan

Sunday, 20 August 2023

Astro Memperkenalkan Mod Kids Profile & 2 Saluran Percuma Untuk Pelanggan | Saluran komplimentari #DemiNegaraku (Saluran 100) dan Ultraman (Saluran 400) bermula 20 Ogos

Astro menyambut Hari Kebangsaan 2023, Hari Malaysia dan cuti sekolah dengan menawarkan pelbagai kandungan menarik untuk semua pelanggan. Pelanggan boleh menikmati dua saluran komplimentari #DemiNegaraku (Saluran 100), tersedia untuk pelanggan Astro dan NJOI bermula 20 Ogos hingga 17 September dan Ultraman (Saluran 400) tersedia untuk semua pelanggan Astro bermula 20 Ogos hingga 30 September. Kedua-dua saluran ini boleh didapati menerusi TV, Astro GO dan On Demand.

#DemiNegaraku (Saluran 100) menawarkan kisah-kisah rakyat Malaysia dan hiburan yang penuh dengan inspirasi termasuk dokumentari, filem, rancangan kanak-kanak dan kandungan baharu yang diinspirasikan oleh hero-hero sukan negara menerusi bola jaring, sepak takraw, memanah, lumba pecut, breaking dan basikal trek. Antara kandungan lain termasuk Dendam Hantu Latah 2: Roh YB Lama; program permainan Family Feud Edisi Khas Merdeka (Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Tamil); serta dokumentari seperti The Guardian dan Kembara Chef Wan Laluan Sutera.

Sementara itu, Ultraman (Saluran 400) menawarkan siri-siri dan filem-filem terbaik yang diadaptasi daripada hero popular ini termasuk Ultraman Blazar, Ultraman Decker, Ultraman Decker Finale: Journey to Beyond, Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad dan banyak lagi. Ultraman (Saluran 400) turut tersedia untuk pelanggan TV sooka dan Pek Kids NJOI.

Kempen Astro #DemiNegaraku dan Home of Kids dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil pada hari ini. 

Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil berkata, “Media terus memainkan peranan yang penting dalam dunia digital kini kerana sumbangannya amat besar terhadap pembangunan negara. Sebagai penyiar media, peranan Astro berterusan dalam mencorak naratif dan memupuk nilai-nilai perpaduan di kalangan anak muda dengan memaparkan personaliti-personaliti sukan dan hiburan. Saya gembira melihat komitmen Astro dalam memastikan anak-anak kecil selamat daripada kandungan yang memudaratkan dengan pelancaran Kids Friendly Profile. Golongan muda dan anak-anak kecil kita merupakan pemimpin masa depan kita dan nilai-nilai yang betul harus dipupuk serta dilindungi daripada kandungan yang tidak sesuai.”

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith berkata, “Ogos memfokuskan semangat nasionalisme dan Astro, antara jenama tempatan menyeru semua rakyat Malaysia untuk meraikan wira, wirawati sukan serta generasi pemimpin masa depan kita. Sebagai Home of Sports, kita diinspirasikan oleh semangat

#DemiNegaraku di kalangan atlet-atlet muda kita dan kami menyeru semua untuk menonton kisah-kisah mereka -- Lego Sam (pemenang pingat emas Sukan SEA 2023, acara breaking), Pavitrah (pemain muda terbaik sooka Liga Super Bola Jaring 2022), Mohd Rizzua Haizad (pelari berpagar Malaysia) dan Syaqiera Mashayikh (pemanah Malaysia peringkat kelayakan Sukan Olimpik 2022).

Kids & Learning, Pemacu Utama On Demand Dengan 1.3 Bilion Minit Tontonan

Selain daripada sukan, Astro ingin membuka minda generasi pemimpin seterusnya dengan menawarkan kandungan berkualiti tinggi yang bernaung di bawah Home of Kids. Seronok dan menarik perhatian golongan kecil, Kids & Learning terus memacu tontonan On Demand kami dengan 1.3 bilion minit tontonan pada set top box, 32 juta minit tontonan di Astro GO dan lebih 100 juta rancangan distrim, ditunjangi seleksi IP tempatan dan antarabangsa termasuk Didi & Friends, Upin & Ipin, New Doraemon dan Cocomelon.

