Bersempena dengan bulan kemerdekaan, Astro Warna bawakan  satu lagi program komedi variasi terbaharu yang mencabar barisan selebriti senior wanita iaitu Norlia  Ghani, Engku Faridah, Rosnah Mat Aris, Didie Alias dan Noorkhiriah mengharungi pelbagai pekerjaan  rakyat Malaysia dalam ‘Aunty Reporting for Duty’. Program ini turut memaparkan pelbagai reaksi spontan dan mencuit hati apabila ‘aunty aunty’ ini terpaksa melakukan pekerjaan yang tidak pernah  terlintas dikepala mereka.


Menerusi sembilan episod, barisan ‘Aunties’ yang berusia antara 74 tahun – 46 tahun ini diberi tugas untuk mencabar diri mereka dalam pelbagai pekerjaan yang menguji fizikal, mental dan emosi  termasuk sebagai nelayan, pramugari, renjer hutan, atlet, mekanik serta bidang-bidang yang  memerlukan kepekaan dan teknik yang betul seperti paramedik. Pelbagai reaksi dan aksi lucu bakal  disaksikan penonton apabila realiti dan karakter sebenar setiap barisan selebriti senior ini yang tidak  pernah diketahui oleh khayalak ramai, terkeluar semuanya dalam ‘Aunty Reporting For Duty’.

Pengurus Saluran Astro Warna, Idlan Zahari berkata, “Jika sebelum ini penonton hanya melihat  lakonan mereka dalam drama-drama, telefilem dan sebagainya, tetapi kini dalam ‘Aunty Reporting  For Duty’, kita bakal menyaksikan realiti karakter dan perangai sebenar mereka diluar set  pengambaran. 


Karakter barisan selebriti yang kita tampilkan dalam program ini, pastinya sangat ‘relatable’ dan dekat  dengan penonton, dan cuba anda bayangkan jika ibu, makcik atau nenek kita dalam situasi itu? Anda tidak akan kering gusi menyaksikan kerenah lima ‘Aunties’ ini melakukan pekerjaan luar dari  keselesaan mereka yang belum pernah dipaparkan di mana-mana platform. Program ini juga telah membuktikan bahawa usia dan jantina bukanlah penghalang untuk mempelajari sesuatu yang baharu, 
yang luar dari keselesaan kita”.


Aunty Reporting For Duty’ akan ditayangkan pada setiap hari khamis, bermula 31 Ogos 2023, jam  9.00 malam secara eksklusif di saluran Astro Warna (107). Rancangan ini turut boleh distrim  menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Alami  pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Untuk melanggan Pek  Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.


WONDA Kopi Tarik dan Astro Radio melancarkan stesen radio paling original di Malaysia, OR1 FM dengan WONDA Kopi Tarik, sempena Hari Kebangsaan

• Dianugerahkan Malaysia Book of Records untuk ‘Most Radio Stations to Broadcast The Same Feed Simultaneously’

• 17 stesen radio dalam 4 bahasa

• Siaran kandungan sama secara serentak untuk 18 jam, buat pertama kali

• Menangi sebahagian wang tunai RM30,000 dengan peraduan-peraduan di SYOK Live

Kenny Ong, CEO, Astro Radio and Director, Astro Media Solutions; Priya Dharshini, Head of Content, Astro Radio; Amy Gan, Vice President of Marketing, Etika; Jwan Heah, Chief Marketing Officer, Malaysia Book of Records; alongside Astro Radio announcers at the launch of OR1 FM with Wonda Kopi Tarik.

Sempena Hari Kebangsaan Malaysia, para pendengar boleh menikmati OR1 FM dengan Wonda Kopi Tarik, Selera Original Malaysia, yang dipersembahkan oleh Astro Radio dan Etika. Untuk pertama kali, OR1 FM dengan Wonda Kopi Tarik akan menggabungkan 17 stesen radio dari 4 bahasa – Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil – untuk mencipta pengalaman radio paling original, dari 6 pagi, 30 Ogos hingga 31 Ogos 2023, di udara dan di aplikasi SYOK. Hari ini, OR1 FM dengan Wonda Kopi Tarik menerima anugerah daripada Malaysia Book of Records untuk ‘Most Radio Stations To broadcast The Same Feed Simultaneously’, yang diserahkan kepada Astro Radio dan Etika.

Di OR1 FM dengan Wonda Kopi Tarik, para pendengar boleh menikmati susunan lagu-lagu kegemaran rakyat Malaysia, peluang menang wang tunai serta berhibur dengan perbincangan menarik dalam pelbagai bahasa yang mempamerkan keaslian dan keunikan Malaysia.

Semasa acara ini, pendengar boleh menikmati siaran unik dalam pelbagai bahasa yang mengetengahkan kepelbagaian budaya serta menunjukkan keaslian Malaysia, sama seperti Wonda Kopi Tarik, Selera Original Malaysia. Pendengar juga boleh mendapatkan kemas kini berbentuk gambar dan video dari OR1 FM dengan Wonda Kopi Tarik menerusi laman media sosial di kesemua jenama radio dan melihat lebih daripada 60 personaliti-personaliti radio kegemaran mereka menggayakan pakaian tradisional yang pelbagai. Sebagai tambahan, pendengar juga berpeluang membawa pulang sebahagian wang tunai bernilai RM30,000 melalui peraduan-peraduan di aplikasi SYOK, dalam tempoh siaran. Untuk sertai, ikuti langkah mudah berikut:

• Pertama, buka aplikasi SYOK atau layari bm.syok.my

• Peserta perlu daftar masuk atau daftar akuan untuk menyertai peraduan

• Klik di pautan ‘Video’, sertai peraduan dan jawab soalan-soalan dengan betul

Amy Gan, Vice President of Marketing, Etika, explains the highlights of Wonda Kopi Tarik, the Original Malaysian Taste.

Naib Presiden Pemasaran Etika, Amy Gan berkata, “Untuk kami di Wonda, tiada apa yang lebih melambangkan Keaslian Malaysia, selain daripada kepelbagaian warisan budaya, kaum dan bahasa kita. Di kesempatan sambutan Merdeka, kami berbesar hati bekerjasama dengan Astro Radio untuk membawakan anda OR1 FM dengan Wonda Original Kopi Tarik, program pertama seumpamanya yang ke udara secara serentak selama sehari, di 17 stesen radio dalam 4 bahasa. Kami telah mengumpulkan gabungan kandungan menarik yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi menyerlah dan meraikan Keaslian Malaysia serta pelbagai hadiah untuk dimenangi!”

