ZAYAN dan MyCARE Teruskan Misi Ibadah Korban di Nepal

Wednesday, 26 July 2023

ZAYAN dan MyCARE teruskan misi ibadah korban di Nepal | Video dokumetari tersedia di YouTube ZAYAN

Kapsyen gambar: (dari kiri) Anas, personaliti ZAYAN bersama sukarelawan dari Malaysia untuk ‘Misi Qurban @ Nepal’

ZAYAN dan MyCARE teruskan misi ibadah korban di Nepal

ZAYAN dan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), pertubuhan kemanusiaan bukan kerajaan, diwakili oleh Anas Tahir, personaliti ZAYAN Pagi, bersama sukarelawan dari MyCARE telah menyalurkan 30 ekor kerbau menerusi ‘Misi Qurban @ Nepal’ kepada penduduk kampung di dua daerah termasuk Rajbiraj dan Zandaur, pada bulan Jun lalu. 

‘Misi Quban @ Nepal’ dilengkapi dengan sembilan hari perjalanan bersama Anas dan sukarelawan dari Malaysia ke Nepal, dimulakan dengan proses pencarian haiwan untuk penyembelihan, diikuti pelaksanaan menyembelih dan seterusnya proses memasak daging sembelihan yang merangkumi pelbagai menu serta pengagihan daging korban kepada masyarakat setempat. Misi yang dijalankan ini mendapat sokongan dan bantuan daripada 200 dermawan daripada Malaysia dan agensi-agensi setempat yang ingin meraikan sambutan Aidiladha bersama pendnduk di Nepal.

Selain berkongsi rezeki, ‘Misi Qurban @ Nepal’ berfungsi sebagai platform pertukaran budaya dan persefahaman. Interaksi antara sukarelawan dan masyarakat setempat dipupuk menerusi sikap hormat-menghormati sesama manusia. Melalui pengalaman, cerita dan perbualan yang dikongsi oleh masyarakat di Nepal, jambatan pertalian telah terbina dan mengukuhkan hubungan persaudaraan.

Peminat ZAYAN boleh turut menyaksikan dokumentari perjalanan Anas bersama sukarelawan yang memberi gambaran sebenar kehidupan di Nepal, serta pengalaman menjayakan ‘Misi Qurban @ Nepal’, menerusi video berdurasi 20 minit, disediakan di platform YouTube ZAYAN. 

Untuk maklumat lanjut, layari zayan.syok.my atau ikuti platform media sosial. 

Ulasan Anas Tahir, Personaliti ZAYAN

“ZAYAN dan MyCARE amat berbesar hati dapat merealisasikan Misi Qurban dengan menyalurkan sumbangan 30 ekor kerbau kepada masyarakat Islam di Nepal. Persiapan dan penyedian Qurban dilakukan sendiri oleh sukarelawan yang terlibat dengan bantuan daripada agensi setempat. Kami berterima kasih kepada dermawan-demawan yang terdiri daripada 200 rakyat Malaysia di atas sumbangan mereka untuk menjayakan misi ini. Banyak pengalaman dan perkongsian baharu yang diperoleh menerusi perjalanan kami di bumi Nepal, dan peminat dapat menyaksikannya menerusi sebuah dokumentari khas yang telah disediakan di YouTube ZAYAN.”


1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.