Pengalaman Hiburan Lebih Selamat Dengan Ciri Kids Friendly Profile

Sambung Euan, “Sebagai Home of Kids, Astro komited dalam menarik ramai kanak-kanak Malaysia dengan tajuk-tajuk tempatan untuk dinikmati yang memaparkan bakat-bakat tempatan popular dan kisah-kisah relevan. Kandungan kanak-kanak disegar semula demi memupuk si kecil untuk berimaginasi dan bercita-cita tinggi menerusi kombinasi hits tempatan dan antarabangsa yang berunsurkan pendidikan yang menyeronokkan. Sebagai penyiar yang bertanggungjawab, kami sedar bahawa kami perlu menyediakan persekitaran tontonan yang selamat dengan ciri Kids Friendly Profile. 

Kids Friendly Profile memberikan ruang yang selamat dan menyeronokkan untuk anak-anak menerokai serta menikmati rancangan kegemaran mereka, dalam masa yang sama memberi ibu bapa ketenangan minda. Ciri ini tersedia di Astro Ultra dan Ulti Box, Astro GO dan aplikasi Multiroom Smart TV; serta Kids Friendly Profile hanya boleh mengakses rancangan yang bersesuaian dengan kanak-kanak. Ini termasuk kandungan eksklusif On Demand, saluran-saluran linear, rakaman rancangan dan hasil pencarian.”

Untuk keselamatan, kanak-kanak tidak boleh menukar ke profil dewasa kerana ia dilindungi PIN keselamatan empat digit yang hanya ibu bapa sahaja boleh menetap atau mengubah. Kids Friendly Profile membawakan pengalaman tanpa kerisauan untuk ibu bapa kerana mereka boleh mengawal apa yang diakses oleh anak-anak mereka. Kanak-kanak akan menikmati keseronokan yang hebat menerusi kandungan yang direka untuk mereka termasuk 10 saluran yang didedikasi khas dan seleksi On Demand sebanyak 16,000 kandungan yang menyeluruh untuk dinikmati pada bila-bila masa.

Banyak Lagi Kandungan Kanak-Kanak Baharu Di Saluran Ceria Dan Tutor TV

Astro sememangnya Home of Kids dengan seleksi kandungan mesra keluarga termasuk rancangan realiti baharu The Chosen One (Penaja Bersama, Susu UHT MARIGOLD), siri animasi superhero Super Nabil dan permainan dalam talian Roblox, Kidaverse Roblox Rumble Malaysia untuk pelajar sekolah serta Didi & Friends Kembara Muzikal untuk kanak-kanak pra-sekolah di Astro Ceria (Saluran 611). Mereka turut boleh menikmati rancangan pendidikan yang seronok seperti ScienceXplosion dan Mythbusters Jr menerusi Tutor TV (Saluran 603) yang telah disegar semula.

Selain daripada itu, keluarga yang mempunyai Pek Kids boleh menonton rancangan-rancangan animasi popular seperti Kamp Koral di Nickelodeon (Saluran 616), Cocomelon di Moonbug (Saluran 618), We Baby Bears di Cartoon Network (Saluran 615), Kung Fu Panda di DreamWorks (Saluran 612) dan Bluey di CBeebies (Saluran 620). Si kecil turut boleh menonton pelbagai siri tempatan termasuk Super Wira yang diilhamkan oleh kisah budaya rakyat yakni Hikayat, animasi mengenai dunia yang diperbuat daripada makanan, Makania, siri pengembaraan, The Cadets dan banyak lagi.

Banyak Lagi Kandungan Akan Datang Ke sooka

Bermula 26 Ogos 2023, sooka akan mengembangkan tawaran pelan TV dengan seleksi kandungan kanak-kanak popular seperti Didi & Friends, Omar & Hana, Hello Pinkfong dan banyak lagi. Ini merupakan satu penambahan selain daripada saluran TAYO+ FAST yang menyiarkan siri 'Tayo The Little Bus' dan ‘Pororo’ yang merupakan percuma untuk semua pengguna.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen #DemiNegaraku, sila layari www.astro.com.my/DemiNegaraku.

Untuk Kids Friendly Profile, klik sini .

1 comment

  1. Pergh!! Dua saluran baru yang mengancam.. Lama tak layan cerita Ultraman..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.