Tambah Amy, “Ini adalah cara kami untuk menunjukkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kerana menjadikan kami Kopi Tarik di dalam tin yang paling digemari di negara ini.”

Kenny Ong, CEO, Astro Radio and Director, Astro Media Solutions, shares insights on OR1 FM with Wonda Kopi Tarik.

Kenny Ong, Ketua Pegawai Eksekutif, Radio Astro dan Pengarah, Astro Media Solutions, berkata, “Muzik melangkaui semua kaum dan bahasa; mencerminkan kekayaan budaya yang pelbagai di Malaysia. Melalui perkongsian strategik Astro Radio-Etika, pendengar radio di Malaysia bersatu pada Hari Kebangsaan ini di OR1 FM dengan Wonda Original Kopi Tarik di 17 stesen dan 4 bahasa kami, berkongsi perbualan dan muzik yang unik. Ini adalah kali pertama, kami mencuba sesuatu yang begitu berani dan mengubah kebiasaan, serta kami juga menerima banyak pujian dan maklum balas positif daripada semua pihak berkepentingan untuk gabungan hiburan unik yang memberikan pengalaman berharga untuk 16.3 juta pendengar mingguan kami, tentang makna sebenar sebagai rakyat Malaysia.”

(Left-right): Jwan Head, Chief Marketing Officer, Malaysia Book of Records; Amy Gan, Vice President of Marketing, Etika; and Kenny Ong, CEO, Astro Radio and Director, Astro Media Solutions; at the award presentation ceremony.

Untuk maklumat lanjut ikuti Astro Radio di kesemua platform media sosial.

************************************

About WONDA

Made with premium quality Arabica coffee beans that serve up a ‘just brewed’ taste, WONDA Premium Coffee delivers the perfect touch of delicious freshness that will awaken your senses. Introduced in Malaysia by Etika Sdn Bhd, WONDA Coffee is a leading brand in the Land of the Rising Sun. The premium ready-to-drink (RTD) coffee offers the smooth taste of freshly brewed coffee in nine unique variants: Original and Mocha, which contain more than 50% premium Arabica coffee beans; Latte, which is made from a French vanilla flavoured creamy concoction; Kopi Tarik, which offers a truly creamy local taste, Extra Presso, which delivers a stronger coffee taste; Milk Coffee and Mochaccino, which contain 100% premium Arabica coffee beans and offer milkier, smoother and chocolatey experiences; Zero Max Original and Latte which offer rich and full-bodied coffee taste without added sugar; Extra Shot Black & Milk Coffee which gives you the additional coffee doze of in a single can of coffee. WONDA Coffee also offers their WONDA 3-in-1 Premium Coffee that is made with Arabica blend and fine blend which delivers a great coffee experience in three variants: Kopi Tarik, which is full-bodied and has a creamier texture just like the local favourite; Original, carries the classic and authentic coffee taste with the perfect balance between coffee and milk.

About ETIKA

One of Malaysia's leading drink distributors, Etika Sdn Bhd is the official bottler for PepsiCo in Malaysia. Etika Sdn Bhd markets and distributes some of PepsiCo's global brands such as Pepsi, Tropicana, Mountain Dew, Revive Isotonic, Mirinda, 7UP, Lipton Ice Tea, MUG, Gatorade, Sting and Evervess, as well as Kickapoo (a Monarch trademark) and its own range of products which include WONDA Coffee, Goodday Milk, Calpis, Dairy Champ, Hijrah, Chill Asian Drinks and Bleu.

About Astro Malaysia Holdings Bhd

Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) is Malaysia’s leading content and entertainment company, serving 5.5 million homes or 69% of Malaysian TV households, 8,600 enterprises, 18 million weekly listeners across FM radio and online, 7.8 million digital monthly unique visitors and 3.3 million shoppers across its TV, radio, digital and commerce platforms. We serve Malaysians with 3 distinct services – Astro Pay-TV, NJOI Prepaid and sooka, our own OTT for the millennials; and Astro Fibre, our own broadband service, offers greater value with its content-broadband bundles.


WONDA Kopi Tarik dan Astro Radio melancarkan stesen radio paling original di Malaysia, OR1 FM dengan Wonda Kopi Tarik, sempena Hari Kebangsaan

• 17 stesen radio dalam 4 bahasa

• Siaran kandungan sama secara serentak untuk 18 jam, buat pertama kali

• Menangi sebahagian wang tunai RM30,000 dengan peraduan-peraduan di SYOK Live

Untuk pertama kali, OR1 FM dengan Wonda Kopi Tarik akan menggabungkan 17 stesen radio dari 4 bahasa – Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil – untuk mencipta pengalaman radio paling original, dari 6 pagi, 30 Ogos hingga 31 Ogos 2023, di udara dan di aplikasi SYOK. 

Di OR1 FM dengan Wonda Kopi Tarik, para pendengar boleh menikmati susunan lagu-lagu kegemaran rakyat Malaysia, peluang menang wang tunai serta berhibur dengan perbincangan menarik dalam pelbagai bahasa yang mempamerkan keaslian dan keunikan Malaysia. 

Semasa acara ini, pendengar boleh menikmati siaran unik dalam pelbagai bahasa yang mengetengahkan kepelbagaian budaya serta menunjukkan keaslian Malaysia, sama seperti Wonda Kopi Tarik, Selera Original Malaysia. Pendengar juga boleh mendapatkan kemas kini berbentuk gambar dan video dari OR1 FM dengan Wonda Kopi Tarik menerusi laman media sosial di kesemua jenama radio dan melihat lebih daripada 60 personaliti-personaliti radio kegemaran mereka menggayakan pakaian tradisional yang pelbagai. Sebagai tambahan, pendengar juga berpeluang membawa pulang sebahagian wang tunai bernilai RM30,000 melalui peraduan-peraduan di aplikasi SYOK, dalam tempoh siaran. Untuk sertai, ikuti langkah mudah berikut:

  • Pertama, buka aplikasi SYOK atau layari bm.syok.my
  • Peserta perlu daftar masuk atau daftar akuan untuk menyertai peraduan
  • Klik di pautan ‘Video’, sertai peraduan dan jawab soalan-soalan dengan betul

Para pendengar boleh mencadangkan lagu-lagu kegemaran pilihan rakyat Malaysia dari kesemua bahasa untuk dimainkan di OR1 FM dengan Wonda Kopi Tarik, sehingga 29 Ogos 2023. Cadangan boleh dihantarkan menerusi kesemua 17 stesen radio di Instagram. Untuk maklumat lanjut, ikuti Astro Radio di kesemua platform media sosial.

