Resipi | Ikan Tongsan Masak Lemak Labu

Sunday, 16 July 2023

Kalau datang mood memasak suka sangat masak ikan tongsan masak lemak labu sebab sedapppp. Kalau orang tanya ikan tongsan sedap buat masak apa memang akan jawab masak lemak labu. Sebab isi ikan tongsan manis, kuah lemak pun ada rasa lemak santan campur pula dengan manis labu, I bet these combination really compliment each other well. Gituhhhh!

Ikan Tongsan ni jenis ikan air tawar tapi tak ramai suka makan sebab banyak tulang. Sejenis yang rajin je yang suka makan sebab tulang dia terselit di celahan isi. Bahagian paling selamat kalau nak makan ikan tongsan mungkin dekat bahagian ekor dan kepala. 


Bahan-bahan (2 pax): 

- Santan 1 kotak (I guna santan kotak M&S cair)
- Ikan tongsan 4 potong (ikut suka berapa banyak nak letak)
- buah labu 1/4
- bawang putih
- daun kunyit 2 helai (dipotong halus)
- sos tiram
- serai 2 batang 
- cili padi 5 batang
- kunyit hidup 1 inci / serbuk kunyit satu sudu kecil

Cara-cara penyediaan: 

1. Kisar bawang, kunyit, cili padi dan serai. 

2. Panaskan kuali, masukkan santan dengan bahan kisar tadi. Kacau sampai mendidih. 

3. Masukkan labu sampai setengah masak, lembut dan empuk. 

4. Masukkan ikan tongsan, masak sampai warna isi ikan jadi putih. 

5. Masukkan daun kunyit sampai naik bau wangi. 

Settle satu resipi favorite. Masak lemak ni letak susu segar Farm Fresh pun sedap, rasa creamy sikit. Happy perut dapat makan ikan tongsan masak lemak labu dengan kaki ayam air asam. 


Entah tak sedar berapa kali tambah nasi masa makan ni. Lepas ni macam nak try beli kepala ikan tongsan pulak. Macam nak try buat asam pedas tak pun gulai letak bendi. 


5 comments

  1. akak pernah makan ikan tongsan masa kecik2.. tapi buat goreng kicap atau sambal laa...

    ReplyDelete
  2. Biasa dengar nama ikan tongsan tapi tak pernah makan. Banyak tulang rupanya ikan tongsan ni eh, tapi dalam gambar masak lemak tu nampak sedap la pulak

    ReplyDelete
  3. Cuya tak pernah dengar ikan tongsan.
    Ikan ni biasa di bahagian negeri mana ya? Sabah Sarawak ya

    ReplyDelete
  4. Tak minat ikan tongsan ni sebab banyak tulang. Kaki ayam suka.

    ReplyDelete
  5. Gaungan yang unik.. Sha selau gabungkan labu dengan udang.. Boleh cuba dengan ikan pulalah.. tiba-tiba lapar nasi.. kikiki..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.