ASTRO DAPATKAN PERINTAH MAHKAMAH TERHADAP PREMIS-PREMIS MAKANAN YANG DIDAPATI STRIM KANDUNGANNYA SECARA HARAM

Tuesday, 15 August 2023

Astro telah membuat tuntutan sivil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap dua premis makanan setelah mendapatkan bukti bahawa mereka telah strim dan menunjukkan kandungan Astro yang dicetak rompak kepada para pelanggannya di premis mereka: Restoran Jamal Mohamed & Sheriff di Petaling Jaya serta pemiliknya dan SDP Bistro di Taman Molek, Johor Bahru serta pemiliknya.

Astro seterusnya mendapatkan deklarasi daripada Mahkamah Tinggi bahawa tindakan pemilik-pemilik premis menayangkan dan menunjukkan kandungan Astro yang berhak cipta kepada khalayak ramai di kawasan premis mereka tanpa kebenaran atau lesen daripada Astro merupakan tindakan pelanggaran hak cipta menurut Seksyen 36 Akta Hak Cipta 1987.

Kedua-dua premis serta pemilik-pemilik mereka mengaku melakukan kesalahan tersebut dan telah berhenti daripada melanggar kandungan Astro yang berhak cipta. Restoran Jamal Mohamed & Sheriff turut komited untuk melanggan Astro secara sah.

Tuntutan sivil Astro terhadap premis-premis makanan ini adalah berdasarkan duluan yang dilakukan iaitu perintah Mahkamah Tinggi yang didapatkannya dengan Liga Perdana pada November 2022 yang jelas menunjukkan bahawa ia adalah haram untuk premis komersial menayangkan kandungan daripada sumber yang tidak sah termasuk siaran Astro tanpa lesen komersial yang sepatutnya kepada khalayak ramai.

Dalam kes yang berbeza, pengarah-pengarah Robataya Sdn. Bhd. yakni pemilik Scotsman Yakatori Bar di Petaling Jaya telah memohon maaf secara terbuka kerana menyiarkan kandungan Astro tanpa kebenaran setelah diberikan surat perintah henti. Robataya Sdn. Bhd. memasuki perjanjian penyelesaian bersama Astro setelah mengaku bersalah dan melanggan Astro secara sah.

Menurut Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong: “Kami menerima hasil-hasil yang positif daripada tuntutan mahkamah terhadap syarikat-syarikat komersial yang telah strim dan menayangkan kandungan tanpa kebenaran secara haram kepada para pelanggan mereka. Kami ingin menunjukkan kesungguhan kami dengan mesej yang kuat ini bahawa tindakan keras akan diambil terhadap sesiapa yang didapati bersalah. Cetak rompak memberi impak terhadap kemampuan kami dalam memberi khidmat kepada para peminat kandungan kami serta mengurangkan keupayaan kami untuk melabur dalam sukan premium untuk rakyat Malaysia.”

“Cetak rompak memberi impak terhadap seluruh industri kandungan dan menjejaskan ekonomi Malaysia. Kami akan terus melindungi perniagaan Astro dan ribuan pelanggan sah kami daripada mereka yang membuat keuntungan menerusi cetak rompak. Kami komited untuk berkerja secara rapat dengan pihak berkuasa, ahli-ahli industri serta pihak berkepentingan dalam memerangi kecurian ini,” sambung Tai.

Kejayaan tuntutan-tuntutan mahkamah ini terhadap syarikat-syarikat komersial tersebut mengikut jejak langkah kes-kes terdahulu di mana mahkamah-mahkamah menjatuhkan denda terhadap individu-individu yang didapati bersalah pelanggaran hak cipta dengan menjual kotak TV yang menawarkan akses tanpa kebenaran ke kandungan Astro.

2 comments

  1. kesian astro, tak boleh cari makan la kalau ada yg stream illegal camtu.

    ReplyDelete
  2. Demi melindungi hak mereka yang sepatutnya..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.