Astro memperkenalkan saluran Astro First baharu (Saluran 480) yang akan menjadi destinasi kegemaran seterusnya bagi para peminat filem untuk menstrim semua filem blokbuster yang hebat di Astro. Para penonton kini boleh strim filem yang disewa menerusi saluran ini sebanyak yang mungkin dalam masa 48 jam untuk RM15 mulai 23 Ogos 2023.

Sebahagian daripada inisiatif ini, kesemua filem-filem blokbuster antarabangsa di Astro Best akan dimainkan menerusi saluran baharu ini bersama-sama dengan filem-filem blokbuster tempatan yang hebat, menawarkan variasi filem daripada pelbagai genre dan bahasa dalam satu saluran sahaja.

Penggemar filem kini boleh teruja untuk mengisi masa lapang mereka dengan menonton filem-filem berkualiti tinggi yang bakal ditayangkan di saluran 480 termasuk filem aksi hebat, Transformers: Rise of the Beasts, kisah pertempuran antara robot untuk menyelamatkan dunia pada 23 Ogos; musim terbaharu saga Spider-Verse oleh Miles Morales yang memenangi Oscar, Spider-Man: Across the Spider-Verse pada 28 Ogos serta filem superwira The Flash 2 yang mengisahkan kejadian apabila Barry menggunakan kuasanya untuk mengembara ke masa lalu untuk mengubah peristiwa lampau pada 2 September.

Para peminat hiburan daripada Korea turut boleh menantikan filem penuh aksi mengenai seorang peninju yang menemui seorang lelaki misteri ketika ingin mencari bapanya dalam The Childe pada 31 Ogos dan The Roundup: No Way Out, filem berkonsepkan jenayah-aksi mengenai kes dadah dengan organisasi di Jepun yang dibintangi Ma Dong Seok, Lee Jun Hyuk dan Munetaka Aoki pada 14 September. Nantikan juga filem komedi aksi Kadavuluku Oru Kaditham iaitu sebuah filem di bawah dana kandungan Digital (DKD) agihan Finas dengan kerjasama Astro mengenai kehidupan seorang anak yatim piatu yang diburu oleh sekumpulan samseng pada 1 September ini.

Bukan itu sahaja, para pelanggan juga turut dapat menikmati kombo istimewa untuk menonton dua filem yang menampilkan pelakon terkenal Zizan Razak yang membawa sisi berbeza iaitu Polis Evo 3 dan Merewang Keluarga Pak Awang apabila mereka menyewa kombo Macam-Macam Zizan yang ditayangkan pada 24 Ogos dengan harga istimewa RM25.

Kesemua filem blokbuster tempatan dan antarabangsa ini boleh disewa oleh semua pelanggan Astro mulai 23 Ogos 2023 di Astro First baharu (Saluran 480) serta menerusi On Demand di Astro Box dan Astro GO. Bagi para pelanggan NJOI, mereka boleh membeli semua judul antarabangsa ini dengan memuat turun aplikasi NJOI menerusi Google Play Store, Apple App Store atau aplikasi Huawei Gallery, atau Whatsapp/SMS Astro untuk mendapatkan saluran Astro First baharu (Saluran 480). Pembelian turut boleh dibuat daripada penjual NJOI terdekat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://content.astro.com.my/astro-first atau https://www.njoi/com.my/ (NJOI) untuk sebarang maklum balas.

Movie Review | Jemputan Ke Neraka (2023)

Sunday, 27 August 2023


Pengarah: Amor Rizan
Penulis Skrip: Amor Rizan
Pelakon: Janna Nick, Sharifah Sakinah, Hafreez Adam, Hariz Hamdan, Nik Syaf, Jasper Supayah, Wafariena Roslan, Alif Hadi, Aleza Shadan
Syarikat Produksi: AN Universal Sdn. Bhd.
Pengedar: N/A
Genre: Thriller / Misteri
Durasi Tayangan: 106 minit
Tarikh Tayangan: 22 Jun 2023
Trailer :


Filem Jemputan Ke Neraka mengisahkan tentang Ivy (Janna Nick) iaitu seorang kurator balai seni mendapat kad jemputan ke majlis perkahwinan Lisa Henderson (Jasper Supayah), rakan sekelasnya semasa di universiti. 

Teruja untuk ke majlis tersebut, Ivy memujuk tunangnya, Norman (Hafreez Adam) untuk menemaninya walaupun lokasi agak terpencil hingga makan masa selama 3 jam untuk ke sana. Setibanya di sana, Ivy bertemu Rania (Sharifah Sakinah), Sofea (Amy Nur Tinie) dan Adam (Nick Syaf) sedang asyik bergambar. Norman mengelak untuk berjumpa lantas mencari kelibat sesiapa di majlis tersebut kerana anehnya majlis perkahwinan Lisa kosong walaupun semuanya sudah tersedia.


Norman syak majlis perkahwinan Lisa mungkin batal last minute namun ditegah oleh Ivy. Kalau batal sekalipun kenapa kosong tak ada orang? Mereka semua terkejut dengan suara nyaring Fiq (Hariz Hamdan) yang mengajak mereka semua makan di dalam rumah. Ivy pelik kenapa majlis kosong tapi makanan tersedia untuk mereka di meja. 

