Pengalaman berkelah “Picnic in the Park” julung kali diadakan di Suria KLCC | Rasai pengalaman berkelah yang bertemakan landskap taman yang indah diiringi alunan muzik quartet secara langsung
Terkenal dengan gelaran Pusat Beli-Belah yang menawarkan pengalaman ikonik di Malaysia, Suria KLCC membawakan suatu aktiviti unik yang bakal memberikan peluang untuk para pelanggan menikmati aktiviti berkelah di lanskap indah Taman KLCC.
Aktiviti berkelah yang dianjurkan secara eksklusif untuk para pelanggan Suria KLCC ini akan diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad bermula dari 7 sehingga 16 Julai 2023. Para pelanggan yang berbelanja RM1,000 ke atas melalui dua resit bermula dari 30 Jun sehingga 9 Julai 2023 berpeluang untuk menebus pengalaman aktiviti berkelah “Picnic in the Park” yang terhad untuk empat orang bagi setiap kumpulan untuk setiap tebusan.
Tata lanskap “Picnic in the Park” ini akan menampilkan latar belakang Menara Berkembar PETRONAS serta iringan alunan muzik memukau di kawasan air pancut muzikal KLCC yang menjanjikan pengalaman rekreasi yang tak mungkin dapat dilupakan.
Para tetamu akan diberikan persediaan perkelahan eksklusif untuk memberi peluang kepada para tetamu untuk mengambil gambar yang memaparkan atmosfera semula jadi yang memukau dan mempesonakan. Sesi “Picnic in the Park” yang eksklusif ini terhad untuk 50 kumpulan bagi setiap 4 pelanggan untuk setiap hari. Para tetamu “Picnic in the Park” akan dihiburkan oleh ahli okestra dari “Malaysian Philharmonic Orchestra”.
Pengalaman berkelah “Picnic in the Park” akan menyediakan persediaan perkelahan mewah yang dilengkapi dengan khemah, tikar dan dekorasi unik. Setiap kumpulan akan dihidangkan dengan juadah makan malam untuk empat orang yang dibawakan secara istimewa oleh “Burger & Lobster”. Para tetamu juga berpeluang untuk menikmati air minuman “Whittard of Chelsea iced tea” yang menyegarkan selain dari hidangan “Cotton Candy” atau gula-gula kapas dan juga “popcorn” yang boleh didapati di kios yang yang akan disediakan.
Tidak kurang dari santapan rekreasi yang enak, para tetamu juga berpeluang untuk menikmati haruman yang mempesonakan di kios “Bath & Body Works”. Selain daripada itu, para tetamu berpeluang untuk merakam memori terindah melalui sesi fotografi di kios “Hot Air Balloon” yang juga bakal membuat penampilan istimewa sepanjang tempoh “Picnic in the Park”. Tambahan pula, peluang untuk beriadah disekitar “Motion-Sensor Dancing Flower” juga tersedia untuk para tetamu menyingkap pengalaman yang lebih bermakna.
Para tetamu juga akan menerima pelbagai barangan perkelahan yang lain seperti kipas mini, losyen penghalang nyamuk, losyen pelindung matari dan peniup buih.
Bagi memastikan kemeriahan yang berganda, para pembeli yang berdaftar berpeluang untuk menyertai sesi cabutan bertuah. Hadiah istimewa seperti baucar tunai “Burger & Lobster” yang bernilai RM600 untuk setiap set, set hadiah dari “Bath & Body Works”, hamper barangan “Whittard of Chelsea” serta alat perkakas rumah daripada Remax.
Sesi perkelahan ini hanya dapat direalisasikan dengan kerjasama dari rakan kongsi Suria KLCC iaitu, Burger & Lobster, Bath & Body Works, Whittard of Chelsea, Remax, Guardian, dan juga Toys "R" Us. Ini menjadi suatu pengalaman yang sungguh bermakna buat para tetamu selain dari memastikan kehadiran mereka bakal dilengkapi dengan pelbagai tawaran menarik sepanjang keberlangsungan aktiviti. Pada penghujung sesi aktiviti pengalaman “Picnic in the park” akan diakhiri dengan persembahan kemuncak Simfoni Irama Tasik.
“Kami amat teruja untuk melancarkan aktiviti perkelahan “Picnic in the Park” Suria KLCC yang julung kali diadakan, ujar Andrew Brien, Ketua Pegawai Esekutif, Suria KLCC Sdn Bhd.
“Aktiviti berkelah ini diusahakan dengan tujuan untuk menghargai keindahan semula jadi di sekitar Esplanade dan Taman KLCC. Seiring dengan slogan ‘Always Something New’ yang menjanjikan pembaharuan untuk setiap kunjungan para pelanggan kami, aktiviti riadah ini juga sejajar dengan tanda penghargaan ikhlas dari kami yang sentiasa bekerja untuk memberikan pengalaman yang terbaik buat para pelanggan. Oleh yang demikian, aktiviti berkelah “Picnic in the Park” kali ini yang sememangnya suatu pengalaman yang perlu dirasai oleh setiap pelanggan kami.”
Untuk info lanjut sila layari www.suriaklcc.com.my dan www.facebook.com/SuriaKLCCMall.
****************************************************
Mengenai Suria KLCC Sdn Bhd
Suria KLCC Sdn Bhd adalah sebuah syarikat usaha sama yang dimiliki oleh KLCC Property Holdings Berhad (60%) dan CBRE Global Investors (40%). Ia merupakan kumpulan pengurusan aset runcit bertaraf dunia yang memfokuskan kepada pembangunan dan operasi pusat membeli belah di Malaysia. Portfolio terkininya merangkumi tiga pusat membeli belah iaitu Suria KLCC (Kuala Lumpur), Alamanda (Putrajaya) dan Mesra Mall (Kertih). Dengan lebih 550 aneka kedai dan lebih 2 juta kaki persegi ruang runcit keseluruhannya, syarikat ini memberi peluang kepada peruncit tempatan dan antarabangsa untuk mendekati golongan pembeli berkemampuan tinggi di Malaysia
wah..nice sgt..
ReplyDeleteseronok nampak dorg picnic2 dekat depan klcc ni.
ReplyDeleteWah.. Pengalaman menarik ini..
ReplyDelete