Sementara yang lain makan, Ivy naik ke tingkat atas untuk mencari sesiapa namun terjumpa mayat Lisa dalam persalinan gaun putih ditemui tergantung dalam keadaan ngeri. Rania, Adam dan Sofea terkejut bila melihat gambar Salina (Wafariena Roslan) di atas meja solek. Masa semua bergegas keluar dari rumah tersebut, Sofea jatuh dari tingkat atas. Fiq cuba hidupkan kereta namun gagal lantas mereka semua terperangkap bersama pembunuh misteri. 


Naskhah sulung terbitan AN Universal Sdn. Bhd. milik Anne Ngasri dan Darling Ngasri mempunyai idea yang menarik bertemakan balas dendam. Bila nampak gambar Salina atas meja solek pun dah boleh agak yang mereka semua terlibat dalam kes buli kecuali Ivy dan Fiq. Dari awal rasa kasihan dengan watak dua orang ni sebab terpaksa terima natijah pasangan sendiri walhal tak tahu-menahu pun tentang rahsia hitam tu. 

Lakonan Janna Nick sebagai Ivy yang tertekan dan runsing dengan identiti dan personaliti tunangnya tampak cemerlang setiap kali muncul babak tegang antara Ivy dan Norman. Geram sangat bila Norman sengaja menipu sejak dia nampak berita pembunuhan Amar (Alif Hadi). Chemistry Hafreez dengan Janna pun nampak natural. My fav scene bila Ivy merajuk Norman merungut pasal wedding Lisa. 


Malangnya penulis tak kembangkan watak Rania dengan bagus sedangkan dia mainkan peranan penting dalam kisah silam tersebut. Kebanyakan masanya dia sakit hati dengan hubungan Ivy dan Norman kemudian merokok. Watak Adam pula marah sepanjang masa akibat cemburu. 

Naskhah Jemputan Ke Neraka boleh jadi lebih menarik kalau penulisan dia dikembangkan lagi sebab ada beberapa babak yang tampak dangkal. Tak ada pun mana-mana watak yang cuba telefon taliaan kecemasan. Kenapa nak start enjin kereta pergi minta bantuan kalau talian kecemasan sentiasa wujud 24 jam tanpa perlunya rangkaian telco? Kalau penulis tambahkan elemen saspen dengan bagi ruang untuk pembunuh (Aleeza Shadan) mungkin lagi seronok untuk ditonton. 


Lepas Amar dibunuh tu macam kelakar juga sebab tak ada detektif yang menyiasat kes sampai pembunuh sendiri kena datang serah diri. Boleh je kalau buat plot twist yang Fiq tu undercover. Props dengan makeup pun ala kadar sebab warna darah cair, kepala Sofea tak berdarah pun lepas jatuh dari tingkat 3 tapi darah dekat mangsa lain kemain banyak stok. IC Amar pun tak nampak real. Patutnya tak payah letak pun IC Amar tu, cukup sebut nama penuh dia memandangkan watak dia cuma extra.
 
Masa Rania bercerita dengan Ivy pasal Salina kena buli di sekolah dulu kedengaran cringe sebab dia guna bahasa baku. Macam baca teks padahal bila ada interval, masuk ke latar masa sekarang, elok pula Rania dengan Ivy menyembang macam biasa. Sayanglah cerita boleh pergi jauh tapi terbatas. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 6/10

Movie Review | Neeyat (2023)


Director: Anu Menon
Writers: Anu Menon, Girvani Dhyani, Advaita Kala, Priya Venkataraman
Cast: Vidya Balan, Ram Kapoor, Rahul Bose, Dipannita Sharma, Shashank Arora, Shahana Goswami, Neeraj Kabi, Amrita Puri, Danesh Razvi
Production Companies: Abundantia Entertainment, Amazon Studios
Distributor: Pen Marudhar Entertainment, Amazon Prime Videos
Genre: Mystery 
Running Time: 130 minutes
Release Date: 7 July 2023
Trailer :


Naskhah whodunnit thriller arahan Anu Menon berlatarkan Ribut Irene yang terjadi di Scotland. Dalam sebuah istana lama berusia 500 tahun bernama Highgrave Castle, AK (Ram Kapoor) mengadakan majlis hari jadi bersama tetamunya, kawan baik AK, Sanjay Suri (Neeraj Kabi) bersama isterinya, Noor Suri (Dipannita Sharma), adik ipar AK iaitu Jimmy (Rahul Bose), spiritual healer juga tarot card reader, Zara (Niki Walia), kekasih AK, Lisa (Shahana Goswami), anak tunggal AK, Ryan (Shashank Arora) dan anak saudaranya, Sasha (Ishika Mehra). Turut bersama dalam majlis tersebut ialah Tanveer (Danesh Razvi), pembantu peribadi AK, Kay (Amrita Puri) dan kekasih Ryan iaitu Gigi (Prajakta Koli). 


AK juga buat kejutan kepada semua dengan menjemput Mira Rao (Vidya Balan), seorang pegawai CBI kerana dia bercadang untuk serah diri gara-gara fitnah yang ditaburkan oleh pihak media. Sepatutnya Mira datang bersama dua orang lagi pegawai polis Scotland tapi mereka terpaksa tangguhkan perjalanan akibat ribut. 

Semua tetamu yang hadir pada malam tersebut merupakan orang yang sentiasa ada dengan AK susah dan senang walaupun hakikatnya, masing-masing bergantung dari segi kewangan dengan AK dan mempunyai agenda tersendiri. Beberapa cubaan untuk membunuh AK terjadi semasa parti tersebut sehinggalah AK jatuh dari tebing setinggi 60 kaki. Mira Rao menggunakan kemahirannya untuk mencari pembunuh AK. 


Permulaan filem menggunakan konsep pengenalan watak sama seperti filem Knives Out which is somewhat mehhhh. Dah lah guna template whodunnit, cara penceritaan pun nak guna olahan yang sama. Watak pun seakan sama dengan Knives Out padahal boleh sangat ubah ikut idea sendiri sebab second half dah nampak Neeyat keluar dari kepompong Knives Out. 

Makin seronok tengok sebab banyak plot twist yang tak dijangka walaupun idea tu dicedok dari filem-filem lain untuk mewujudkan unsur komedi. Lepas Mira dah dedahkan siapa pembunuh sebenar pun masih ada beberapa kejutan juga, berlarutan hingga ke credit scene. Mungkin ada spin-off untuk watak Mira Rao. 


Walaupun I suka dengan lakonan Vidya Balan tapi dia nampak macam lost dalam filem ni. Reaksi dia terperangkap dalam konflik drama hidup AK. Susah nak beza dia dapat crack the code ataupun dia sebenarnya tengah cuak. Surprisingly, Danesh Razvi mencuri peluang untuk menyerlah sebagai event manager untuk majlis hari jadi tersebut. 

Sembang pasal penulisan, terlampau banyak persoalan yang muncul dalam satu masa. Ada ramai penulis untuk satu naskhah pun belum tentu boleh menjanjikan alur cerita yang logik. Mungkin boleh ditutup dengan dadah milik Ryan ataupun alkohol yang kuat, tapi untuk yang waras macam kita ni, it just too much. 


Neeyat boleh jadi naskhah misteri yang menghiburkan tapi tersekat peluang tersebut kerana penulisan yang lemah. Hampir kesemua pelakon terbatas dalam watak yang tak dikembangkan hingga mereka semua nampak dangkal di sisi AK dan Mira. Dialog pun biasa tanpa ada keunikan langsung sedangkan ada potensi untuk wujudkan elemen komedi atau ketegangan pada beberapa babak. Elemen saspen dan misteri tak kuat langsung untuk buat kita rasa berdebar. Semua watak macam tak takut langsung stay dalam satu bangunan yang sama dengan pembunuh. 

Anyway, sinematografi dari Andreas Neo paparkan kecantikan bangunan istana lama baik panorama tebing laut mahupun interior design di bahagian dalamnya. Suka sangat tengok chandelier kayu di ruang tamu tempat mereka semua berkumpul. Music score hasil gubahan Mickey McCleary juga layak dipuji. 


Overall, filem Neeyat seronok dilayan secara santai bersama keluarga. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.3 = 5.8/10

Movie Review | Sri Asih (2022)


Pengarah: Upi
Penulis Skrip: Upi, Joko Anwar
Pelakon: Pevita Pearce, Reza Rahadian, Christine Hakim, Jefri Nichol, Dimas Anggara, Surya Saputra
Syarikat Produksi: Screenplay Bumilangit, SK Global, Legacy Pictures, DMMX Media, Adhya Group
Pengedar: Screenplay Films, Disney+ Hotstar
Genre: Sci-fi / Aksi
Durasi Tayangan: 135 minit
Tarikh Tayangan: 17 November 2022 (Indonesia)
Trailer :


Sejak kecil Alana (Keinaya Messi Gusti) mempunyai kekuatan luar biasa dan selalu melindungi rakan baiknya, Tangguh. Diambil sebagai anak angkat kepada Sarita Hamzah (Jenny Zhang Wiradinata) lalu berpindah ke Jakarta. Sarita latih Alana (Pevita Pearce) menjadi jaguh sukan peninju professional dan dalam masa yang sama mengawal kemarahan yang semakin lama semakin kuat. 

Kerana kehebatan Alana, Mateo (Randy Pangalila) teruja untuk beradu tenaga di gelanggang kepunyaannya. Jagau (Revaldo) mengarahkan Alana supaya tumbang pada round ketiga kemudian dia akan menerima bayaran lumayan. Malangnya Alana dikawal oleh Dewi Api dan mengalahkan Mateo. 


Hal ini tidak diterima dengan baik oleh pewaris jutawan tersebut lantas Sarita dibelasah sehingga koma. Kala (Dimas Anggara) membantu Alana melarikan diri dari konco-konco Mateo lantas menceritakan identiti sebenar Alana yang lahir sebagai pewaris kepada Sri Asih. 

Di awal cerita, Alana dilahirkan di kaki Gunung Merapi namun orang tuanya meninggal dalam kemalangan ketika ingin melarikan diri dari ledakan kuasa Dewi Api (Dian Sastrowardoyo). Kemarahan dan suara yang sering menganggu Alana adalah hasutan Dewi Api supaya menjadi pengikutnya bersama-sama dengan 5 lagi pengawal yang lain termasuklah Roh Jahat. 


Alana perlu menghalang misi Roh Jahat yang ingin menjadikan 1,000 orang nyawa manusia sebagai korban untuk membebaskan Dewi Api dari Gunung Merapi. Dalam misi menghalang kegiatan jahat tersebut, Alana bertemu kembali dengan Tangguh (Jefri Nichol), jurnalis muda yang menyiasat aktiviti haram keluarga Mateo. 

Superhero kedua, Sri Asih yang diperkenalkan selepas Gundala (2019) untuk Bumilangit Cinematic Universe (BCU) merupakan Ketua Patriot untuk team JagaBumi. Intipati yang sama digunakan dalam perjuangan Sri Asih, di mana mereka perlu melawan golongan kaya yang benci akan orang miskin. 


‘Pemerintahan kita terlalu lemah, mereka enggak punya rencana. Saya punya. Populasi manusia di Bumi ini sudah semakin banyak. Kita harus berbagi tanah..air..bahan makanan, tempat tinggal. Apakah itu adil, kita harus berbagi dengan orang-orang miskin dan pemalas? Merek aitu sekumpulan kecoa yang harus dibasmi supaya negara ini menjadi lebih baik. Jangan anggap saya kejam. Saya cuma membantu program pemerintah, membasmi kemiskinan.’ - Prayogo Adinegara (Surya Saputra)

Kalau dalam Gundala, filem terasa tegang dan lambat bergerak tapi Joko Anwar dan Upi memastikan unsur politik dan kekejaman yang diketengahkan lebih pendek dan beri ruang kepada Sri Asih untuk beraksi melawan musuhnya. Semua gerak-geri Sri Asih tangkas dan cantik koreografinya ditambah penggunaan VFX yang banyak membantu screenplay dalam memperjelaskan superpower kepunyaannya. Namun ada masanya tingkah Sri Asih terlihat seperti Wonder Woman tapi dah nama pun superhero wanita jadi celah mana pun tetap ada persamaan tu. 


Lakonan Pierce sebagai Alana mungkin ada masanya terlihat kayu bila dia perlu ekspresikan lebih lagi terutamanya dalam babak diganggu oleh jelmaan Dewi Api ataupun ketika di hospital. Nasib baik pengarah tak letak banyak sangat babak drama bila dia tahu kekurangan Pierce. Reza Rahadian bagus dalam persona Jatmiko yang selalu dicemuh kerana menjadi boneka bangsawan di kota Jakarta. 

Ada yang pertikaikan logik penceritaan Sri Asih tapi penulisan Joko tak lah banyak cela pun. Nampak lah dia pun bagi perhatian pada detail juga. Macam babak orang tua Alana pergi ke kaki Gunung Merapi. Nama pun kaki gunung, tak susah pun nak daki untuk orang hamil 5 bulan. Kalau kereta boleh naik, maksudnya trek dia mudah untuk semua. Kecelakaan tu jadi sebab Dewi Api dapat tahu pewaris Sri Asih akan lahir. Sama juga dengan babak di gelanggang tinju bila muka Mateo banyak lebam berbanding Alana walhal banyak kali dia ditumbuk oleh Mateo. Nampak lah tumbukan Alana tu padu berbanding kudrat lelaki. Semakin Alana pandai mengawal kuasa dia, semakin banyak superpowers dia muncul sedikit demi sedikit. 


Bila sembang pasal filem superhero, tak dinafikan ada banyak watak yang muncul di sekeliling watak utama namun semua pelakon yang membintangi Sri Asih mempunyai ruang yang cukup untuk deliver watak masing-masing tanpa ditenggelamkan oleh sesiapa. Mungkin akan wujudnya siri Sri Asih memandangkan superhero Godam, Tira dan Virgo muncul dalam siri tersendiri. Lebih panjang durasi cerita, lebih banyak input kita boleh dapat dari Bumilangit Cinematic Universe (BCU). 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.2/10

Movie Review | A Man Called OTTO (2022)

Saturday, 26 August 2023


Director: Marc Forster
Writer: David Magee
Cast: Tom Hanks, Mariana Treviño, Rachel Keller, Manuel Garcia-Rulfo, Truman Hanks, Mike Birbiglia, Kelly Lamor Wilson, Mack Bayda
Production Companies: Columbia Pictures, Stage 6 Films, SF Studios, Artistic Films, Playtone, 2DUX², STXfilms, Big Indie
Distributors: Sony Pictures Releasing, Netflix
Genre: Comedy / Drama
Release Date: 29 December 2022
Running Time: 126 minutes
Trailer: 


Diadaptasikan dari novel berjudul A Man Called Ove karya nukilan Fredrik Backman yang diterbitkan pada tahun 2013 kemudiannya difilemkan menerusi sutradara Hannes Holm pada tahun 2015, A Man Called Otto menceritakan tentang Otto Anderson (Tom Hanks) yang ingin berhenti hidup sejak kematian isterinya, Sonya (Rachel Keller).

6 bulan selepas kematian Sonya, Otto lebih gemar menyendiri dan menjadi perungus. Semua orang di kawasan kejiranan tersebut dah faham benar dengan kelakuan Otto terutamanya rakan baik dia, Anita (Juanita Jennings) yang tinggal selang beberapa rumah. Setiap pagi Otto akan kemas halaman rumah kemudian periksa semua kenderaan sekiranya tidak paparkan parking permit. 

Bila munculnya penyewa baru yang tinggal berhadapan dengan rumah Otto, hidup dia semakin sibuk gara-gara permintaan yang tiada henti dari imigran Mexico bernama Marisol (Mariana Treviño). Simpati dengan keadaan Marisol yang sarat mengandung, Otto ikutkan saja kemahuan keluarga kecil tersebut. Setiap kali Otto cuba untuk bunuh diri, setiap kali tu juga Marisol akan datang menganggu. 

Dari menyampah dengan kucing sampai terpaksa ambil kucing jalanan sebagai haiwan peliharaan dia. Kehadiran pekerja Dye & Merika yang memaksa semua penduduk di kejiranan tersebut berpindah juga menjadikan hidup Otto mempunyai misi tersendiri selain dari mati untuk bertemu dengan Sonya di alam lain. 

Jalan cerita A Man Called Otto sangat ringkas namun olahan dari Marc Forster buatkan perjalanan baru Otto bersama Marisol terlihat kelakar. Boleh faham lah kenapa Otto nak sangat bunuh diri lepas Sonya pergi sebab dalam hidup dia dah tak ada sesiapa dah pun. Tak ada adik-beradik, saudara-mara ataupun anak. Kawan baik dia, Reuben (Peter Lawson Jones) pula dah jatuh sakit, habiskan masa atas kerusi roda tanpa bercakap atau bergerak. Kenalan dekat tempat kerja pun tak ada yang kisah pasal dia. Lagi nak dia cepat keluar dari syarikat tu ada lah. 

Latar masa A Man Called Otto ni bersilih ganti antara waktu sekarang dengan flashbacks pertemuan Otto dengan Sonya. Penulis simpan rahsia tentang ujian hidup Otto dan Sonya dekat hujung bila Otto dah bersedia untuk open up dengan Marisol. Bila tengok sedikit demi sedikit backstory dia, boleh faham lah kenapa Otto jadi grumpy. 

Tapi dari awal pun dah berpihak pada Otto dalam babak dia pergi beli tali. Kebanyakan masanya relevan je kenapa dia selalu marah jadi tak susah pun untuk connect dengan watak Otto Anderson. Tak hairan juga kenapa Otto rasa tenang dan cepat murung bila Sonya tak ada sebab isteri dia adalah tunjang kekuatan dan big supporter dalam setiap langkah kehidupan Otto. 

'Now you listen to me. You have given birth to two children. Soon it'll be three. You have come here from a country very far away. You learned a new language, you got yourself an education, and a nitwit husband, and you are holding that family together. You will have no problem learning how to drive. My God, the world is full of complete idiots who have managed to figured it out, and you are not a complete idiot.' - Otto Anderson

Sinematografi dari Matthias Königswieser menyokong penceritaan comedy drama, A Man Called Otto dengan cemerlang. Silhoutte Sonya di dapur masa tenangkan Otto tu somehow comforting walaupun tak pasti sama ada tu roh Sonya ataupun imaginasi sub-conscious mind Otto yang tak nak mati. Music album A Man Called Otto hasil gubahan Thomas Newman jadi penyeri filem ni. My favourite, Till You're Home - Rita Wilson ft Sebastian Yatra dan instrumental untuk The Wrong Train. Suka sangat babak keretapi tu sebab pertama kali Otto jumpa Sonya. Simple yet awwdorable. 

Everything was warm and  adorable except for the ending. I tak suka dengan position Otto dengan kucing tu sebab nampak macam diorang tak ada special bond langsung padahal kucing tu makhluk pertama yang Otto cari setiap pagi. It would be better if the cat snuggle in his arm or something. 

p/s: Muka Truman Hanks macam muka anak Akshay Kumar dengan Twinkle Khanna - Aarav Kumar

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.8/10

Director: Lee Jeong-hyo
Writer: Jung Hyun-jung, Studio Dragon
Cast: Lee Na-young, Lee Jong-suk, Wi Ha-joon, Jung Yoo-jin, Kim Tae-woo, Kim Yoo-mi, Jo Han-chul, Kim Sun-young, Kang Ki-doong, Park Gyu-young, Choi Eun-kyeong
Production company: Story & Pictures Media
Distributors: tvN, Netflix
Genre: Romance / Comedy
Running Episodes: 16 episodes (45 minutes per episode)
Release Date: 26 January – 17 March 2019
Trailer:


Drama ciptaan Studio Dragon yang berlatarkan industri penerbitan buku membuka kisah percintaan antara penulis novel juga editor Gyeoroo Publishing, Cha Eun-Ho (Lee Jong-Suk) dan Kang Dan-i (Lee Na-Young) yang bagus dalam bahagian sales and marketing. Mereka berdua berkawan sejak sekolah rendah tapi cuma Eun-ho yang jatuh hati pada Dan-i sementara wanita tersebut menganggapnya sebagai adik. 

Setelah gagal dalam perkahwinannya, Dan-i berusaha keras mendapatkan kerja namun tetap gagal walaupun dia mempunyai track record yang bagus. Semasa mengemas meja Eun-ho, dia ternampak job vacancies di Gyeoroo Publishing yang membuka tawaran pekerjaan tanpa mengira umur dan latar belakang akademi. Dan-i diterima bekerja sebagai pekerja kontrak di Task Support Department di mana dia perlu melakukan kerja-kerja ad-hoc di pejabat tersebut. 

Eun-ho rasa simpati dengan tugas Dan-i sebab selalu terlibat dengan kerja-kerja berat. Tambahan pula bila Dan-i mempunyai pengalaman dan bakat dalam bahagian marketing tapi Dan-i tak pernah putus asa atau penat belajar di situ. Manager marketing, Seo Young-ah (Kim Sun-young) juga tak lokek berkongsi ilmu dengan Dan-i dalam setiap projek mereka. 

Selain bekerja di satu syarikat yang sama dengan Eun-ho, Dan-i juga tinggal bersama dengan lelaki tersebut kerana tidak mampu menyewa rumah bila semua simpanannya habis. Kerana tinggal di kawasan tersebut, Dan-i berjumpa dengan pereka blurb yang kacak, Ji Seo-joon (Wi Ha-joon) dan mereka saling suka kerana minat yang mendalam pada buku. 

Sebelum ni tak pernah suka dengan lakonan Lee Jong-suk tapi saja give it a try layan drama cinta tanpa fikir banyak. Nasib baik ada Wi Ha-joon jugak sebagai second lead jadi tak risau sangat lah dengan screentime Jong-suk. Seronok jugak lah tengok kisah cinta yang paparkan age gap di mana perempuan lebih berusia dari lelaki sebab bagi harapan yang kita pun boleh jumpa someone yang dependable and reliable. 

Bila sembang pasal Studio Dragon, of course lah idea dan penulisan yang segar dan menarik. Sama juga dengan drama Romance is a Bonus Book arahan Lee Jeong-hyo yang berlatarkan syarikat penerbitan buku yang agak terkenal di Seoul. Banyak sangat ilmu tentang penerbitan diketengahkan dalam drama sebanyak 16 episod ni. Baru tahu kenapa kedai buku tak bagi orang baca buku di kedai sebab bila dah tak cantik dan rosak sebab suka lipat dan bergaris, buku tu dah hilang value. Bila dah tak cantik, tak ada yang nak beli. 

'We can't keep storing book that doesn't sell. It costs money. This book was returned from a bookstore. People damaged it while reading it. More than a half books returned from bookstores are damaged, and the publishers have to deal with the losses.' - Cha Eun-ho

Tak sangka juga banyak position yang wujud dan diperkenalkan dalam industri buku macam pereka kulit buku. Kalau sebelum ni stuck dengan penulis, editor dan proofreader tapi dalam drama Romance is a Bonus Book ni ada juga pengurus marketing, staff yang buat research untuk penulis, event manager, pereka kulit buku dan sinopsis supaya pembaca tertarik dan ramai lagi. Syarikat Gyeoroo Publishing pun besar juga sebab ada lebih 20 orang pekerja dengan 5 orang Ketua Jabatan. Legal department je tak wujud walaupun ada beberapa konflik yang dipaparkan ada melibatkan kes undang-undang.

Cara props team design syarikat Gyeoroo Publishing pun kreatif dan menarik sebab sebelum ni kalau tengok syarikat penerbitan tempatan, lebih kurang sama je dengan pejabat yang lain. Dalam drama ni, sudah lah konsep moden, ada pula pantry yang kemas dan cantik, ada ruang pejabat yang mesra pekerja dan paling seronok sekali ada perpustakaan besar untuk rujukan semua pekerja. 

Bila layan drama ni bukan layan sangat kisah cinta beberapa pasangan yang diwujudkan tapi lebih ketengahkan office drama. Bila tengok drama Romance is a Bonus Book baru tahu yang kerja Dan-i, Hae-rin (Jung Yoo-jin), Eun-ho dan yang lain tu seronok sangat. Nak buat research banyak sangat novel yang boleh dibaca sebagai rujukan. Mungkin dah boleh tukar kerja kot hshs

Kalau dekat awal drama banyak babak cinta dan kelakar, di bahagian hujung drama pula sarat dengan babak sedih. Sampai menangis dibuatnya sebab situasi yang tak dapat nak elakkan dan di luar kawalan sebagai pekerja. Boleh nampak lah penulis ni banyak buat research tentang dunia penerbitan buku sebab nampak real sangat dan menyentuh hati. Watak Dan-i bukan jenis damsel in distress walaupun nasib hidup memang tak menyebelahi dia tapi dekat hujung tu boleh nampak lah kenapa dia dapat ujian macam tu. 

Happy bila tengok work environment Gyeoroo sebab semuanya supportive dan tak lokek ilmu walaupun cara Ms Goo (Kim Yoo-mi) tegas dan garang. Bila ada masalah,, sama-sama menolong. Masa dapat berita baik apatah lagi, masing-masing seronok dengan achievement semua staff. Tak hairan lah kenapa Gyeoroo Publishing boleh stabil walaupun tak semua buku yang dipilih untuk diterbitkan mendatangkan keuntungan. Bak kata Presiden Kim (Kim Tae-woo) ada buku yang bagi keuntungan besar untuk buka pintu rezeki kepada buku yang mungkin tak menarik untung tapi ada peminatnya tersendiri. 

p/s: No wonder lah lakonan Lee Jong-suk menjadi betul dalam ni, dia bagitahu karakter IU sama dengan Dan-i hshshs

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.6/10

Terpesona dengan Ultraman Blazar di Lalaport Mall

Friday, 25 August 2023


Masa dapat invitation ni rasa ragu-ragu nak pergi ke tak sebab dah lama tak layan Ultraman. Last pun masa zaman sekolah dulu so tak tahu apa Ultraman terbaru sejak dari Ultraman Dyna. Punyalah lama Ultraman ni bersiaran di Malaysia, dari zaman tengah pakai pampers sampai 30 tahun kemudiannya masih hebat lagi melawan raksasa. 

Bertempat di Lalaport Mall, kitorang naik monorel pergi ke mall besar ni. Dari dalam tren lagi dah nampak figura Ultraman depan pintu masuk Lalaport Mall. Masa sampai dekat kawasan ruang tengah Lalaport dah sesak dengan peminat Ultraman. Tak sangka ramai sangat yang datang masa tu. Nasib baik lah media, kalau kena beratur dengan fans yang lain, memang tak nampak lah cerita dia sebab ketot. 


Event Live Show & Cast Talk di Ultraman Decker Final Tour: Journey to Blazar kecil je sebab ruang tengah depan Metrojaya tu pun tak luas. Dah masuk dalam ambil seat sebelah kanan, dekat dengan peminat tegar Ultraman. Sebelum event start kitorang bergambar dulu dekat display Ultraman Decker. 






Meriah sangat dengan jeritan dari fans Ultraman sebab pelakon sebenar - Hiroki Matsumoto (Kanata Asumi), Raiga Terasaka (Kengo Manaka) dan Yuka Murayama (Ichika Kirino) datang munculkan diri atas stage. Handsome betul Hiroki Matsumoto tu, dah lah tinggi. Raiga dengan Yuka pula jenis ramah dan bubbly. 

Terkejut diorang tengok fans Malaysia ramai yang datang. Masalahnya bukannya budak-budak tapi yang dewasa melayan Ultraman ni. Suara crowd menjerit masa tu tak payah cakap lah, banyak kali tiga-tiga pelakon tu terkejut dengar. Tu yang seronok memasing dok bagi heart pose dekat fans. 






Since diorang tak pandai berbahasa Inggeris, so sepanjang event tu ada translator jadi reaction diorang lambat sikit lah bila emcee tanya soalan. Reaction fans pun lambat sikit bila dengar jawapan dari 3 orang pelakon utama ni. But still both parties are having fun interacting with each other. 

Lepas sesi temu ramah dengan barisan pelakon utama, ada game session dengan kanak-kanak berumur 7 tahun ke bawah. Comel lah tengok diorang main osom sampai menang. Tak pasti lah pihak Astro Ceria aware atau tak yang fans Ultraman ramai orang dewasa sebab tak ada contest untuk adult fans pun. Atau mungkin ada cuma I tak tahu. 


Lepas habis game tu, ada performance dari Kanata dan Kengo tup tup raksasa keluar datang serang diorang. Kitorang punya excited tengok live show kalah budak-budak. Bila Ultraman nak kalah kemain menjerit nama Ultraman sebab nak bagi semangat. Kalau dalam siri ultraman, semua orang akan menjerit 'Bersinarlah'. Sekali keluar Ultraman Blazar, ultraman baru yang akan diperkenalkan dalam siri baru. Cantik siot. 





Lepas Ultraman Blazar ni keluar, tiba-tiba muncul video call dari Gento Hiruma, kapten kepada SKaRD (Special Kaiju Reaction Detachment) bagitahu yang dia kirimkan Ultraman Blazar datang ke Malaysia. Ultraman Blazar berasal dari objek astronomi ekstragalaksi yang berada jauh dari Bumi. Comel betul Ultraman Blazar berdiri dekat belakang tu tengok skrin. Ultraman lain dah happy jumpa fans, dia diam je berdiri dekat satu spot. 




Seronok eh jadi media, boleh jumpa Ultraman Blazar depan mata macam ni. Cantik kan kostum dia? Headpiece dia cantik macam serpihan ais dekat belah kanan tu. 



Masa press conference dengan Hiroki, Raiga Terasaka, Yuka Murayama bersama dengan wakil Astro (Farah Fauzana, Ketua Kandungan Kanak-Kanak Astro) dan Tsuburaya Productions (Encik Kei Minamitani, Pengurus Eksekutif Jabatan Perniagaan Antarabangsa) tu tak banyak soalan yang media tanya. Jadi emcee buka ruang kepada fans tegar Ultraman dekat bawah. Berebut lah fans nak tanya masa tu especially kepada pelakon utama. 


Tamat je press conference ni, semua media dapat peluang ambil gambar dengan Ultraman dekat atas stage. Sedihnya, Ultraman Blazar tak ada :(


But all in all, it's a fun event! Dapat jumpa main cast, menyanyi lagu Ultraman, tengok secara live Ultraman kalahkan raksasa yang menganggu penduduk Bumi dan bergambar dengan Ultraman. Thank you Astro Ceria!